chapter 10

Romance Series 8918

"Alaa sue.. aku terlupalah. Aku kena pergi library. Nak pulangkan buku." Qalisya baru teringat yang dia kena pulangkan buku yang dipinjam minggu lepas. Jika lambat dipulangkan akan didenda. Dia mana ada duit untuk dibazirkan begitu sahaja.

"Kau nak temankan aku tak ?" Mereka sebenarnya sudah sampai ke tempat letak basikal. Jauh juga jika hendak patah balik ke perpustakaan yang terletak di bahagian belakang bangunan. Wajah Suraya agak sugul apabila dipandang.

"Erm tak apalah Sue. Aku pergi sendiri je la. Alang-alang dah ke sana, aku ingat nak pinjam buku lain pulak. Kau balik lah dulu. Nanti aku balik sendiri."

" Hm sorry ya Qalisya.. aku balik dulu tau. Jaga diri baik-baik. Jumpa esok ya. Assalamualaikum."

" Waalaikumsalam." Terpaksa Qalisya berpatah balik seorang diri. Tidak sampai hati dia hendak meminta Suraya menemaninya. Lagipun pagi tadi Suraya ada memberitahunya yang dia sakit perut. Sakit orang perempuan. Hari pertama pula tu. Mestilah dia nak balik berehat. Wajah Suraya juga tidak ceria seperti selalu. Qalisya memang sudah faham dengan keadaan Suraya yang boleh dikatakan setiap bulan mengalaminya.

Entah kenapa hari ni Qalisya ingin menggunakan laluan lain untuk ke perpustakaan. Selalunya dia tidak mengikut jalan tersebut. Tetapi kali ini laju sahaja kakinya melangkah mengikut jalan tersebut. Tidak ramai orang yang lalu-lalang di situ kerana jalan tersebut agak sunyi namun Qalisya malas hendak ambil peduli semua itu asalkan dia cepat sampai ke perpustakaan.

"Wehh korang.. aku dah nampak." Azim yang beria-ria sangat macam dia pula yang nak buat cabaran tu. Kawan-kawanya yang lain apa lagi, masing-masing juga sibuk mahu melihat siapa yang akan muncul melintasi mereka.

Qalisya perasan ada beberapa orang pelajar lelaki sedang melepak di situ. Di tepi tangga. Ah biarlah diorang tu. Takkan la diorang berani nak buat benda tak senonoh dalam kawasan sekolah, fikir Qalisya.

Hati Qalisya semakin gelisah apabila dirinya semakin dekat dengan mereka. Seperti ada benda yang tidak kena. Hendak berpatah balik berat pula kakinya. Nak tak nak terpaksa lah dia teruskan melangkah sehingga melintasi mereka. Rupa-rupanya geng Adam yang melepak di situ. Entah bagaimana pandangan mereka bersatu untuk beberapa saat.

Inilah kali pertama mereka bertentang mata. Gerun juga Qalisya rasakan. Cepat-cepat dia mengorak langkah meninggalkan mereka. Aishh kenapa aku rasa macam sesuatu ni? Yang diorang ni pun masih tengok aku macam aku ni musuh diorang dah kenapa? Sungguh hati Qalisya tidak tenteram memikirkan hal itu.

Bermula dari situlah detik perkenalan Adam dan Qalisya. Adam terpaksa merapatkan dirinya dengan Qalisya. Tiada langsung perasaan suka kepada Qalisya ketika itu. Qalisya hanyalah sekadar mangsanya sahaja.

Sehinggalah suatu hari Qalisya terserempak dengan Adam di pekan. Sebenarnya ini bukanlah suatu kebetulan. Adam sebenarnya sudah lama mengekori Qalisya. Misi cabarannya perlu diselesaikan. Adam meminta Qalisya menemaninya makan di sebuah restoran. Semuanya sudah dia rancang dengan baik. Hanya Qalisya yang tidak tahu akan rancangan jahat Adam kepadanya.

Ketika mereka sedang minum di kedai makan, Adam telah memasukkan pil tidur ke dalam minuman Qalisya. Bukannya susah pun. Bagi Adam perkara itu senang sangat.

_______________________________________________

Perlahan-lahan matanya dibuka. Qalisya sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh berada di dalam bilik di atas katil. Yang memeranjatkannya lagi apabila dilihat baju kurunnya tersidai di atas sofa di tepi katil. Beristighfar panjang Qalisya apabila menyedari yang tubuh badannya hanya ditutup dengan selimut besar.

Ada seseorang di dalam bilik air ketika itu. Dapat dilihat dengan jelas dari cermin yang lelaki tersebut adalah Adam. Hendak melarikan diri terasa tidak terdaya. Badannya sungguh lemah. Kepalanya pula terasa berat sangat. Dia langsung tiada kekuatan untuk bangun dari katil tersebut. Mungkin ada ubat yang diletakkan di dalam air minumannya tadi.

Cepat-cepat Qalisya menutup matanya kembali apabila Adam kembali mendekatinya. Ditahan air matanya daripada mengalir keluar. Dia takut jika Adam mendapat tahu yang dia sudah sedarkan diri.

Dapat dirasakan Adam sudah berada dekat dengannya. Hembusan nafas Adam dapat dirasakan di pipinya. Dia tidak tahu sampai bila dia boleh bertahan lagi. Berdoa panjang Qalisya supaya dia tidak diapa-apakan. Dapat dirasakan sentuhan tangan Adam di wajahnya. Bibirnya juga disentuh lembut. Inilah kali pertama bibirnya disentuh oleh seorang lelaki. Dan ini bukanlah atas kerelaannya.

Dan akhirnya telefon Adam berbunyi. Dia kemudian meninggalkan Qalisya di situ keseorangan. Sempat lagi Adam meninggalkan nota kepadanya. Diletakkan di atas meja. Adam terpaksa beredar dari situ kerana mamanya hendak berangkat ke Singapura atas urusan kerja. Dia perlu pulang ke rumah dengan segera.

Tutup sahaja pintu bilik, Qalisya terus membuka matanya. Air mata laju mengalir keluar membasahi pipinya. Habis basah bantal dibuatnya.

Sehingga kini Qalisya masih ingat lagi akan nota ugutan dari Adam. Sunggu Qalisya tidak mengerti. Dia buntu. Kenapa dia diperlakukan sebegini ? Apa salah dia kepada Adam ?

Qalisya memang berniat untuk membuat laporan polis selepas memberitahu ibu bapanya tentang apa yang telah dilakukan oleh Adam terhadapnya namun dia terpaksa membatalkan hasratnya apabila Adam terlebih dahulu mengugutnya supaya tidak memberitahu kepada sesiapa pun jika tidak mahu keluarganya diapa-apakan. Keluarga adalah segala-galanya bagi Qalisya. Dia tidak mahu Adam mengapa-apakan mereka lebih-lebih lagi kepada ibunya.

Hari demi hari Qalisya memendam perasaan. Dia tidak tahu kepada siapa dia dapat meluahkan ala yang tersemat dalam hatinya. Apa yang merungsingkan dia selama ini. Pelajaran Qalisya juga semakin merosot disebabkan kurang memberi perhatian di dalam kelas. Dia tidak seperti dahulu lagi. Puas kawan-kawannya bertanya kepadanya, namun dia langsung tidak memberitahu. Baginya, biarlah dia pendem sendiri asalkan keluarganya selamat.

Selepas kejadian tersebut, Qalisya sudah jarang berkeliaran di sekolah. Habis sahaja waktu persekolahan, dia terus pulang ke rumah. Dia tidak mahu lama berada di sekolah. Tidak mahu terserempak dengan Adam dan kawan-kawannya. Yang dia tahu dia mahu habiskan zaman persekolahannya.

Adam pula selepas hampir sebulan kejadian tersebut, dia terpaksa berpindah. Berpindah jauh dari situ. Dia mengikut mamanya ke luar negara. Sikit pun dia tidak ambil peduli tentang Qalisya. Ala, aku tak buat apa-apa pun dia budak tu. Mana mungkin dia mengandung. Fikir Adam. Itu sebabnya dia tidak kesah akan Qalisya. Dia langsung tidak menanyakan khabar Qalisya. Dibiarkan Qalisya sendirian.

Cuma yang pasti Adam tidak langsung menunjukkan gambar tersebut kepada kawan-kawannya. Itu dia pasti. Dia tahu jika tidak menunjukkan gambar tersebut bermakna dia kalah dalam cabaran itu. Adam tidak sanggup sebenarnya hendak memberi orang lain melihatnya. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Gambar tersebut disimpan dengan baik sehingga hari ini. Cabaran tersebut adalah cabaran pertama yang Adam kalah. Selepas itu dia langsung tidak menerima cabaran orang lain. Itulah yang terakhir.

Gambar Qalisya... Masih tersimpan elok...

Continue..

maaf lama menyepi ^_^ happy reading yaa!! >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience