BAB 2

Romance Completed 3222

“Bro aku minta maaf sebab tak dapat tolong kau tadi. Aku dah call Achong tapi tiba tiba dia ada emergency. Err motor kau mana?” Soal Edrief kalut sejurus sahaja susuk tubuh sasa itu melangkah longlai ke ruang tamu.

“Kenapa kau tak datang tadi Rief? Kau tahu tak berejam jam aku tunggu kau kat sana tadi. Dahlah panas terik! Kau memang tak guna tahu!” Zafran mula mengamuk, dia menghempas kuat remote television sehingga pecah berderai.

“Err Zaf aku minta maaf. Aku bukan taknak datang, tapi tadi boss aku minta aku teman dia pergi lunch. Maafkan aku eh Zaf?” Edrief menepuk lembut bahu sahabatnya itu cuba untuk menenagkan dirinya.

“Dah lah kau tak salah pun. Aku malas nak fikir dah, aku penat ni Rief. Motor aku dekat bengkel. Aku balik naik teksi tadi.” Tutur Zafran perlahan setelan dia mula rasa tenang.

“Hm aku minta maaf lagi sekali Zaf. Eh kau dah makan? Aku ada belikan nasi ambang, nanti lepas mandi kau makan tau. Aku nak keluar sekejap jumpa Zerra lepas Isyak nanti.”

“Hah tu lah kerja kau dating sampai lupa member sendiri. Aku ada benda nak share dengan kau ni, pinjam telinga gajah kau kejap.” Ujar Zafran sambil membetulkan duduknya.

“Kau tu pergi cari awek sorang, jangan nak panas baran tak tentu pasal. Kempunan mak kau nanti nak bermenantu, hah apa dia?” Soal Edrief teruja ingin tahu.

“Perempuan ni menyusahkan tahu. Ni ha masa aku tunggu kau punya pertolongan yang sampai sudah tak muncul tu, ada sorang perempuan entah dari planet mana. Tiba tiba datang dekat aku cakap aku ni bakal suami dia depan ex boyfriend dia. Gila kau tahu! Dia nak lepaskan diri dia tapi dia libatkan aku yang suci taktahu apa apa ni. Aku dah cakap perempuan ni memang menyusahkan!” Luah Zafran dengan nada yang tidak terkawal.

Edrief sudah ketawa terbahak bahak mendengar cerita sahabatnya itu, Zafran hanya diam menahan rasa.

“Memang patut pun dia buat macam tu dekat kau. Yelah kau kan anti sangat dengan perempuan. Kebetulan kau ada dekat situ dia kaut kau jadi suami express dia. Eh cantik tak bro?”

“Kalau cantik pun kau ingat aku nak pandang ke? Ehh aku allergic tahu dengan perempuan ni. Sejak Sofia tinggalkan aku sebab nak kejar cinta sejati pengkid tu, aku anti dengan perempuan ni semua. Gedik mengada ngada.”

“Kira cantik lah kan? Alah okay apa. Dia yang mengorat kau dulu, bukan senang nak dapat perempuan yang berani macam tu tau.” Balas Edrief sambil ketawa mengekek.

“Kau ni memang tak guna lah! Kebetulan je tu. Dah lah berdesing telinga aku dengar kau mengutuk aku, aku nak mandi.” Balas Zafran sebelum berlalu ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience