BAB 1

Romance Completed 3221

“Kau buat hal lagi ya sayang, kenapa kau suka sangat menyusahkan aku hah?!” Rungut Zafran sambil mengepal penumbuk. Dalam minggu ini sahaja, sudah 3kali motor kesayangannya rosak di tengah jalan. Sebal sungguh hatinya.

Tiba tiba telefon bimbitnya berdering meminta segera untuk diangkat.

“Hello Zaf. Kau kat mana tu? Okay tak?”Sapa suara garau itu prihatin.

“Hah aku dah setengah mati dekat sini. Kau baru sibuk nak call. Aku okay sangat okay Rief terpacak bawah cahaya matahari yang sejuk ni.” Jerkah Zafran sinis.

“Er.. Sorry Zaf. Aku dalam meeting tadi. Kau kat mana ni? Cakap lah cepat, aku nak hantar orang ni ambil kau.” Balas Edrief di hujung talian itu.

“Huh! Aku dekat Jalan Masjid India ni, cepatlah sikit!” Bentak Zafran geram sebelum mematikan talian.

“Dasar tak guna punya kawan! Aku dah macam separuh nyawa dekat sini dia tak hantar orang lagi. Bagus! Arghhh!” Dia menguak kasar rambutnya yang sudah kusut masai itu. Hilang kemachoannya seketika.

Dia terus berdiri meninggalkan motornya tersadai di tepi jalan itu dan terus berjalan pantas menuju ke sebuah restoran. Tekaknya terasa sangat dahaga dek matahari yang panas memancar kearahnya.

Baru beberapa langkah Zafran berjalan, tiba tiba tangannya dipaut kalut oleh seseorang. Lantas kakinya terpasak ke bumi. Dia sendiri tergamam dan tertanya tanya dengan apa yang sedang berlaku.

“For your information Zik, ni boyfriend baru I, I dengan dia plan nak nikah hujung bulan ni. You faham tak? So takada alasan you taknak lepaskan I kan. I serius dengan dia Zik. Tolong lepaskan I!” Bentak seorang gadis yang entah dari mana datangnya tiba tiba memaut lengan Zafran sebelum memperkenalkan dia kepada seorang lelaki yang jelas kelihatan tertekan.

“Ya tuhan, perempuan gila mana pula ni buat lawak tengah hari buta cakap aku bakal suami dia. Dah buang tebiat ke apa!” Zafran bermonolog sendirian kerana masih lagi terkejut dengan drama percuma yang terpaksa ditontonnya itu.

“You… Apa you cakap ni? I sayang you I cintakan you sampai mati. Tolong lah jangan buat I macam ni, I merayu ni sayang.”

“Hei you tak dengar ke apa yang I cakap tadi? He’s my future husband, I akan kahwin dengan dia. Did you get it?!” Balas gadis itu yang sudah mula berubah intonasi.

“Sayang, I tahu you tipu I. Sayang please jangan siksa I macam ni….” Luah lelaki itu sambil cuba untuk merangkul pinggang gadis kecil molek itu.

Bukkkkkkkkkkkk! Tubuh lelaki itu terdorong jatuh ke atas lantai.

“Kau jangan nak buat aksi 18sx dekat sini bro, kau dengar tak dia cakap apa? Dia bakal isteri aku, kau takpayah nak menagih simpati. Baik kau blah sekarang sebelum lubang hidung kau cium jalan tar. Berambus!” Balas Zafran bengang kerana dia sememangnya tidak suka lelaki mengambil kesempatan ke atas wanita sesuka hati.

“I akan cari you sampai mati Sara, I bersumpah! I’ll never let you go.” Balas lelaki itu sambil menahan kesakitan sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

“Hah yang kau ni pula apahal tiba tiba paut lengan aku then cakap aku bakal suami kau? Kau dah gila ke?! Aku kenal kau pun tak!” Tersentak gadis itu sebelum melepaskan pautannya di lengan Zafran.

“Err… I err nama I Meyl.” Balas gadis itu tersekat sekat kerana gerun dengan suara Zafran yang mula meninggi itu, namun dia tetap menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan lelaki itu.

Zafran hanya memandang huluran gadis itu dengan pandangan yang sinis. Heh tak ingin aku nak sentuh kau lah perempuan taktahu malu!

“Weh perempuan, ada aku suruh kau kenalkan diri kau ke? Aku tanya lain kau jawab lain, patutlah bangang. Ada boyfriend handsome tapi kau lepaskan macam tu je. Kau ni memang psycho lah.”

“Hei you jaga sikit mulut you! You taktahu apa yang terjadi jangan main sedap nak cakap. Mulut serupa longkang!” Balas gadis itu kegeraman.

“Kau ni memang dasar perempuan tak tahu malu! Kau dah libatkan aku dengan masalah cinta bodoh kau ni, lepastu kau nak salahkan aku pula. Cantik perangai kau. Aku sanjung tahu.” Ucap Zafran dengan nada mengejek.

“Okay okay I minta maaf, I tahu I salah. Tapi takpayah lah suka suka cakap macam tu. I pun ada hati okay.”

“So? Apa kaitan dengan aku? Eh aku tak kisah lah hati kau nak kecut ke nak sentap ke dengan aku, pergi lantaklah! Aku nak pesan dekat kau. Kau jangan suka suka laki mak kau libatkan orang lain dalam masalah kau. Nak bercinta gunakan otak, bukan kepala lutut.” Balas Zafran sebelum meninggalkan gadis itu yang terkebil kebil sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience