BAB 8

Romance Completed 3221

“Hah kau kenapa tiba tiba suruh aku ambil pukul 9 pula? Oh lupa pula kau kan boss. So kau boleh masuk ikut sukahati kau lah kan. Dasar orang kaya berlagak.” Zafran mula memanaskan hati Meyl setelah gadis itu melabuhkan duduk di tempat duduk belakang.

“You ni tak reti penat ke gaduh dengan I? Pagi pagi lagi cari pasal. Huh! I nak jumpa dengan klien. After lunch I masuk office. Oh ya kita pergi bangsar, now. Faster Zafran because klien I dah nak sampai. I taknak lambat.” Arah Meyl ibarat mem besar.

“Kau ni memang sakit jiwa agaknya! Aku terpacak dari pukul 8.30 tadi dekat depan kereta ni tunggu kau bersiap macam tuan puteri, tapi takadalah cantik mana pun. Pakai make up tebal tebal serupa macam hantu kak limah.” Balas Zafran sambil tergelak sinis. Dia memang gemar menyakitkan hati Meyl.

“Ewah ewah sedapnya mulut si driver cabuk ni cakap muka I macam hantu. Hello muka I suka hati I lah nak pakai make up tebal mana, bukan I solek muka you pun. Yang macam muka pecah rumah tu. Mesti lagi hodoh kalau make up kan.” Meyl mula menghangatkan suasana antara mereka.

“Dah pandai membidas sekarang si sewel ni. Lagi sekali kau cakap muka suci aku ni macam muka pecah rumah, aku hantar kau pergi hospital sakit jiwa. Aku serius ni Meyl. Aku yang drive so aku boleh buat apa sahaja.” Ujar Zafran cuba untuk menakut nakutkan Meyl.

“Yelah I senyap, dah sampai nanti bagitahu. I nak tidur kejap,” Balas Meyl perlahan sebelum memejam kan matanya.

“Bila naik kereta je kau tidur, pemalas tahu tidur je.” Bebel Zafran sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience