BAB 6

Romance Completed 3221

Pagi pagi lagi Meyl sudah menelefonnya menyuruhnya mengambil gadis itu di rumahnya kerana ingin menghadiri majlis perkahwinan rakannya di Bangi. Zafran mengetap bibir kerana terpaksa mengorbankan waktu tidurnya semata mata menghantar bosnya itu.

Brit britt…

“Zafran don’t be late. Awak ambil saya dekat rumah pukul 10 okay. Oh ya, awak nak ikut sekali tak?”

Dahi Zafran berkerut setelah membaca sms yang dikirimkan oleh Meyl. Si gila ni nak ajak aku sekali? Dia ni bodoh ke apa? Kawan dia bukan kawan aku. Dasar perempuan sakit otak. Dalam kegeraman sempat pula dia membebel sendirian.

“Kau dah kacau hari cuti aku lepas tu sedap sedap kau je nak arah aku jangan lambat. Selama ni pun kau yang lembab. Aku selalu punctual tahu. Heh perempuan! Kau takpayah nak ajak aku sangat, tak ingin aku pergi dengan kau. Jangan nak berangan nak kenalkan aku sebagai boyfriend kau pula.” Butang send ditekan sebelum dia segera berlalu ke kamar mandi.

Meyl hanya menggeleng kepala membaca sms dari Zafran itu, dia tidak berniat untuk membalas kerana tidak mahu bergaduh pagi pagi buta dengan mamat itu. Hanya akan merosakkan moodnya sahaja. Sejak mengenali Zafran sehinggalah lelaki itu menjadi drivernya, dirinya sering sahaja dimaki diherdik. Seperti dia pula yang menjadi kuli. Meyl mengeluh sendirian.

“Zaf sorry sebab awak terpaksa tunggu saya lama dalam kereta ni. Kawan saya dari Singapore baru sampai, tu yang lambat sikit. I’m so sorry.” Meyl meminta maaf setelah dia masuk ke dalam perut keretanya itu.

“Sedapnya kau cakap. Kau ingat aku ni tunggul ke apa hah? Perempuan jenis apa kau ni? Tak tahu nak hormat perasaan orang lain? Kalau kau taknak balik lagi bagi lah tahu aku awal awal bukan biar aku tercongok macam orang bodoh dekat sini! Sejam aku tunggu tahu tak!” Zafran menghamburkan kemarahannya.

Meyl hanya mengetap bibir, dia sudah agak lelaki itu pasti mengamuk. Sememangnya Zafran seorang yang menepati masa tidak pernah lewat walau sesaat pun. Dia mula rasa bersalah kerana membiarkan lelaki itu menunggu lama.

“Zaf saya memang betul betul minta maaf. Saya kelam kabut dekat dalam tadi, tak sempat nak bagitahu awak. Errr I’m so sorry Zaf.” Ujar Meyl lembut cuba memujuk Zafran.

“Kau jangan fikir kau orang kaya, ada syarikat besar kau boleh senang senang sakitkan hati orang ambil kesempatan keatas orang lain. Kau jangan ingat kata maaf kau boleh beli hati orang.” Balas Zafran.

“Apa masalah you ni hah? You pekak ke tak dengar I dah minta maaf. Tak cukup lagi ke? Yes I tahu salah I. Tapi I dah minta maaf. You nak apa lagi? You boleh berkasar dengan orang lain but not me. Dah, jalan sekarang!” Meyl bersuara sedikit lantang. Dia sudah mula berang dengan mulut Zafran yang sangat pedas dan berbisa itu.

“Kau memang hanya tahu mengarah, perempuan gila!” Ucap Zafran sebelum memecut laju.

Meyl hanya memerhatikan tingkah laku Zafran. Lelaki itu sering sahaja mengamuk tidak tentu pasal. Hal kecik akan diperbesarkan seolah olah hal yang serius. Sabar Meyl, tak lama lagi kau tak akan hadap muka mamat berlagak ni lagi. Meyl membebel sendirian di dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience