BAB 16

Romance Completed 3221

“Zaf, buka pintu Zaf.” Laung Edrief kuat dari dapur.

“Ya ya, coming.” Zafran segera membuka pintu tanpa berlengah.

“Zafran…” Tegur satu suara yang sememangnya sangat dirindui itu.

“Hah kau nak apa cari aku sampai ke sini? Kau tak reti malu ke datang rumah lelaki malam malam macam ni?” Soal Zafran bengang, dia sengaja mahu memanaskan hatinya yang sudah berdegup kencang itu.

“Er kalau ya pun taknak jemput I masuk dulu ke?” Meyl menyoal ragu ragu.

“Hah kau nak apa ni? Jangan lama lama sangat dekat sini, aku taknak jiran sebelah duk mengata pula.” Zafran bersuara setelah Meyl melabuhkan duduk di atas sofa.

“You memang pengecut kan Zaf? Kenapa you terus pergi macam tu je haritu? Kenapa Zaf? You senyapkan diri dari I, kenapa?” soal Meyl bertalu talu.

“Sebab aku tahu aku tak layak, aku rasa bodoh cintakan orang yang tak pernah ada hati dekat aku. Kau tahu tak aku ni tak ubah macam melukut di tepi gantang? Aku memang selalu failed bila bercinta.” Luah Zafran lirih.

“You tahu ke apa yang I rasa? You tahu ke perasaan I dekat you macam mana Zaf?”

“Takpayah cakap pun aku tahu, kau tak pernah ada hati dengan aku, kita selalu bertengkar. Tak kan kau lupa? Tak kan pernah ada terbit cinta untuk aku dalam hati kau kan?”

“Sebab tu I cakap you ni pengecut! You sebenarnya lembik! You tak yakin dengan diri you sendiri, you terlalu ego Zafran.”

“I love you too Zafran………” Meyl menyambung kembali ayatnya, dia sudah mula merenung mata hazel milik lelaki itu.

“I tahu I tak patut datang rumah you. Tak manis, tapi ni semua sebab you. You tak berani nak berhadapan dengan realiti. I dah lama sukakan you Zafran, and sikap ambil berat you yang buat I jatuh hati. Ego you buat I rasa you lain dari yang lain.” Meyl mula meluahkan rasa.

“Kau dah buat silap besar sebab datang rumah aku malam malam macam ni, so aku nak kau bayar balik kesalahan yang kau dah buat.” Zafran bersuara nakal sengaja mahu menguji gadis itu.

“Err what do you mean?” Meyl mula rasa hendak pengsan apabila Zafran mula tersenyum nakal dan asyik memandang dirinya. Eish janganlah dia buat kerja gila….

“Next month aku hantar gerabak kereta api nak pergi meminang kau, aku nak kau setuju. Aku taknak dengar sebarang bantahan dari pihak kau.” Zafran bersuara serius.

“Zaf serious?! You kalau hantar sekarang pun I terus cakap setuju tau, jom pergi nikah sekarang nak tak?” Meyl bersuara girang, dia bertanya seolah olah anak kecil. Zafran menghamburkan tawanya kuat.

“Sayang… jangan gelojoh sangat tahu. Aku tak pergi mana mana pun, aku tunggu kau sampai hujung pernafasan cinta kita.” Zafran bersuara penuh makna.

“I main main jelah. Tapi kalau you nak I ada syarat.”

“Syarat? Kalau kau bagi sepuluh syarat sekalipun belum tentu aku boleh tunaikan. But at least let me know. Apa syaratnya wahai Cik Tuan Puteri yang cerewet?”

“Hm I nak you rendahkan ego you lepasni, I tak sanggup tau nak berdepan dengan ego you yang Klcc pun kalah. And lagi satu minta tolong buang sikap panas baran you tu ya? I takut tahu setiap kali you mengamuk tak tentu pasal.” Meyl bersuara seperti meminta simpati. Zafran sudah mula menghamburkan tawanya.

“My dear Meyl, listen here. Aku tak nak berjanji sebab kalau aku tak tunaikan aku akan rasa bersalah dengan kau, tapi aku akan pastikan aku tunaikan semua permintaan kau. Aku akan cuba berubah, perlahan lahan. Demi masa depan kita.” Zafran bersuara penuh romantis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience