Cinta.fm
Nazehran Jose Ahmad
1
“Ya! Ya! Ya! Apa khabar orang Kuala Lumpur! Harap anda semua diluar sana berada dalam keadaan sihat walfiat disamping orang yang tercinta. Anda kini akan bersama saya Delilia Hamzah dalam segmen Sembang-Sembang Cinta untuk tiga jam berikutnya bermula pada pukul 9.00 malam hingga ke tamat siaran pada pukul 12.00 tengah malam nanti. Rasanya ramai pendengar diluar sana tidak sabar-sabar nak mendail bagi berkongsi pengalaman-pengalaman cinta ataupun masalah-masalah cinta yang dihadapi anda. Tapi harap anda semua bersabar sikit ya, kerana saya akan memutarkan satu lagu cinta untuk anda semua sebelum rancangan ini bermula bagi memanaskan topik-topik cinta kita pada malam ini dan semua ini hanya terdapat di stesyen radio ini sahaja ya..tidak pada stesyen radio yang lain, yang kami hanya memutarkan lagu-lagu cinta, membincangkan topik-topik cinta mahupun tips-tips untuk mencari cinta. Dan untuk menghangatkan suasana cinta kita pada malam ini terimalah sebuah lagu cinta daripada Jaclyn Victor dengan lagunya, Pohon Asmara. Hanya di Cinta fm. Sentiasa mencintai anda!”
Sebaik Delilia menamatkan celotehnya di sebuah bilik konti yang sedang ke udara, tangannya lekas-lekas menekan punat-punat tertentu dengan menggunakan sistem digital berkomputer untuk memutarkan lagu hit Jaclyn Victor itu. Merdu sungguh suara Jaclyn Victor mendendangkan lagu tersebut. Kebolehannya membawa pelbagai lagu dengan suara uniknya itu memang telah diakui oleh semua peminat-peminatnya di Malaysia, kalau tidak masakan dia dapat menjuarai dengan mudah pertandingan Malaysian Idol musim pertama yang lepas.
Ketika lagu tersebut hampir ke penghujung menerusi gelombang FM Stereo 99.7 MHZ, Delilia sudah bersiap-sedia untuk memulakan rancangan tersebut dengan menanti panggilan daripada pendengar setia.
Dengan mengendalikan studio secara one man conty, stesyen itu telah memulakan siarannya selama 18 jam sehari sejak pukul 6.00 pagi hinggalah 12.00 tengah malam. Bilik konti yang bernilai 1.2 juta ringgit ini terletak di sebuah bangunan yang berada di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Bangunan setinggi dua puluh tingkat itu bukan sahaja menempatkan bilik penyenggaraan, pusat kawalan dan siaran luar, dua buah one man conty, sebuah studio rakaman dengan bilik kawalan dan dua buah bilik suntingan.
Semuanya dilengkapkan dengan peralatan yang bernilai 1.5 juta termasuklah kemudahan bilik perhubungan, bilik suntingan, sebuah studio rakaman, dua buah bilik suntingan audio, sebuah bilik MCR, sebuah bilik pemancar serta sebuah bilik suntingan video dengan dibekalkan dua unit kamera video yang turut dilengkapi dengan sistem digital berkomputer. Bagi konti-konti, studio rakaman, bilik-bilik suntingan audio dan video dibekalkan dengan peralatan penyiaran dan penerbitan campuran digital dan analog.
“Baiklah topik cinta kita pada malam ini ialah memfokuskan kepada Cinta Internet. Dan sesiapa yang ada kisah cinta yang dimaksudkan itu bolehlah menghubungi ditalian 03-2367549. Tidak kiralah kisah itu adalah pengalaman yang menyedihkan ataupun…hmm, ada juga yang membawa kepada kebahagiaan. Jadi ada baik dan buruknya cinta di internet ini.” Delilia mengomakan coletehnya sebentar disusuli lagu selingan yang sedang berputar, kemudian menyambung semula. “Jadi untuk mendapatkan kepastian kita akan bertanya kepada pendengar setia kita. Oh! nampaknya kita sudah ada seorang pendengar pertama yang berjaya menembusi bilik konti ini. Namanya Faridah dari Petaling Jaya. Okey, Faridah. Apa kisah cinta yang ingin Faridah kongsi bersama kita dan pendengar-pendengar di luar sana?”
“Okey Kak Lia. Macam ni. Kisah ni dah berlaku lima tahun lalu dan saya berharap kisah ini dapat dijadikan tauladan kepada semua yang mendengar siaran ini. Lima tahun lalu saya ada bercinta dengan seorang jejaka namanya Adi. Tapi nama sebenar dia adalah Norhadi Hayat Abdullah. Saya kenal dia melalui internet. Masa mula-mula kenal dia saya begitu teruja untuk berjumpa dengan dia kerana saya tengok gambar dia kat Fac tu handsome sangat. Saya dah ajak dia berkali-kali untuk jumpa tapi…”
“Ya, teruskan,” pinta Delilia.
“Tapi dia sering kali menolak pelawaan saya tu. Saya tak tahulah apa yang tak kena dengan saya sampai dia tak nak jumpa saya. Tapi setelah puas dipujuk barulah dia nak jumpa dengan saya itupun bila dah tiga bulan keep in touch dalam telefon. Dia kata dia kerja kat Citibank. Waktu saya nak jumpa dia masa tu saya di Pahang. Saya datang jauh kak untuk jumpa dia. Waktu saya datang ke KL masa tu saya sampai tepat-tepat dia dah nak balik kerja pukul 5.30 petang. Dia suruh saya datang jumpa dia di Ampang Park. Tapi bila jumpa dia tak muncul-muncul. Saya dah cuba hubungi pejabatnya tapi receptionist cakap dia dah balik kerja. Jadi saya memutuskan untuk naik ke pejabatnya dan tinggalkan pesanan kepada receptionist tu bila saya dah tak tahu nak cari dia kat mana.”
“Habis tu Yati tak cuba call handphone dia?” DJ Lia mencelah seketika untuk cuba mewujudkan suasana mesra dengan pendengar keduanya itu, Yati dari Kota Damansara.
“Saya tak ada nombor handphone dia sebab dia tak bagi kat saya. Kita orang cuma berhubung melalui telefon biasa je. Lagipun dia yang selalu telefon saya dari pejabatnya. Saya ingat dia betul-betul serius dengan saya tapi..”
“Tapi apa?”
“Tapi lepas tu saya dapat tahu yang dia main-mainkan saya.”
“Macam mana Siti tahu dia main-mainkan Siti?” tanya DJ Lia kepada pendengar ketiganya, Siti Zulaikha dari Kajang pula.
“Saya tahu sebab kawan saya pun pernah kena dengan dia dulu. Apa yang dia cakap semuanya tak betul. Dia cakap dengan saya yang dia tinggal kat Bukit Damansara tapi dengan kawan saya tu dia cakap dia tinggal kat Sri Hartamas pulak. Nasib baik..”
“Nasib baik saya suruh kawan saya menyamar jadi chatter dia yang konon-kononya pernah chat dengan dia tiga hari yang lepas. Dia pun apa lagi layanlah si Aida ni tanpa tahu yang Aida tu kawan baik saya. Setelah dapat tahu dia ni jenis lelaki yang menggunakan kekacakannya untuk mempermain-mainkan perempuan, kita orang terus banned dia daripada MIRC. Dia cuma nak main-mainkan perempuan je, tidak lebih daripada itu. Dia memang akan call seseorang perempuan yang dia kenal tu melalui telefon tetapi dia tidak akan berjumpa. Dah ramai yang kena pun,” ujar Joeanna, pendengar keempat dan yang terakhir dari Shah Alam dengan bersungguh-sungguh.
“Baiklah, Joenna terima kasih ya kerana sudi berkongsi pengalaman itu bersama kami di sini. Em, banyak ya pengajaran yang kita dapat dari pendengar-pendengar kita dan salah satunya ialah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dan percaya dengan seseorang yang baru kita kenali baik dalam internet mahupun stranger. Yalah, manalah tahu kita terserempak dengan seseorang kat tepi jalan lepas tu dah mulalah suka pada pandang pertama sedangkan kita tak tahu pun lagi latar belakang dia macam mana. Betul tak? Baiklah untuk pendengar-pendengar yang sedang masih belum dapat-dapat menghubungi stesyen radio Cinta fm..jangan putus asa..esok anda masih boleh mencuba lagi. Baiklah jam sudahpun menunjukkan hampir pukul 12.00 tengah malam dan ini menandakan siaran kami akan tamat sebentar sahaja lagi..tetapi sebelum itu terimalah sebuah lagu dendangan Anuar Zain, Lelaki Ini. Dan nasihat untuk lelaki-lelaki di luar sana pula ya..beware! Jangan mudah mempermain-mainkan wanita kerana wanita sekarang kini semuanya sudah bijak-bijak! Sekali anda mempermain-mainkan dia, sepuluh kali anda akan dipermain-mainkan! Okey terimalah Lelaki Ini daripada Anuar Zain, semestinya di Cinta fm, sentiasa mencintai anda!” Akhir DJ Lia yang tidak pernah lupa untuk menyebut akan tagline stesyen radionya itu. Sebaik lagu diputarkan, dia telahpun melucutkan headset yang melekat ditelinga, serentak mengemaskan dokumen-dokumen yang berselerakan di atas meja. Menyambar pula tas beg Guessnya ditepi lalu beredar keluar dari bilik konti tersebut.
Share this novel