BAB 13

Romance Completed 3221

Zafran mengerling sekilas jam di tangan kirinya itu. Sambil itu matanya meliar keluar kereta mencari kelibat Meyl.

“Tadi suruh aku tunggu pukul 11. Ni dah dekat setengah jam aku tunggu dia tak keluar keluar. Apa dia ingat dia tu tuan puteri ke aku nak kena bentangkan karpet merah untuk dia masuk kereta ni? Huh.” Zafran bermonolog sendirian sebelum dia mematikan enjin kenderaan itu dan keluar. Dia harus mencari Meyl, hatinya berpalu keresahan.

“Lepaskan I lah Zikry! Apa you buat ni? I nak baliklah!” Bentak Meyl yang masih mencuba untuk meloloskan diri dari dakapan kuat Zikry, bekas teman lelakinya itu.

Sebaik sahaja Meyl keluar sendirian untuk menuju ke keretanya, dia ditarik kasar oleh Zikry. Dia dibawa ke satu sudut berdekatan dekat Hotel itu yang kelihatan agak gelap dan tersorok. Gadis itu mula menggigil ketakutan. Dalam hati tidak pernah putus berdoa semoga semuanya baik baik sahaja.

“You nak pergi mana sayang? I dah cakap I tak akan lepaskan you, I pegang janji kita. I akan tetap setia dengan you sampai mati.” Zikry mula bermain main dengan rambut Meyl yang sedikit mengerbang ditiup angin.

“You yang khianat cinta kita, you buat perangai Zikry! You dah kahwin dua tahun lepas tapi you cakap you single. You dah hancurkan hati I, you dah kecewakan I Zikry. You yang bersalah.” Meyl mula meraung kuat di atas dada bidang milik lelaki itu. Sungguh dia tidak kuat tika ini, dia sangat sangat kecewa dan terkilan kerana cinta yang selama 3 tahun bersemi terlerai di tengah jalan setelah mendapat tahu status sebenar Zikry, hatinya benar benar terluka.

“Shuhhh sayang…. Jangan nangis my dear. I tahu I salah, I mengaku. Tapi tolong sayang bagi I peluang, last chance please.”

“Argh you memang jantan tak guna! I benci you sampai mati Zik! I taknak tengok muka penipu you depan I lagi! Lepaskan I, boyfriend I dah tunggu dalam kereta. Lepaskan I!” Jerit Meyl sekuat hati sebelum cuba melepaskan diri dari kudrat lelaki itu.

“Pangggg”

Zikry menampar kuat pipi Meyl sehingga kepala gadis itu terhantuk ke atas lantai. Cecair pekat mula mengalir deras di dahi gadis itu, dia mula mengaduh kesakitan.

“Apa kau buat ni setan! Kalau apa apa jadi dekat dia nahas kau!” Entah bila Zafran muncul, dia sudah berdiri terpacak di depan Zikry. Tanpa berlengah Zafran terus membelasah Zikry seperti orang hilang pertimbangan.

“Zaf, enough Zaf… nanti polis datang pula. I taknak jadi kecoh nanti. Zaf please, kita balik.” Meyl mula bersuara apabila dia melihat Zafran tidak henti henti membelasah Zikry. Dia cuba berdiri namun kudratnya tidak mampu untuk berbuat demikian. Dia rebah semula.

“Kau dengar sini baik baik! Lagi sekali aku dapat tahu kau cuba dekati bakal isteri aku siap kau. Aku buat laporan polis terus. Biar meringkuk kau dalam penjara. Dasar penyagak!” Zafran bersuara kuat sebelum merangkul pinggang Meyl dan memimpinnya perlahan lahan menuju ke arah kereta.

“Zaf, hidung you keluar darah…” Meyl bersuara sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam kereta. Zafran tersandar kelesuan. Dia benar benar rasa kudratnya hilang tika itu.

“Aku tak sempat nak elak tadi. Sikit je ni, dahi kau macam mana? Aku bawa ke klinik.” Zafran bertanya prihatin namun pandangannya tidak sedikit pun dialihkan kepada Meyl.

“Takpayah lah, bukan teruk sangat pun, nanti I suruh Mak Ton ubatkan je. Err macam mana you boleh tergerak nak pergi tempat tadi?”

“Kebetulan je tu. Kau takpayah nak terharu sangat aku selamatkan kau, tu memang tanggungjawab aku. And lagi satu maaflah sebab aku terpaksa sentuh kau tadi, aku tak maksudkan apa apa pun. Aku cuma nak tolong kau. That’s all.” Zafran meminta maaf penuh keikhlasan dengan Meyl, dia benar benar rasa bersalah kerana terpaksa menyentuh gadis yang bukan muhrimnya. Tapi itu dalam keadaan darurat.

“It’s okay lah. Thankyou Zafran, kalau you takada tadi I taktahulah apa jadi dekat I. Maybe you dah tak jumpa I lagi lepas ni.” Meyl mengeluh perlahan.

“Aku nak lepas ni kalau kau nak pergi mana mana biar aku hantar sampai kau selamat masuk, macam tu juga kalau kau nak balik. Takpayah jalan sendiri pergi kereta. Aku taknak kalau benda ni jadi lagi and aku terlepas pandang, Dato’ salahkan aku pula.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience