BAB 17

Romance Completed 3221

Dua bulan kemudian….

Buat pertama kalinya mereka berdua solat berjemaah setelah sah bergelar suami isteri pagi tadi.

“Sayang, terima kasih sebab sudi lengkapkan hidup aku.” Zafran bersuara setelah isterinya menyalami tangannya.

“Apa ni sayang? Aku kau lagi? Kita kan dah kahwin. Sayang ni kan. Merajuk lah…” Meyl sudah mula memuncungkan mulutnya. Merajuk! Zafran hanya menepuk dahi, dia terlupa lagi.

“Sayang, isteri abang, kekasih abang, bidadari abang. Princess abang dunia akhirat. Abang minta maaf sangat sangat, lupa lagilah. Okay abang janji lepas ni abang tak cakap macam tu lagi, isteri abang jangan merajuk lebih 5 saat tau.” Zafran mula memujuk si isteri yang masih lagi tidak mahu memandang dirinya.

“Hm kenapa pula takboleh merajuk lebih 5 saat?” Meyl mula mengangkat muka memandang suaminya yang tersenyum tampan, handsomenya dia….

“Sebab abang takboleh kalau tak dengar suara manja isteri comel abang ni.” Zafran mencuit hidung isterinya lembut.

“Kalau awak cakap macam tu lagi. Bukan setakat 5saat, lebih 5 hari saya merajuk! Biar padan dengan muka awak, pelupa sangat. Macam orang tua.” Meyl mencebik.

“Orang tua yang panas baran ni juga yang sayang tergila gilakan.” Tawa mereka bergabung, Meyl terasa amat bahagia tika ini.

“Princess abang. Abang ada sesuatu nak minta tolong dengan sayang ni. Hm tapi abang taknak paksa sayang, kita berubah sama sama okay? Sayang… Lepas ni tutuplah aurat perlahan lahan. Abang tolong sayang, kita buat sama sama okay?” Zafran memegang erat tangan isteri yang dicintainya itu.

“Abang, bila Meyl dah setuju nak jadi isteri abang, Meyl kena ikut semua arahan abang selagi tak menyalahi hukum. Meyl pun ada terfikir mengenai hal tu, tapi Meyl perlukan abang untuk bimbing Meyl. Boleh ya abang?” Meyl menyandarkan kepalanya di dada sasa suaminya itu.

“Apa pula takboleh? Benda baik tak kan abang nak halang sayang. Kita sama sama mengemudi rumah tangga kita dengan cahaya keimanan okay sayang?”

“Okay Encik panas baran! Kita sama sama menuju ke syurga. InsyaAllah.”

“Sayang… Panas baran tu dah takada tahu. Abang nak jadi suami paling awesome dalam dunia ni. Untuk isteri abang yang paling bertuah ni.” Ujar Zafran lalu mereka berdua berpelukan diatas sejadah itu.

“Saya sayang awak sampai syurga Zafran Mikhail, jangan melangkah ke sana tanpa saya ya sayang. Kita pergi sama sama.” Meyl berbisik penuh romantis sambil mengeratkan pelukan dalam dakapan sang suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience