BAB 11

Romance Completed 3221

“Zafran, thanks sebab teman saya harini. Oh yaa, saya nak cakap esok awak takpayah hantar saya pergi office. Saya cuti esok. Sebab saya nak melawat tapak projek dekat bangi.” Ujar Meyl semasa mereka berdua tiba di banglonya itu.

“Kau takpayah nak explain panjang lebar dekat aku. Cukup lah kau bagi tahu aku main point je, aku bukan kekasih kau nak kena inform segala benda. Hah kau nak pergi sana dengan siapa?”

“Suka hati I lah mulut I yang petah bercakap, bukan mulut you yang selalu busuk macam bangkai tikus. Huh! Yang sibuk tanya apahal?” Meyl sudah mula meninggikan suara. Sebal sungguh hatinya dengan Zafran yang asyik menyakitkan hati.

“Kau jangan sampai mulut kau ni aku tampar puas puas Meyl, kurang ajar! Aku perlu tahu sebab tu keselamatan kau, tak kan tu pun takboleh beza? Spm lulus tak?”

“Hello kalau Spm I tak lulus takada maknanya I berdiri macam apa yang you nampak sekarang ni. I pergi dengan PA I, Hanim. Puas hati? Hah ada apa apa lagi nak tanya cik polis pencen?” Soal Meyl yang kedengaran agak sinis.

“Kalau kau bukan boss aku takada maknanya aku nak tanya kemana kau pergi dengan siapa lah! Tak ingin aku nak tahu semua pergerakan kau yang sah sah takada kaitan dengan aku langsung! Btw Cik Meyl, aku nak ucapkan terima kasih sebab bagi aku masa untuk rehatkan otak aku dari hadap kau yang otak senteng ni.” Balas Zafran kasar sebelum berlalu pergi kearah motornya. Semakin lama dia disitu, semakin rancak dia bertikam lidah dengan gadis itu.

“Err Zaf wait. Nah ambil lah.” Meyl menghulurkan sebungkus beg plastik kepadanya.

Zafran hanya menjongketkan bahunya. Namun tetap juga dia mencapai bungkusan yang dihulurkan oleh Meyl. Tidak sampai hati mahu menolaknya dengan kasar, dia masih mempunya hati dan perasaan sebagai manusia.

“Apa benda ni hah? Dadah?!” Tengking Zafran membuatkan Meyl sedikit tersentak.

“Zafran you jangan buat I hilang sabar dengan you Zafran, tolong kawal sikit mulut you! I tak sehina itu nak bagi you benda macam tu Zaf, tolong jangan anggap semua orang kaya suka ambil kesempatan.” Balas Meyl dengan nada marah yang ditahan tahan.

“Kau takpayah nak sentap sangat dengan aku, ada aku kisah kau nak terasa ke tak? Dari dulu lagi aku cakap perasaan kau tak penting langsung untuk aku jaga, anyway aku tak ingin benda ni.” Zafran mencampak kasar bungkusan itu tepat ke arah kaki Meyl. Meyl hanya diam kaku membisu. Zafran terus memecut laju motornya meninggalkan Meyl yang menahan rasa disitu.

“Dia taktahu agaknya aku beli kemeja ni untuk dia. Dia taktahu aku dah tukar warna kemeja ni kepada warna kegemaran dia. Dia takpernah cuba belajar menghargai pemberian orang. Kejam!” Meyl bingkas berlalu setelah mengutip kemeja yang sudah tercampak di atas lantai. Hatinya rasa sebal yang amat, dia sakit dengan perbuatan Zafran. Bengang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience