BAB 15

Romance Completed 3222

Zafran memberhentikan motornya di hadapan teratak indah milik Meyl. Mukanya mendung tanpa secalit senyuman di bibir.

“Ni kali terakhir aku jejak rumah ni, kali terakhir aku jumpa dengan dia. Kali terakhir aku tatap muka comel dia.” Zafran mengeluh sendirian. Dia sendiri tidak faham dengan rentak hatinya. Seharusnya dia gembira bukan kepalang kerana tempoh sebulan untuk bekerja dengan gadis yang dibenci itu sudah tamat. Perlahan lahan dia melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah itu.

“Zaf, harini you takpayah hantar I pergi kerja. Lepas you ambil gaji you, you boleh balik.” Meyl bersuara sebaik sahaja dia melihat susuk tubuh sasa milik Zafran.

“Dah kenapa pula aku takpayah hantar kau? Kau nak pergi naik apa? Kuda?”

“Eh taklah I terbang je, I kan superwoman.” Meyl menayang sengih.

“Superwoman tak lembik macam kau lah.”

“I nak ambil Pak Ngah dekat airport nanti. Flight dia delay. Tak jadi balik malam tadi, so tengah hari nanti I akan drive sendiri ambil Pak Ngah I.” Meyl menerangkan panjang lebar.

“Aku hantar kau ke sana.”

“Takpayah, you dengar tak apa I cakap? Tak payah sibuk boleh tak? I boleh drive sendiri, I perlukan driver sebab I malas nak terperangkap dengan kesesakan jalan raya masa nak pergi kerja, nanti I stress. It’s okay nak ambil Pak Ngah tak stress mana pun, I happy adalah jumpa dia.”

“Ada aku tanya kau happy ke sedih ke? Ada? Mulut kau tu macam aku nak salotep je kasi tak berbunyi. Dah mana gaji aku? Aku takada masa nak duduk lama lama kat sini, bosan aku hadap muka kau.” Zafran malas mahu melayan Meyl yang banyak cakap itu.

Meyl menghulurkan sampul surat berwarna coklat kepadanya.

“Zafran. Thankyou so much sebab jadi driver I, ikut kehendak I kesana kemari. Ya, even telinga I pedih terhiris dengar kata kata pedas you tu, but still, thanyou so much. Lagi satu, terima kasih sebab selamatkan I malam kelmarin.” Ucap Meyl cuba melawan kesedihan. Dia sedaya upaya tidak mahu menunjukkan dia mula menyukai lelaki itu.

“Kau takpayah nak buat sinetron indon petang petang kat sini. Aku tak kuasa nak layan. Thanks untuk ini, Cik Meyl.” Kata Zafran sambil mengibarkan sampul surat tadi. Dia terus berlalu ke arah motornya.

Meyl mengeluh hampa melihat reaksi Zafran yang dingin itu. Dia mula berkira kira untuk masuk semula ke dalam rumah. Biarlah dia dengan hidup dia.

“Meyl Nur Qaisara. Aku tahu aku tak layak nak cakap macam ni, tapi aku peduli apa. Aku cintakan kau Meyl. Aku dah tak larat nak pertahankan ego aku. Cukuplah sekadar kau tahu aku sayangkan kau. Jaga diri baik baik lepasni Meyl, aku dah takada untuk jaga kau lagi. Aku sayang kau. Thanks for the bitter sweet memories. Aku balik dulu.” Ungkapan penuh makna dari bibir Zafran mematikan langkah Meyl. Kakinya terpasak ke bumi, lidahnya kelu seperti tidak tahu untuk membalas apa. Dia masih lagi membelakangi Zafran.

Zafran yang masih menanti Meyl untuk bersuara masih berdiri disitu. Namun dia hampa. “Kenapa kau taknak pandang aku walau sesaat pun Meyl? Tak Layak kah aku mencintai kau?” Akhirnya Zafran melangkah lemah ke luar rumah. Hatinya pedih mengenangkan Meyl yang diam tanpa respond.

“Zaf tunggu! Awak nak pergi mana?” Meyl mula mengejar Zafran yang sudah berlalu ke arah motornya.

Zafran terus memecut laju motornya. Dia benar benar sedih, aku tahu aku tak patut cakap macam tu, tapi hati aku mendesak. Aku tak layak nak sayang orang macam kau Meyl. Hatinya bersuara lirih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience