5
Ketika kereta sudah lama menempuh beberapa buah jalanraya, Delilia dan lelaki yang ada di dalam kereta itu nampaknya tidak banyak bercakap. Alasan paling munasabah yang menyebabkan mereka berdua begitu adalah kerana perbalahan kecil sebentar tadi. Tetapi Delilia bijak menutupnya dengan memulakan perbualan.
“Saya ingatkan awak tadi tak sudi nak tumpang saya,” sindir lelaki itu.
“Em, by the way, saya Zalia. Em, a.. panggil Lia aje,” tipu Delilia.
Itulah prinsip Lia yang suka berahsia terhadap mana-mana lelaki yang baru dikenalinya. Pengalamannya sendiri telah membuktikan itu. Lantas dia menghulurkan tangan untuk berjabat, tetapi malangnya tidak disambut oleh lelaki itu yang sedang leka memandu. Dia cuma membalasnya dengan mengucapkan sahaja.
“It’s okay, panggil saya Eddy saje,” jawab lelaki, memperkenalkan dirinya.
Tanpa dia tahu, rupa-rupanya dia turut ‘berbohong’ kepada wanita itu. Jika hendak diikutkan, dia sebenarnya tidaklah menipu Lia. Nama sebenar dia bukanlah Eddy, tetapi Faizal. Eddy hanyalah nama panggilan manjanya sahaja. Cuma kawan-kawan yang mengenalinya sahaja yang akan memanggilnya dengan nama Eddy. Eddy ataupun Faizal masih tetap namanya juga. Kerjayanya pula adalah seorang evaluator di Bank Rakyat yang tugasnya adalah menilai harga rumah bagi menentukan jumlah pinjaman yang bakal diberikan oleh bank kepada pembeli rumah.
“Dan awak kerja apa?” tanya Lia.
“Kerja? Erm, tak ada soalan lain ke selain soalan tu? Tipikal sangat dah,” Eddy cuba untuk bergurau.
“Ha?” Lia tersentap sedikit.
“Hehe, tak adalah. Saya kerja sebagai evaluator di Bank Rakyat.”
“Em, a..apa kata kita pegi minum nak tak? Saya belanja. Saya rasa bersalah dengan apa yang saya buat terhadap awak tadi,” tawar Lia kepada Eddy.
“Tak perlulah awak belanja saya. Yang sepatutnya sayalah yang kena belanja awak. Saya kan lelaki. Jadi lelakilah yang kena belanja perempuan. Bukannya perempuan yang belanja lelaki, betul tak?” tolak Eddy.
“Tak, betul saya ikhlas nak belanja awak.”
“Tak apa, biar saya belanja, okey?” tawar Eddy sekali lagi. Lia hanya membisu. “So, kita nak pergi ke mana? Kita pergi minum di Kampung Baru je lah, okey?”
“Okey,” Lia terus sahaja bersetuju.
Perjalanan mereka seterusnya akan menuju ke Kampung Baru. Tempat yang memang terkenal dengan makanan yang lazat-lazat belaka. Tempat itu juga menjadi pilihan pengunjung untuk bersantai kerana ia ditutup lewat sehingga ke pagi hari.
Sememangnya, pilihan mereka berdua ke sana adalah tepat pada waktunya. Tepat bukan kerana pilihan untuk menikmati makanan bagi mengisi perut mereka yang kosong. Tetapi untuk mengenali lebih dekat dengan perempuan yang dianggap misteri dan luar biasa baginya.
Share this novel