BAB 4

Romance Completed 3222

“Assalamualaikum.” Zafran memberi salam setelah pintu utama banglo itu terbuka untuknya.

“Waalaikumussalam, oh anak ini mesti orang Dato’ Mursyid kan? Boss baru kamu ada dekat dalam baru sudah sarapan. Kejap lagi dia keluar, eh masuklah dulu.” Pelawa seorang wanita berusia lewat 50-an yang memperkenalkan dirinya sebagai Mak Ton.

“Eh takapalah Mak Ton, saya tunggu di luar sahaja. Tolong bagitahu Cik Sara saya dah sampai, oh nama saya Zafran Mikhail. Panggil Zaf je.” Balas Zafran ramah sambil mengukirkan senyuman.

“Kamu tunggu kejap ya, Mak Ton panggilkan Cik.” Kata Mak Ton sambil tergesa gesa masuk ke rumah besar itu.

“Er… Encik Zafran, nama saya Meyl Nur Qaisara. Panggil saje Meyl. Boss baru awak. Jom lah kita ke pejabat saya. Saya dah lewat ni.” Tegur satu suara dari arah belakang mengejutkan Zafran dari lamunan.

Sebaik sahaja Zafran menoleh mulutnya ternganga luas dan mukanya mula merah menahan marah.

“Kau?! Perempuan gila? Kau boss aku? Kau?!” Zafran bersuara sedikit kuat dek kerana terlalu terkejut kerana tidak menyangka perempuan yang membuatkan dia marah tempoh hari adalah boss barunya.

“Kalau macam ni aku letak jawatan sekarang jugak! Aku akan hantar surat letak jawatan pada Dato’ Mursyid esok. Spoil mood aku pagi pagi buta ni.” Luah Zafran sebelum segera berlalu meninggalkan Meyl yang termangu mangu sendirian.

“Zafran please, saya minta maaf dekat awak. Awak tak boleh buat macam ni, Dato’ Mursyid dah minta tolong awak. Awak pun dah setuju so you can’t do this to me. Frankly speaking saya pun tak tahu orang yang Pak Ngah maksudkan tu adalah awak, kalau saya tahu memang saya tolak mentah mentah. Awak dah janji Zafran, tolong tunaikan janji awak.” Meyl sempat menahan Zafran dari berlalu pergi.

“Hei perempuan gila! Aku cakap aku tak nak, aku tak nak lah! Kau pekak ke apa hah?”

“Okay. Awak boleh pergi tapi awak tak akan dapat satu sen pun gaji awak untuk bulan lepas dari Zaltech Holding. Awak fikirkanlah betapa sukarnya nak cari kerja sekarang ni. Awak kira bernasib baik sebab Pak Ngah saya memang baik hati tolong orang yang dalam kesusahan.” Meyl cuba memujuk Zafran kerana dia tidak ada pilihan lain. Dia yakin lelaki itu tidak akan mengapa apakanya. Cuma mulutnya sahaja yang berbisa, namun tidak menjadi masalah yang serius bagi Meyl.

Zafran terkedu. Bijak betul perempuan ni bermain dengan emosi. Dia mula mengimbas saat dimana dia ditimpa kemalangan dan Dato’ Mursyid yang membantunya sehingga dia diberi peluang untuk bekerja di syarikat beliau.

“Kau memang tak guna! Kau pergi masuk kereta sekarang sebelum aku ubah fikiran!” Jerit Zafran lantang lalu dengan langkah laju terus menuju kearah kereta.

“Dah sampai.” Tutur Zafran setelah sampai di hadapan bangunan yang tersergam indah itu.

“Woi kau nak suruh aku ambil kerusi roda ke bawa kau naik atas hah? Turun lah cepat! Aku takada masa nak tunggu kau!” Tengking Zafran.

“Sorry I tertidur tadi, er takpayah lah jerit jerit. I belum pekak lagi okay. Pukul 5 ambil I dekat sini.” Arah Meyl sebelum keluar dari perut kereta BMW nya itu.

“Dasar perempuan menyusahkan.” Zafran menghentak stereng sekuat hati. Sungguh dia tidak menyangka sama sekali akan bertemu lagi dengan perempuan sakit mental itu. Arghhh sebulan aku kena hadap muka dia. Boleh kena darah tinggi aku macam ni asyik nak mengamuk je. Omel Zafran seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience