chapter 9

Romance Series 8918

" Qalisya.. kau nak tengok senior kita yang handsome tu kan ? Tu dia." Suraya, kawan sekelas Qalisya menarik tangan Qalisya.

"Tu haa.. yang sebelah Abang Naim tu. Handsome kan ?" Qalisya memandang ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang rancak berborak. Satu per satu diperhatikannya dan akhirnya berhenti pada wajah yang dia tidak pernah nampak sebelum ini.

Tengku Adam Iskandar. Nama pelajar baru yang hangat diperkatakan terutamanya golongan pelajar perempuan. Handsome, kaya, bergaya... macam-macam lagi lah yang Qalisya dengar tentang pelajar tersebut. Bermacam-macam pujian yang dilemparkan kepada pelajar tersebut. Setiap hari ada sahaja nama Adam keluar dari mulut pelajar perempuan di situ. Kini barulah Qalisya nampak wajah Tengku Adam Iskandar, lelaki idaman semua pelajar perempuan di sini.

"Untungnya siapa yang dapat sekelas dengan dia kan. Hari-hari boleh jumpa." Suraya juga tidak terkecuali. Sama seperti pelajar lain. Teringin hendak berkawan dengan Adam. Nasiblah mereka tidak sama tingkatan. Jika tidak, confirm si Suraya ni sanggup bertukar kelas semata-mata mahu sekelas bersama si dia.

"Ish kau ni. Sedar diri dulu ya. Sebelah mata pun belum tentu dia akan pandang kita. Berangan je la kau ni. Sebenarnya dalam diam, Qalisya juga tertarik dengan penampilan Adam. Pelajar lelaki tingkatan lima yang paling bergaya semenjak dia berpindah ke sini. Tapi Qalisya tahu cita rasa lelaki seperti dia. Mana mungkin orang yang kacak dan bergaya seperti dia mahu berkawan dengan golongan sepertinya. Tambahan pula mereka memang berlainan tingkatan dan kelas. Memang langsung tiada harapan lah.

Adam berada di tingkatan Lima Sains Satu. Aliran Sains Tulen. Pelajar kelas pandai ni. Manakala Qalisya pula berapa di Tingkatan Tiga Diamond. Kelas pertama dari lima kelas yang ada. Boleh dikatakan Qalisya antara pelajar yang rajin dan selalu bertanya kepada guru yang mengajar jika ada yang kurang difahaminya.

Sepanjang Adam belajar di situ. Sekalipun dia tidak pernah bertegur sapa dengan Qalisya. Sesekali ada juga mereka bertembung. Itupun hanya senyuman yang dilemparkan oleh Qalisya terlebih dahulu. Bukannya Adam. Qalisya tidak kesah pun semua itu. Baginya itu semua tidak penting. Dia sedar siapa dirinya. Dia bukan kesah sangat pun dengan Adam. Selama dia bersekolah di situ, dia tidak pernah mempunyai teman lelaki. Menyusahkan sahaja jika ada. Kehidupannya lebih kepada pelajaran dan keluarga. Itu sahaja yang penting bagi Qalisya.

Suatu hari selepas habis kelas Matematik Tambahan, Adam dan rakan-rakannya seperti biasa akan melepak di tempat biasa iaitu di tepi tangga yang terletak dia bahagian belakang bangunan sekolah. Tempat itu agak tersorok dan guru-guru pun jarang lalu di situ.

Tiba-tiba sedang mereka berbual-bual kosong menghabiskan masa. Naim, kawan Adam tiba-tiba menukar topik yang sedang mereka bualkan.

"Wehh Adam. Kau memang seorang yang pantang dicabar kan ? Apa kata harini aku cabar kau..Berani tak ?"

Memang Adam ada beritahu mereka yang dia memang seorang yang pantang dicabar. Sejak dari sekolah lama lagi. Masalahnya segala benda yang dicabar kawan-kawannya semua berjaya dibuat. Semangat Adam sebenarnya yang membuatkan dia tidak mengalah pada apa-apa pun.

"Okey. Apa dia ? Cakaplah. Aku dengar ni." Adam terus bangun dan memeluk bahu Naim. Tidak sabar hendak mendengar cabaran yang bakal diterima. Kawan-kawannya yang lain juga turut setia menunggu.

"Macam ni. Aku cabar kau Tengku Adam Iskandar untuk dapatkan gambar salah seorang budak perempuan kat sekolah kita ni." Ketawa Adam mendengarnya. Naim dan yang lain-lain memandang hairan. Kelakar sangat ke cabaran tu ? Adam memandang mereka setelah puas ketawa.

" Itu je ke? Tak mencabar langsung. Bukan setakat gambar diorang je aku boleh dapatkan. Gambar diorang tak pakai baju pun aku boleh dapat tau." Diperlahankan suaranya apabila sampai ke ayat terakhir. Ada sedikit nada riak dalam percakapannya. Dengan wajah kacak Adam memang tidak mustahil untuk dia menang cabaran tersebut. Zaman sekarang ni bukannya susah sangat pun.

" Kau biar betul Adam? Boleh ke?" Tanya Azim, salah seorang rakannya. Dia tidak yakin Adam boleh buat. Dan dia tidak percaya sebenarnya yang Adam boleh memberi idea begitu sekali. Tidak terlintas dalam fikiran mereka untuk memberi cabaran sebegitu kepada Adam.

" Kenapa tak boleh ? Ada je yang offer diri kat aku. But please lah, diorang bukan taste aku. Aku tak main la dengan orang sebarangan." Pengakuan terbuka Adam membuatkan rakan-rakannya ternganga. Itu sememangnya perangai Adam yang ramai tidak tahu. Sebelum ini Adam dibesarkan di Australia. Jadi dia sudah terbiasa dengan pergaulan bebas. Lelaki perempuan duduk serumah bagai. Tiada langsung batasnya.

" Okey macam ni, kali ini apa kata kitaorang yang pilih mangsa. Ada berani ?" Naim sekali lagi mencabar Adam. Dia mahu membuatkan cabaran tersebut lebih payah dengan harapan Adam tidak akan berjaya.

" Haa okey. Siapa ?" Dipandangnya wajah Naim yang tersenyum di situ. Adam sudah bersedia. Tidak ada rasa takut mahupun gementar dalam dirinya ketika itu.

" Budak perempuan mana yang lalu dekat sini kejap lagi, dia yang akan jadi mangsa kau. Okey tak ?"

Kini kawannya Amsyar pula memberi idea. Semua bersetuju dengan cadangan Amsyar termasuklah Adam. Tidak terlintas di kepala masing-masing yang apa yang hendak mereka buat ini akan membuatkan seseorang tertekan. Masa depan seseorang akan musnah angkara kerja bodoh mereka ini. Disebabkan hanya keseronokkan yang menghantui diri mereka, mereka langsung tidak memikirkan apa yang akan terjadi terhadap nasib seseorang itu..

Continue...

selamat membaca >_< *busy sikit.. taksempat nak taip ;(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience