BAB 10

Romance Completed 3222

Zafran memberhentikan kereta milik Meyl di hadapan pusat beli belah terkemuka di ibu kota itu. Dia mengerling sekilas Meyl yang hanya asyik berbalas sms. Huh perempuan ni. Tadi nak sangat pergi sini, bila dah sampai taknak turun pula. Macam budak kecil sungguh.

“Kau nak turun ke tak nak ni? Kau jangan nak buat aku panas Meyl, kalau kau tak nak turun. Aku balik sekarang juga!” Zafran mula bersuara melihat Meyl yang seperti tidak mahu turun dari kereta itu.

“Err sorry, kawan saya tak jadi datang. Tiba tiba dia kena balik kampung adik dia kemalangan.” Meyl akhirnya bersuara bersama keluhan dilepaskan.

“So? Apa tunggu lagi, kalau dari tadi kau cakap kan senang. Kau ni kerja memang nak menyusahkan aku je lah. Tak habis habis nak buat aku mengamuk.” Zafran mula berkira kira untuk menghantar Meyl pulang ke rumah.

“Zaf stop. Saya kena shopping juga sebab saya bosan duduk dekat rumah. Hmm awak teman saya shopping boleh? Please ya Zafran, tak lama pun. Saya tak biasa jalan sorang sorang ni.” Meyl sudah memaut bahu Zafran seperti memujuk lelaki itu untuk menemaninya.

“Kau jangan suka suka nak pegang aku Meyl, tepilah!” Zafran menepis tangan Meyl yang masih lagi memegang bahunya itu.

Hish mamat ni, dah macam gay aku rasa. Tak berminat dengan perempuan.

“Okay Zaf sorry, but saya memang betul betul minta tolong awak kali ni, lagipun kita dah sampai dah kan. Kita pergi lunch dulu then baru pergi shopping. Please Zafran.” Meyl masih lagi mahu memujuk.

“Huh! Kau memang suka paksa aku buat itu ini! Kau turun sekarang! Cepat lah jangan nak terhegeh hegeh!” Arah Zafran sebelum mematikan enjin kenderaan itu.

Meyl hanya memerhatikan muka Zafran yang masam mencuka. Zafran hanya tunduk menikmati makanannya tanpa mahu bercakap sepatah pun dengan dia.

“Zaf you tak makan pedas? Eish pelik lah you ni.” Meyl mula bersuara apabila dia melihat Zafran tidak menjamah langsung sambal sotong yang dipesannya tadi.

“Tak, aku memang dari kecil tak makan pedas. Apa masalah kau? Kau yang gatal nak order, aku tak minta pun.” Balas Zafran acuh tak acuh sambil meneruskan suapan.

“You ni macam pondan tahu, lembik. Tak makan pedas. Nak kata muka jambu takadalah, muka bengis je macam singa kelaparan.” Bidas Meyl kegeraman melihat sikap acuh tak acuh Zafran melayannya bersembang.

“Kau jangan nak cari pasal Meyl! Aku malas nak gaduh dengan kau depan rezeki, kalau kau taknak aku tinggalkan kau terkontang kanting dekat sini, baik kau zip mulut murai kau tu.” Balas Zafran sebelum berlalu ke sinki.

Sudah hampir tiga jam Zafran menemani Meyl yang bershopping sakan itu. Zafran hanya menggeleng kepala melihat gelagat Meyl yang sangat cerewet dalam memilih baju. Dia hanya menanti di luar, tidak kuasa mahu masuk ke dalam sekali melayan kerenah perempuan gila itu.

“Zafran, sini kejap.” Tiba tiba si gadis menggamitnya kesana. Zafran terus mengatur langkah dengan wajah seperti orang bosan menunggu.

“Hah kau nak apa? Berapa lama aku kena bertapa dekat sini? Sehari? Dua hari? Seminggu?” soal Zafran sinis.

“I janji ni last. Sekejap lagi kita balik okay. Zaf, cantik tak baju ni?” Meyl menyoal sambil menghulurkan sehelai kemeja berwarna biru lembut kepadanya.

“Hmm cantik… tapi kau nak bagi dekat siapa ni? Setahu aku kau mana ada boyfriend, dah jatuh talak kan haritu.” Zafran berkata dalam nada mengejek.

“Mulut you memang sentiasa takada insurans! I nak beli untuk kawan I. Kalau you, you suka warna apa?”

“Aku tak mampu nak bayar sebab terlalu mahal sangat nak beli insurans untuk mulut aku kalau dengan kau, terus sifat sopan santun aku melayang pergi. Hm aku suka warna merah. Dah lah aku takada masa nak bagi pendapat aku dekat kau. Kau ada otak kan, fikir sendiri lah. Aku tunggu dekat dalam kereta. Cepat sikit, kalau lambat sangat, aku suruh bangla jual karpet hantar kau balik.” Putus Zafran yang jelas malas mahu melayan Meyl yang banyak tanya itu. Menyerabutkan otaknya sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience