Bab 17

Romance Completed 16392

17

Dua bulan kemudian…

Sudah sebulan, Eddy tidak hadir ke pusat karate. Dia cuma sempat sebulan sahaja berlatih di sini. Walaupun Lia tidaklah begitu ternanti-nanti akan kemunculan lelaki itu, akan tetapi dihatinya timbul jua perasaan tertanya-tanya.

Ke manakah dia pergi? Sudah berhenti berlatih di pusat karate ini ke?

Sebulan lepas, Eddy mendapat tahu bahawa selama ini Lia adalah kawan baik dan teman serumah dengan Eliza setelah berminggu-minggu keluar dengannya. Mula-mula dia terkejut, tetapi setelah mendengar penjelasan daripada Eliza, dia semakin lama semakin boleh menerimanya. Hampir semua perkara tentang Lia dia tahu dari mulut rakan baiknya itu termasuklah pekerjaannya sebagai DJ. Rupa-rupanya selama ini dialah DJ untuk stesyen Cinta.fm itu. Cuma Lia sahaja yang tidak tahu hubungan mereka berdua selama ini.

Sebaik tamat latihan petang itu, Lia sempat singgah dikaunter sekejap sebelum beredar pergi.

“Erm, Fasha. Boleh aku tanya sikit tak?”

“Apa dia Lia. Tanya jelah.”

“Lelaki yang tempoh hari tu, yang nama Faizal tu…mana dia dah lama tak datang berlatih ke?”

“Ohh, Faizal tu ya. Dia dah berhenti lama dah. Bulan lepas lagi dia dah tak ada,” jawab Fasha.

“Berhenti? Kenapa pula?” tanya Lia kembali.

“Katanya, dia dah bertunang,” jawabnya lagi.

“Bertunang?”

“Ha ah, dia dah bertunang dah?”

“Hmm, tak apalah. Aku pergi dulu. Bye!” Lia keluar dari premis itu dengan perasaan penuh pelik dan bercampur-baur.

‘Kenapa cepat sangat dah bertunang?’ bisik hatinya.

Lantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Menghubungi Eddy. Entah kenapa hatinya kini benar-benar berani mendail nombor lelaki itu.

“Hello, boleh bercakap dengan Eddy aka Faizal?”

“Lia? Kenapa tiba-tiba call saya?” Eddy terasa pelik pula kerana Lia yang tidak pernah menghubunginya sebelum ini, tiba-tiba menghubunginya sekarang.

“Betul ke awak dah bertunang?” tanyanya tanpa berbasa-basi.

“Ya…and why do you care?” tanya Eddy sambil mengerutkan dahinya.

“Nothing. Anyway congrats!” ucap Lia terus memutuskan talian. Eddy terus menghubungi Eliza selepas itu.

“Eliza! Lia call I tadi,” Eddy segera memberitahu.

“Betul ke?”

“Kau rasa-rasa dia call I sebab apa? Dia masih ada menaruh perasaan kat I ataupun dia hanya nak ucapkan tahniah sebab I dah bertunang?” Eddy cuba berteka-teki.

“Eh, you jangan nak perasan sangatlah. Lagipun siapa nak kat you?” Eliza bergurau.

“Eh, you jangan ingat tak ada orang yang minat kat I tau. Sekali I petik, sepuluh datang tau,” Eddy cuba berlawak pula, menjadikan perbualan mereka lebih hangat.

“Anyway, dengan siapa you nak bertunang?”

“Erm, Eliza. Can you do me a favor?”

“Apa? What kind of favor?”

“Jumpa I pukul empat petang ni di Papa John di Times Square. Nanti I bagitahu apa favor I. Okey?”

“Okey,” Eliza terus menyatakan tanda setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience