chapter 14

Romance Series 8917

"look at me, Qalisya!!" Arah Adam apabila Qalisya mengelak daripada memandangnya.

" Kau nak tahu tak apa yang kau dah buat ?! Kau ni memang tak faham bahasa kan ? Dah banyak kali aku pesan yang aku tak suka kalau orang lain sentuh "barang" aku !! Aku tak suka berkongsi lah ! Kau faham ke tak, Qalisya?! "

Kuat dan jelas suara Adam kedengaran. Qalisya yang dari tadi ketakutan terus menangis tersedu-sedu. Dia rasa seperti tidak bernyawa ketika itu. Qalisya masih tidak faham apa yang dia telah buat sampaikan Adam marah sebegini. Dia yang terpaksa memandang wajah Adam akhirnya memejam kuat matanya. Tidak sanggup dimarahi begitu sekali. Kasar dan tegas.

Adam sudah seperti orang hilang kewarasan terus merapatkan wajahnya ke wajah Qalisya. Susah untuk Qalisya bernafas apabila berada dalam keadaan itu. Tangan Qalisya masih cuba menolak badan Adam. Tapi semuanya sia-sia sahaja. Adam langsung tidak berganjak walaupun seinci.

Adam membawa Qalisya masuk ke dalam bilik tidurnya.

"Adam..tolong... I don't know what i have done to you.. Adam pleasee.. Qalisya merayu..."

Rayuan Qalisya tetap diendahkan olehnya. Air mata Qalisya mengalir deras. Sesak nafas Qalisya apabila diperlakukan sebegini. Dia masih meronta-ronta lebih-lebih lagi apabila wajah mereka semakin hampir.

"Qalisya..i will make sure that you will be mine. Only mine, sweetheart." Sempat Adam membisik ke telinga Qalisya sebelum dia merampas satu-satunya mahkota Qalisya yang selama ini terjaga. Kini semuanya sudah tidak bererti buat Qalisya. Walaupun menangis air mata darah sekalipun, mahkotanya tetap tidak dapat dikembalikan.

___________________________________

Adam terlebih dahulu bangun pada keesokkan harinya. Dengan hanya memakai boxer, Adam berjalan ke ruang tamu. Dia segera mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja. Dia menghantar pesanan ringkas kepada setiausahanya untuk memberitahu yang dia tidak akan masuk pejabat hari ini. Segala perjumpaan atau mesyuarat harus dibatalkan.

Adam kembali ke bilik tidurnya. Qalisya masih tidak sedarkan diri. Dia telah bersikap kasar terhadap Qalisya malam tadi sehingga membuatkan Qalisya pengsan kena tamparan kuat daripadanya. Bukan niat Adam untuk menampar Qalisya, tetapi Qalisya yang terus terusan melawan membuatkan Adam tiada pilihan lain.

Adam mengusap pipi Qalisya yang masih merah bekas tamparannya malam tadi. Bibir Qalisya dipagut kasar malam tadi disentuh lembut. Selimut yang menutupi Qalisya diperbetulkan. Rambutnya dibelai lembut. Adam masih teringat bagaimana dia berjaya menakluki Qalisya malam tadi.

Serba sedikit perasaan kesal timbul dalam hati Adam. Tergamak dia memaksa Qalisya seperti itu. Mengasari dan memaksa Qalisya tanpa kerelaannya. Tetapi dia tidak sanggup berkongsi Qalisya dengan orang lain. Hatinya sakit apabila terfikir tentang gambar tersebut. Gambar mesra Qalisya dengan lelaki lain. Semua yang ada pada Qalisya adalah hak miliknya. Tiada siapa pun yang boleh menyentuhnya melainkan dia.

Adam berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Ditinggalkan Qalisya keseorangan di atas katil. Tidak berapa lama Adam masuk, perlahan-lahan Qalisya membuka matanya. Kedengaran bunyi pancuran air dari dalam bilik air. Dapat dirasakan seluruh badannya sakit. Ya, dia ingat lagi bagimana Adam bertindak gamas terhadapnya semalam.

Puas dia pujuk dan merayu kepada Adam untuk berhenti. Bukan itu sahaja, dia masih ingat dia ditampar kuat sehingga tidak sedarkan diri. Lepas itu dia sudah tidak mengingati apa-apa. Adam sudah berjaya merampas mahkota dirinya yang dijaga selama ini. Lelaki yang sama yang telah melihat tubuh badannya untuk kali kedua.

"Sweetheart, you dah bangun?" Adam yang baru selesai mandi dengan hanya bertuala sahaja terus melangkah menuju ke arah Qalisya. Mulut Qalisya seperti terkunci untuk berkata apa-apa. Hanya aliran air mata sahaja yang dapat dilihat. Adam menyapu air mata Qalisya sambil membelai pipinya. Pandangannya langsung tidak diarahkan kepada Adam.

"Qalisya, pasal malam tadi..." Belum sempat Adam menyambung kata-katanya itu, Qalisya terlebih dahulu menekup kedua-dua belah telinganya. Tidak sanggup Qalisya mengimbas peristiwa yang berlaku antara mereka malam tadi.

"Qalisya, please... I am so sorry, my dear. I pun tak tahu kenapa I terlalu mengikut perasaan. Mengikut rasa marah I. I know I tak sepatutnya mengasari you. Sakit lagi sayang?" Adam cuba memegang pipi tetapi Qalisya lagi cepat mengelak daripada dipegang oleh Adam.

"Qalisya dah tak suci..." Walaupun suara Qalisya seperti berbisik, Adam masih dapat mendengar apa yang dikatakan olehnya. Wajah Qalisya jelas menunjukkan yang dia terlalu sedih dengan apa yang telah terjadi ke atasnya.

Qalisya memang masih suci sehinggalah Adam meragut kesuciannya malam tadi. Sejujurnya inilah kali pertama Adam meniduri perempuan yang masih suci. Qalisya memang cantik luar dan dalam. Timbul rasa kesal di dalam diri Adam. Pada masa yang sama dia tetap berbangga kerana dialah orang pertama yang berjaya menakluki Qalisya. Akan tetapi semua itu sudah berlaku. Adam tidak ada kuasa untuk mengembalikan hak Qalisya semula.

" Qalisya, i tahu i salah. Benda dah berlaku. I tak boleh nak kembalikan hak you tu, sayang. I akan bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku. Kita kahwin okey ?" Qalisya terkejut mendengar kata-kata Adam. Sungguh dia tidak sangka yang Adam mahu bertanggungjawab. Selama ini dia ingatkan lelaki seperti Adam akan lepas tangan sahaja.

Qalisya serba salah sama ada mahu berkahwin dengan Adam atau tidak. Kalau diikutkan hati, memang Adam patut bertanggungjawab terhadapnya namun pada masa yang sama, Qalisya tidak mahu ada sebarang ikatan dengan Adam lepas ini. Lagipun Qalisya merasakan yang dirinya tidak setaraf dengan Adam.

Adam berasal dari golongan yang berada. Dia juga merupakan seorang usahawan yang berjaya. Manakala Qalisya pula hanya seorang kerani biasa. Cuma anak tukang kebun. Mana mungkin mereka boleh bersama. Mesti nanti kawan-kawan Adam akan memandang rendah terhadapnya. Macam mana dia mahu bergaul dengan mereka. Bagaimana pula tanggapan keluarga Adam ? Semuanya terlintas di fikiran Qalisya ketika itu. Entah-entah nanti Adam akan menjadikannya orang gaji dirumahnya. Takkanlah Adam sanggup hendak menjadikan dia sebagai mem besar di rumah nanti.

"Qalisya nak balik." Itu sahaja yang Qalisya tuturkan. Adam cuma mengangguk seraya menyuruh Qalisya mandi terlebij dahulu.

Adam membantu Qalisya mengutip pakaiannya yang bertaburan di tepi katil. Qalisya menuju ke dalam bilik air untuk membersihkan diri dengan lemahnya. Terduduk Qalisya di dalam bilik air sejurus dia menutup pintu. Bertapa dia merasa dirinya terlalu kotor ketika itu. Dia jijik melihat dirinya sendiri di cermin. Qalisya masih dapat merasakan sentuhan Adam di seluruh tubuh badannya. Jelas kelihatan tanda-tanda merah di badannya. Adam memang bertindak ganas terhadapnya. Entah apa yang telah merasuki diri Adam pun tak tahu. Memang berlainan sungguh sikap Adam malam tadi.

Selesai mandi, Qalisya segera mencari Adam kerana ingin pulang ke rumahnya. Makin lama dia duduk di situ makin sesak nafasnya. Dari tadi Qalisya asyik menangis. Air mata sentiasa mengalir keluar membasahi pipi mulusnya.

"Sweetheart, come here.. kita breakfast dulu okey ? I ada buatkan pancake untuk you. Isi perut you dulu. Nanti sakit." Adam sempat mengusap rambut Qalisya. Qalisya cuba mengelak namun tangan Adam lagi cepat daripadanya. Sememangnya Qalisya tiada selera untuk makan tetapi dia tahu Adam akan terus mendesak sekiranya dia tidak mengikut apa yang disuruhnya.

"Kita kahwin, Qalisya."

"Taknakk!!!" Cepat sahaja Qalisya menjawab balik kata Adam itu. Qalisya sendiri pun tidak tahu macam mana dia boleh menjawab dengan nada yang tinggi kepada Adam. Dia takut jika Adam kembali bertindak ganas terhadapnya.

" I want back home now.. please..." Perlahan Qalisya bersuara sambil mengesat air matanya yang sudah mengalir keluar..

Continue..

author akn terus menulis kalau ramai yang support.. thanks ʕ•ᴥ•ʔ

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience