BAB 7

Romance Completed 3222

“Assalamualaikum Zafran.” Kedengaran suara di hujung talian memberi salam memulakan bicara.

“Waalaikumussalam Dato’, ye ada apa Dato call saya? Ada apa apa boleh saya bantu?” Soal Zafran kehairanan kerana Dato’ Mursyid jarang menelefonnya melainkan jika ada hal penting.

“Tak ada apa apa pun Zaf. Saya Cuma nak tanya awak. Selama seminggu awak kerja dengan anak saudara saya tu macam mana? Okay? Semuanya baik baik sahaja kan?”

“Ohh pasal tu. Ya Dato’. Semuanya baik baik sahaja. Saya jalankan segala tanggungjawab dan amanah yang telah Dato’ arahkan kepada saya. Dato’ jangan risau, keselamatan Cik Meyl sentiasa saya utamakan.” Balas Zafran cuba untuk melakonkan watak baiknya itu.

“Oh baguslah. Saya saja nak tanya dan dengar sendiri dari mulut awak. Lega saya. Sebab saya ada call Meyl dia cakap dia tak ada apa apa masalah dengan awak. Dia suka cara awak bekerja, awak punctual orangnya dan takpernah lewat menghantarnya ke pejabat. Terima kasih ya Zafran”

“Er Dato’ itu memang sudah menjadi tanggungjawab saya lagipun saya dibayar bukan bekerja secara percuma jadi saya kena berikan yang terbaik. Dato’ dekat London berapa lama lagi?”

“Tapi awak tetap dah tolong saya yang saya sendiri tak mampu untuk melakukan seperti yang awak buat untuk anak saudara saya tu, lagi dua minggu saya balik. Banyak kerja nak selesaikan dekat sini Zaf.” Ujar Dato’ Mursyid sambil melepaskan keluhan berat.

“Tak apalah Dato’, selesaikan satu persatu. Mengenai hal dekat sini, Dato’ tak perlu risau sebab saya ada untuk jagakan anak saudara kesayangan Dato’. Razlan pun ada untuk uruskan syarikat sepanjang Dato tiada disini.”

“Baiklah Zafran, terima kasih sekali lagi. Saya minta diri dulu sebab ada meeting sebentar lagi. Awak jaga Meyl baik baik Zaf.” Pesan Dato’ Mursyid untuk kali yang entah ke berapa. Sayang betul dia dekat Meyl Nur Qaisara, seperti anak kandungnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience