BAB 9

Romance Completed 3221

Zafran hanya memerhatikan tingkah laku Edrief yang seperti tergesa gesa mahu keluar itu. Dia hanya menggeleng kepala meilhat kerenah sahabat baiknya itu. Bila hujung minggu sahaja Edrief pasti akan meluangkan masa bersama kekasihnya itu. Dia yang masih lagi bersendirian tanpa teman. Biarlah luka di hati sembuh dulu. Hati Zafran berbisik sendiri.

“Morning Zaf, awal bangun hari ni.” Sapa Edrief setelah mengambil tempat dihadapannya.

“Good morning bro. Aku terjaga tadi terus takboleh tidur. Kau nak kemana dengan Zerra pagi pagi ni? Pergi nikah dekat Thailand?”

“Eh mulut kau ni aku cili baru tahu, Zerra ajak aku teman dia pergi kenduri kahwin bestfriend dia. Dekat Seremban. Tu yang aku bersiap awal pagi ni, kau tak keluar?” Soal Edrief sekadar ingin tahu.

“Aku bukan ada girlfriend macam kau bro yang asyik nak keluar je, aku nak rehat je dekat rumah. Letih badan asyik bekerja je.”

“Nanti aku bawak balik minah indon sorang untuk teman kau eh. Aku pergi dulu.” Balas Edrief sebelum meninggalkan Zafran yang kelihatan bengang dengan kata katanya itu.

“Hello Zaf, awak dah bangun?” Sapa suara Meyl di hujung talian sejurus Zafran menekan butang hijau.

“Dah lama dah, kau nak apa cari aku pagi pagi ni? Kau jangan cakap aku kena hantar kau pergi mana mana. Hari ni hari cuti. Tolong hormat privacy orang Meyl.” Zafran bersuara keras.

“No excuse Zafran, awak datang rumah saya pukul 11 ni okay. Saya tunggu. Saya nak ke Sogo jumpa kawan saya.” Arah Meyl tanpa menghiraukan kata kata Zafran.

“Woi perempuan sewel! Hari ni hari Ahad masa untuk aku cuti rehat dekat rumah, daripada aku hadap muka kau baik aku jaga lembu. Kau ambil teksi. Aku malas nak hantar. ”

“I taknak dengar apa apa alasan dari you Zafran, apa yang I tahu lagi sejam I nak you ada depan rumah I kalau tak, I akan bagitahu perangai you dekat Pak Ngah. Mesti dia kecewa habis pekerja yang dia sanjung tak kenang budi.”

“Kau ni memang jahanam lah perempuan! Kalau kau depan mata aku memang dah lama aku tenyeh muka kau dengan lesung batu. Jahanam betul!” Zafran mula meninggikan suaranya sebelum mematikan talian. Dia merengus kasar sebelum berlalu ke kamar mandi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience