Bab 11

Romance Completed 16392

11

Berada di Damansara Karate Centre, sekumpulan pelatih sedang berlatih karate. Salah seorang peserta yang berada dalam kumpulan itu adalah Delilia. Dia dan bersama-sama pelatih lain sedang giat menjalani latihan yang diarahkan jurulatih, Master Lian.

“Okey, cukup untuk latihan kita pada hari ini. Jumpa kamu minggu depan.”

“Terima kasih, Master Lian,” jawab semua peserta itu serentak tetapi dalam nada yang tidak teratur.

Delilia sedang mengemas lokarnya sejurus dia selesai mandi. Sebaik mengenakan pakaiannya, dia terus mengunci lokarnya dan beredar dari situ.

Bertembung penyambut tetamu di kaunter resepsi, dia sempat mengucapkan selamat tinggal.

“Bye, Fasha. Jumpa lagi minggu depan ya? Jangan lupa dengar aku membebel di Cinta.fm malam ni ya?” ujar Delilia sambil berpesan.

“Okey! Harap-harap malam ni ada topik cinta baru ya?” gurau Fasha.

Sebaik Delilia keluar sahaja dari pusat karate itu, muncul pula Eddy masuk ke dalam. Dia menghambat dirinya ke kaunter resepsi.

“Ya, encik? Boleh saya bantu?” tanya Fasha sambil melemparkan senyuman.

“Ya, saya hendak mendaftar berlatih karate di sini. Boleh saya tahu berapa yurannya, ya?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience