chapter

Romance Series 8918

" Err.. Adam.. bo.. boleh Qalisya balik sekarang ? Qalisya balik naik teksi je. Bu.. bukan apa, pagi esok Qalisya ada hal sikit. Qalisya nak balik bo..boleh..? Tergagap-gagap Qalisya merayu kepada Adam supaya membenarkan dia pulang apabila melihat Adam sudah menarik tangannya supaya duduk di atas sofa. Sungguh Qalisya tidak selesa apabila berdua-duaan dengan Adam. Takut perkara tak diingini berlaku kepadanya. Lebih baik dia meminta diri dulu. Suaranya dilembutkan. Dia berharap agar Adam membenarkannya pulang.

"Ermmm, I hantar you esok pagi. You bagitahu I mana you nak pergi, nanti I hantarkan." Terkejut Qalisya apabila Adam menawar diri untuk menghantarnya. Biar betul si Adam ni. Adam yang tadinya sedang meramas-ramas jari-jemari Qalisya melepaskannya dan bangun dari sofa untuk mengambil telefonnya yang diletakkan di atas meja.

"Syasya, tolong cancel appointment I dengan Dato Fathi esok pagi. I ada hal. Maybe after lunch baru I masuk office."

Qalisya yang sedari tadi melihat Adam terus memegang tangan lelaki itu seraya menggeleng kepala tanda tidak setuju. Namun Adam masih tidak berganjak dengan keputusannya. Kenapa pula sampai nak batalkan temu janji apa semua tu ? Dia boleh balik sendiri tanpa bantuan Adam pun. Lebih baik jika Adam tidak menemaninya esok.

"Adam.. tak apa laa, Qalisya boleh pergi sendiri.."

" Itu keputusan I, Qalisya. I akan temankan you esok. By the way, urusan apa yang penting sangat tu? "

Terdiam Qalisya apabila mendengar soalan Adam itu. Adam masih menunggu jawapan daripada Qalisya. Wajahnya masih ditenung. Hendak tak hendak, terpaksa lah dia menjawab. Lalu Qalisya menceritakan tentang masalah berkaitan dengan pencarian rumah sewa. Adam setia mendengar masalah Qalisya.

"I nak you kemaskan semua baju-baju you dan berpindah ke sini esok. Jangan cakap apa-apa lgi, Qalisya. Ini arahan daripada I." Tersentak Qalisya apabila suara Adam sungguh tegas mengarahkannya berpindah ke rumahnya. Duduk dalam satu rumah pulak tu. Risau Qalisya apabila menerima arahan sedemikian daripada lelaki bernama Adam.

"Dear, apa lagi yang you fikir ? For your information, I ada dua rumah. Don't worry.. I tak stay dekat sini. I stay dekat rumah lagi satu sebab situ lagi dekat dengan tempat kerja. Rumah ni selalunya I duduk hujung minggu with someone. But you can stay here. It's good for me also, senang sikit I nak awasi gerak geri you. So, anggaplah masalah you dah selesai."

Duduk hujung minggu dengan someone ? Tahulah Qalisya yang rumah ini memang selalu dikunjungi perempuan. Tempat Adam melepaskan nafsunya. Gila ka apa? Nak suruh aku duduk dekat rumah yang tak ubah seperti rumah maksiat ni ? Memang taklah!! Ingat aku ni perempuan simpanan dia kut ? Marah Qalisya dalam hati. Nak bersuara, dia tak berani. Qalisya perlu mencari alasan yang kukuh supaya dia tidak perlu tinggal di rumah tersebut.

Adam terus bangun dan menutup semua lampu. Dia kemudiannya memasang televisyen yang Qalisya sendiri tidak tahu berapa besar skrinnya. Kemudian Adam kembali duduk di sebelah Qalisya. Memang rasa seperti di dalam panggung wayang dengan keadaan bilik yang suram diterangi oleh lampu dari skrin sahaja. Qalisya masih lagi memikirkan tentang masalah bilik sewa. Selesai apanya.. bertambah kusut lagi fikirannya adalahh.

Filem yang dipasang sudah bermula. Entah apa cerita yang di pasang pun Qalisya tidak tahu. Terasa hanya jasadnya sahaja yang berada di situ. Tambahan pula Adam duduk bersebelahan dengannya membuatkan hati Qalisya tidak tenteram. Lagi menambahkan gegusaran hatinya apabila tangan sasa milik Adam diletakkan di bahunya. Kalau nak diikutkan, memang selesa dengan keadaan mereka berdua sambil menonton filem tetapi apa yang membuatkan Qalisya tidak selesa ialah disebelahnya itu Adam. Satu-satunya lelaki yang susah untuk dia melupakan..

__________________________________________

Jam menunjukkan pukul tujuh pagi. Terasa sungguh nyenyak tidur Qalisya malam tadi. Dia tidak tahu macam mana dia boleh berada di atas katil. Seingat Qalisya, semalam dia dengan Adam sedang menonton filem di ruang tamu.

Berderau darah Qalisya apabila ditoleh ke kiri dan melihat Adam sedang nyenyak tidur tanpa memakai baju. Adam hanya berseluar pendek. Hah ? Sekatil dengan Adam ? Biar betul ?! Kalut Qalisya meraba-raba tubuhnya di bawah selimut yang membaluti mereka berdua. Lega Qalisya apabila dirasakan badannya masih dibaluti dengan pakaian yang dipakainya malam tadi. Dia berharap sangat yang tidak ada apa-apa yang berlaku antara mereka malam tadi.

Dengan perlahan-lahan Qalisya cuba menuruni katil. Dia tidak mahu mengejutkan Adam. Dia berniat untuk keluar dari rumah ini tanpa mengetahuan Adam. Terkejut Qalisya apabila tangannya digenggam oleh Adam secara tiba-tiba.

"Mana you nak pergi dear?" tanya Adam dengan suara serak sambil matanya masih tertutup.

"Qalisya nak bangun, nak mandi dan nak balik." jawab Qalisya sambil cuba melepaskan genggaman tangan Adam.

Adam mengangguk dan melepaskan tangannya. Terus sahaja Qalisya bangun dan berjalan menuju ke bilik air. Dia mencapai kain tuala yang digantung di dinding bilik air. Dia sudah tidak kisah sama ada kain tuala itu milik Adam ataupun tidak. Yang dia tahu, dia ingin segera keluar dari rumah itu. Risau sekiranya Adam tiba-tiba berubah fikiran dan mengapa-apakannya. Bukan boleh harap sangat dengan playboy ni. Habis semua perempuan disapunya.

Selesai mandi, dengan tergopoh-gapah Qalisya terus membuka pintu bilik air. Tak semena-mena dia terlanggar Adam yang ketika itu sedang berdiri betul-betul di hadapan pintu. Mungkin tengah tunggu giliran untuk mandi.

" Kenapa laju semacam je ni dear?" Apa-apa you tunggu I siap mandi dulu. I dah janji kan nak hantar you balik." Sempat lagi Adam mencium pipi Qalisya sebelum menutup pintu. Terkejut Qalisya.

Sementara menunggu Adam selesai mandi. Qalisya mengemas tempat mereka tidur semalam sambil kepalanya ligat berfikir apa yang berlaku selepas mereka menonton filem semalam.

"Err Adam.. malam tadi.. err..ki..kita..tak ada apa-apa.. kan ?" Tergagap-gagap Qalisya bertanyakan kepada Adam semasa mereka sedang berjalan menuju ke kereta untuk menghantar Qalisya pulang. Tidak dinafikan yang sememangnya Qalisya memerlukan jawapan yang dapat membuatkan dia lega. Risau juga kalau-kalau Adam ada melakukan sesuatu kepadanya.

" Kita buat apa ? Qalisya nak ke?" soal Adam kembali sambil tangannya membuka pintu kereta. Merah padam muka Qalisya apabila dia pula yang di soal. Tidak berani dia hendak memandang wajah Adam. Adam pula tepat memandang Qalisya lalu dikalih semula kerana sedang memandu kereta.

" You nak ke ? I bagi free je. Servis terbaik I bagi."

Bertambah segan Qalisya apabila Adam bertanyakan lagi kepadanya. Dia hanya senyap memandang ke luar tingkap. Tak senang duduk dia di dalam kereta. Takut sudah untuk bertanya lagi kepada Adam. Silap hari bulan dia yang kena balik.

Adam tersenyum sendiri. Memang itu yang dia mahukan. Tetapi dari dulu lagi Adam tidak pernah memaksa perempuan untuk bersamanya. Mereka sendiri yang merelakan diri.

" Adam, Qalisya rasa Adam boleh balik dulu kut. Sebab lama nanti kalau nak tunggu Qalisya kemas baju-baju semua. Lagipun Qalisya cuma kena keluar dari rumah ini pun minggu depan," jelas Qalisya apabila Adam memberhentikan kereta di hadapan rumahnya.

" Okey my dear, you kemas apa-apa yang patut dulu okey ? Barang yang tak penting you boleh buang. You pakai aje barang yang ada dekat rumah i tu," jawab Adam sambil tangannya mengusap lembut pipi Qalisya.

Terasa sungguh indah apabila dirinya dibelai sebegitu. Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila peristiwa hitam yang berlaku dahulu terlintas di fikirannya. Lelaki ini hampir merosakkan diri kau Qalisya. Wake up Qalisya. Wake up.. jangan kau hanyut dengan layanan baik darinya..bisik suara halus kedengaran..

Continue...

erm lepasni maybe akan slow update.. tak sempat lah nak taip banyak-banyak :( btw tq ya kepada yang support ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience