BAB 3

Romance Completed 3221

“Assalamualaikum Dato’. Laila kata Dato’ nak jumpa dengan saya, ada apa ya?” Tegur Zafran sopan selepas mendapat keizinan untuk masuk ke dalam bilik bossnya itu.

“Waalaikumussalam, silakan duduk. Zafran, saya ada sesuatu nak minta tolong pada awak. Saya harap awak tak menolak. Oh ya ini bukan pertolongan sebenarnya ini adalah arahan. You will be paid.” Balas Dato’ Mursyid memulakan bicara.

Zafran tergaru garu kepalanya yang tidak gatal itu sambil dahinya berkerut. “Uish orang tua ni lain macam aje bunyi dia, seram pula bulu roma aku.” Zafran mula mengomel sendirian.

“Zafran, saya tak banyak masa ni, saya nak ke London petang karang. Okay dalam masa sebulan ni awak takpayah datang pejabat, awak akan saya tukarkan kerja dengan anak saudara saya. Dia betul betul perlukan orang sekarang ni. Kamu kerja dengan dia ya? Lepas sebulan kamu kerja dekat sini semula, tempat kamu akan diambil sementara waktu oleh Asyraf.”

“Hah? Tapi kenapa Dato’? Kerja dengan siapa di mana sebagai apa?” Soal Zafran bertalu talu yang jelas terkejut dengan arahan mengejut dari bosnya itu.

“Sebab dia terdesak perlukan orang untuk jadi driver dia sekarang ni, driver dia terpaksa diberhentikan sebab suka ambil kesempatan ke atas perempuan. Awak tahu kenapa saya pilih awak? Sebab selama 2tahun awak kerja dekat sini, saya perhatikan awak tak berminat nak bercakap dengan perempuan. Awak jujur. Sebab itu saya minta tolong awak, tolong ya. Sebulan aje.”

“Er baiklah Dato’. Saya akan ikut semua arahan Dato’, terima kasih kerana percayakan saya selama ni. Boleh saya tahu siapa anak saudara Dato’?” Zafran akhirnya mengalah walaupun dia tidak suka dengan arahan Dato’ Mursyid yang dianggap mengarut kerana terpaksa kerja dengan makhluk yang bernama perempuan.

“Dia bekerja di anak syarikat kita satu lagi, di Putrajaya. Sara nama dia, anak saudara kesayangan saya tu. Nanti awak berkenalan lah dengan dia. Selain awak jadi driver dia saya harap awak dapat menjaga keselamatan dia. Esok awak dah mula bekerja dengan dia. Esok awak terus datang ke alamat ni, rumah dia.” Kata Dato’ Mursyid sambil menghulurkan sekeping kertas kecil.

“Oh ya Zafran, pasal duit minyak awak takpayah risau sebab dia akan bagi kemudian. Tapi awak kena hantar dan pastikan keselamatan dia kemana sahaja dia pergi. Awak faham?”

“Faham. Baiklah Dato’. Saya ikut semua seperti yang Dato’ arahkan.”

“Terima kasih Zafran kerana sudi tolong saya, awak boleh keluar sekarang Zafran. Ingat pesan saya ya.” Ucap Dato’ Mursyid sebelum Zafran meninggalkan biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience