Bab 13

Romance Completed 16392

13

Hari ini adalah hari Sabtu, dan oleh kerana minggu ini adalah hujung minggu, Eddy hari ini bercuti. Dia memutuskan untuk ke kelas karate di Damansara Karate Centre berdekatan area rumahnya bagi mengisi waktu lapangnya hari ini. Tambahan lagi, dia sudah membayar yuran yang agak mahal minggu lepas, jadi hendak tak hendak dia terpaksa pergi hari ini. Dan yang paling penting adalah dia juga mahu mahir dalam seni mempertahankan diri seperti Lia itu. Sifat kelelakiannya agak tercabar sewaktu bertemu dengan perempuan pada malam yang lalu.

Sebaik memparkirkan keretanya, dia terus masuk ke dalam pusat karate tersebut. Dengan hanya berseluar pendek dan menyandang sebuah beg tepi, dia terus mendaftar di kaunter resepsi.

“Hai, Encik Faizal. Apa khabar? Bersedia untuk berkarate hari ini?” Fasha, penyambut tetamu yang cantik dan agak peramah itu terlebih dahulu menegurnya. Mereka berdua sudah saling mengenali sewaktu Eddy hadir ke pusat karatenya untuk mendaftar minggu lepas.

“Yalah, berkarate, Fasha. Ini first time saya join karate ni,” balas Eddy sambil menulis namanya pada senarai nama di atas meja. Usai menulis, dia terus menghambat dirinya ke lokar untuk menyalin pakaian.

“Tak mengapa, Faizal. First time join tak mengapa. Kat sini pun ramai perempuan yang join. Eh, lokar lelaki ke arah sini ya, encik. Ke kanan,” maklum Fasha sebaik melihatkan pelanggan kali pertamanya itu tersilap arah ke tempat lokar.

“Oh, maaf. Terima kasih,” ucap Eddy. Baru setapak dua dia hendak melangkah, Eddy memberhentikan langkahnya lalu berpusing ke arah Fasha semula. “Fasha, speaking about perempuan, boleh saya tanya sesuatu tak?” Eddy melanjutkan soalannya.

“Boleh. Apa dia?” balas Fasha dengan riak wajah penuh hairan.

“Kat sini ada pelanggan bernama Lia, tak? Erm, a Zalia.”

“Zalia? Sekejap ya saya check dalam sistem.” Tanpa banyak soal, lantas Fasha menyemak nama yang dimaksudkan Eddy itu di dalam carian nama pelanggan pada komputernya. Setelah nama dimasukkan dan menekan butang ENTER, dia mendapati hasilnya.

“Pelanggan bernama Zalia, tak adalah encik. Siapa dia tu? Girlfriend, encik ke?” gurau Fasha lagi.

“Erm, taklah. Seorang kawan. Hmm, tak mengapalah. Terima kasih sebab bantu,” Eddy terus meneruskan langkahnya ke lokar. Sepanjang di laluan ke tempat lokar itu, dirinya diselubungi rasa penuh hairan. Hairan kerana perempuan yang mendakwa namanya Lia itu yang mendaftar di pusat karate ini, namanya tiada dalam sistem.

‘Macam mana ini boleh terjadi? Adakah dia menipu aku?’ dia bermonolog di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience