4
Tetapi belumpun sempat Delilia memandu keluar dari aras bangunan tersebut, tiba-tiba dia telah dikejutkan dengan satu dentuman kuat yang muncul dari bawah keretanya.
Sebaik keluar memeriksa keadaan keretanya, ternyata sangkaannya memang tepat. Tayar keretanya pancit akibat terkena objek tajam. Apalagi dia menyumpah kegeraman dengan menghempas kuat pintu keretanya serentak mengatup kembali keretanya. Dia buntu kerana tidak tahu ke mana dia harus pergi. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang. Seorang lelaki yang membantunya tadi.
Walaupun dirinya terasa berat untuk meminta pertolongan daripada lelaki misteri itu tadi, tetapi dia tidak ada pilihan lain. Melihatkan si jejaka tadi masih lagi berada dalam perut kereta belum memulakan perjalanan, lantas dia mengheret dirinya ke sana. Dan kali ini dia benar-benar terpaksa bermuka tebal.
“Tuk! Tuk! Tuk!” ketuk Lia ditingkap ketika pemuda tadi baru sahaja hendak menghidupkan enjin kereta.
Sebaik dia membuka pintu keretanya, lelaki tersebut agak terperanjat bila perempuan sombong tadi berani pula memunculkan dirinya dihadapan keretanya. “Em, boleh awak tumpangkan saya? Em, tayar kereta saya pancit,” rayu Delilia.
Lelaki itu serta-merta menjadi kaku seketika. Hanya terdiam di situ.
Share this novel