BAB 12

Romance Completed 3221

“Malam ni ambil I dekat rumah pukul 7.30. I ada dinner dekat Hotel Royal Chulan.”

Sudah sepuluh minit sms itu dibaca berkali kali oleh Zafran. Kenapa ringkas sangat perempuan ni bagi arahan? Selalunya kalau dia nak suruh aku buat apa apa mesti dia call aku dulu, hm pelik. Ke dia marah aku pasal semalam? Ah kisah pulak aku, lantak kau lah perempuan! Kalau kau boleh send sms pendek, aku boleh balas dengan lagi kontot lah, kau tunggu kejap.

“K”

Butang send ditekan dan dia segera berlalu ke dapur.

“You ni kenapa lambat? You tahu tak dinner tu start pukul 8!” Suara serak basah Meyl menujah gegendang telinga Zafran sebaik sahaja dia memecut kereta itu laju.

“Alamak kau ni kecoh lah, aku lambat 5 minit je pun. Aku singgah solat kejap tadi tu yang lambat.” Zafran bersuara agak perlahan kerana dia memang tidak ada mood untuk bergaduh.

“You dah lah lambat. Lepastu tak reti nak minta maaf! I taknak dengar lah alasan you, kalau I cakap ambil I pukul 7.30 means pukul 7.30 tepat you mesti terpacak dekat depan rumah I. faham!”

“Kau takpayah nak jerit jerit lah gila, sakit telinga aku ni. First time aku lambat kau dah nak kecoh macam aku buat salah besar. Nak aku minta maaf? No aku tak akan ucap kata maaf sekalipun. Sebab aku rasa bukan salah aku.” Balas Zafran selamba.

“You ni memang lelaki takada perasaan! Takapa Zafran, lagi seminggu you dah nak blah, I kena sabar sikit dengan perangai biadap you ni.” Meyl jelas tertekan dengan kata kata Zafran yang tidak mahu mengalah itu.

“You’ll gonna miss me soon, Meyl.”

“Hah? Apa you cakap tadi? Ulang balik?” Pinta Meyl ingin tahu.

“Tak ada apa apa. Aku cuma cakap, aku tak sabar nak tunggu hari tu. Hari yang aku akan serahkan kunci kereta ni dekat kau, hari yang akan berakhirnya semua sengsara aku selama bekerja dengan aku. Kau tahu Meyl? Kerja dengan kau macam dalam neraka. Hati aku sentiasa panas bila dengan kau!”

“I malas nak layan you, you memang tak mengenang budi. Takpernah nak hargai perasaan orang, takpernah cuba hormat perempuan. Dasar lelaki memalukan, okay stop. Jangan balas sebab I taknak gaduh. Fullstop Zaf.” Balas Meyl yang mahu menamatkan pertelingkahan antara mereka. Dia masih lagi terasa dengan sikap Zafran yang menolak pemberiannya begitu sahaja.

Zafran hanya menyepikan diri sebaik sahaja Meyl menyudahkan ayatnya itu. Entah kenapa hatinya tersentuh mendengar kata kata Meyl yang seperti amat terasa dengan setiap perkataan yang keluar dari mulutnya. Ahhh hati jangan lah buat aku macam ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience