chapter 8

Romance Series 8918

Tok-tok...

Terkejut Qalisya apabila tingkap keretanya diketuk orang. Dilihatnya Adam yang segak memakai kemeja dengan lengan tangan dilipat berdiri di luar kereta. Pintu kereta dibuka.

" Are you okey, my dear ?" Tanya Adam dengan nada risau sambil tangan membelai rambut Qalisya. Qalisya cuma mengangguk dan mengelak daripada rambutnya terus dibelai oleh Adam. Malu juga Qalisya apabila Adam memperlakukannya seperti itu.

"Pergi kunci kereta you. You balik dengan I okey ? Kereta you tu nanti I panggilkan mekanik untuk betulkan mana yang rosak. Don't forget to take all your valuable items, my dear. "

Qalisya terus mengambil beg tangannya dan mengunci pintu kereta. Dia kemudiannya mengikut Adam ke kereta untuk dihantar ke rumah. Sedikit takut juga Qalisya dengan Adam. Manalah tahu takut Adam membawanya ke tempat lain. Siapa pula hendak menolongnya ?

" Ermm.. maaf ya sebab dah menyusahkan Adam. Qalisya ingat tadi Syifa, housemate Qalisya yang call tadi. Tak tahu pula Adam yang call. " Qalisya memulakan perbualannya setelah hampir lima minit mereka berada di dalam kereta.

"It is okey, Qalisya. Lagipun I call you tadi sebab nak ajak you temankan I makan. Kita pergi makan dulu ya ? Sebab I lapar ni. Dan you pun mesti belum makan lagi kan ? Jom kita pergi makan dulu. Kali ni I nak you belanja. "

Adam sempat mencuit pipi Qalisya. Adam sengaja berbohong tentang tujuan asal dia menghubungi Qalisya tadi. Qalisya tahu dia tidak boleh menolak ajakan Adam kerana perutnya memang perlu diisi ketika itu. Dan Qalisya tahu yang itu bukan satu ajakan atau pelawaan untuk makan malam tetapi lebih kepada satu arahan yang perlu diikuti. Itu semua tidak menjadi masalah buat Qalisya. Yang menjadi masalahnya ialah tentang belanja. Duit sendiri pun cukup-cukup makan. Duit baiki kereta lagi nak diketepikan. Gaji dah la lama lagi ni. Silap-silap aku kena tolong basuh pinggang nanti, monolog Qalisya sendiri.

"Errr kita makan dekat sini ke?" tanya Qalisya setelah Adam memberhentikan keretanya di hadapan restoran mewah. Dari luar sahaja sudah menunjukkan yang restoran yang mereka akan masuk ini adalah sebuah restoran mahal. Qalisya tiada pilihan lain kecuali membisikkan sesuatu ke telinga Adam.

"Adam.. kita pergi ke restoran lain boleh ? Sebab.. sebab.." Qalisya malu untuk memberitahu sebabnya lebih-lebih lagi dengan renungan Adam. Muka mereka terlalu dekat sehingga bila-bila masa sahaja Adam boleh mencium Qalisya. Adam yang terbuai dengan kecantikan Qalisya seperti terlupa segala-galanya. Terlupa di mana mereka berada. Yang ada cuma mereka berdua sahaja.

"Sebab... Qalisya risau tak cukup duit untuk belanja Adam makan.."

Terhenti lamunan Adam serta-merta apabila Qalisya menyambung ayatnya yang tergantung tadi. Nak tergelak pun ada dengan kata-kata Qalisya itu. Memang tidak pernah dia menyuruh mana-mana perempuan pun belanja dirinya sebelum ini. Dia juga tahu yang Qalisya tidak banyak duit sepertinya atau mana-mana perempuan yang pernah bersamanya.

"Qalisya... Qalisya.. i cuma main-main je la tadi. Takkanlah I nak suruh you belanja I. I yang ajak you kan? Dah jom masuk. Perut I ni dah lapar ni. Nanti kalau tak sempat makan kat dalam tu, you yang I makan nanti. Mesti lagi sedap, kan ?" Dengan muka yang tak bersalah, Adam terus memeluk pinggang Qalisya untuk sama-sama masuk ke dalam restoran tersebut. Qalisya masih tidak pekak untuk mendengar apa yang Adam katakan tadi. Memang gilalah Adam ni, kata Qalisya sendiri dalam hati.

Mereka menikmati makan malam bersama. Adam yang banyak bertanya tentang Qalisya. Ikutkan hati malas Qalisya hendak menjawabnya. Dia rasa tak perlu kut Adam mengetahui tentang peribadinya. Tentang hidupnya selepas meninggalkan alam persekolahan.

"Qalisya dah lama ke tinggal di Kuala Lumpur ni?" Satu per satu soalan diajukan kepada Qalisya.

"Lepas SPM , terus ke sini."

Endah tak endah sahaja Qalisya menjawabnya. Makanan di atas pinggan dikuit. Disuap ke dalam mulut. Dia tidak mahu sebenarnya mengimbau kenangan lama. Dia juga tidak mahu Adam mengetahui hal keluarganya. Adam bukan sesiapa dalam hidupnya. Tidak perlu bagi orang luar untuk tahu tentang kesusahan keluarganya. Biarlah setakat dia seorang sahaja yang tahu apa yang pernah dia dan keluarganya alami. Qalisya sebenarnya tidak suka meraih simpati sesiapa lebih-lebih lagi orang kaya seperti Adam.

"Kenapa tak sambung belajar?" Setahu Adam, Qalisya dulu seorang pelajar yang cerdik juga. Berada di dalam kelas pertama. Jarang dia melihat Qalisya menghabiskan masa di luar. Selalunya dia dilihat berada di dalam perpustakaan. Mesti keputusannya baik. Qalisya terdiam seketika sebelum menjawab pertanyaan Adam itu.

"Abah meninggal masa Qalisya nak ambik SPM. Tak nak bebankan mak. Tu sebab Qalisya mencari kerja terus dekat KL ni. Qalisya bukan daripada keluarga senang seperti Adam." Sedih juga Qalisya mengenangkan nasibnya. Nasib keluarganya selepas kehilangan bapanya. Punca pendapatan keluarga hanyalah daripada arwah abahnya. Selepas abahnya meninggal dunia, emak Qalisya terpaksa bekerja semula mengambil upan menjahit baju dan membuat kuih -muih untuk dihantar ke gerai berhampiran. Oleh itu Qalisya terpaksa membatalkan niatnya untuk menyambung pelajaran kerana baginya keluaganya lebih penting. Susah apabila dengan tiba-tiba punca pendapatan keluarga terhenti.

Adam mendengar sahaja Qalisya bercerita. Memang dia tidak tahu kesusahan hidup Qalisya dan keluarganya. Yang dia tahu Qalisya ialah anak tukang kebun sekolah. Perihal keluarga Qalisya langsung dia tidak berminat untuk mengambil tahu. Kini barulah Adam tahu keadaan mereka. Terasa sedikit rasa bersalah sebenarnya dalam diri Adam apabila teringatkan apa yang telah dilakukannya dulu. Mesti perkara tersebut turut mengganggu kehidupan Qalisya juga. Yang membuatkan Adam rasa lebih bersalah ialah dia langsung tidak mengambil tahu tentang Qalisya selepas kejadian tersebut. Dibiarkan sahaja Qalisya keseorangan.

Wajah Qalisya di hadapannya dipandang. Penderitaan yang dialaminya membuatkan Adam lagi berminat untuk mengenali Qalisya. Perempuas yang sama yang pernah muncul dalam hidupnya dahulu walaupun sekejap sahaja. Perasaan bersalah juga turut hadir pada saat itu.

Semakin lama Adam memandang wajah Qalisya, semakin jelas kecantikan Qalisya yang dia tidak nampak selama ini. Semakin berminat Adam kepada Qalisya. Kini perasaan bersalah, suka, minat dan ingin tahu semuanya bercampur. Hanya satu yang dia pasti ialah Qalisya miliknya walaupun dia sendiri tidak tahu berapa lama dia akan menyimpan Qalisya. Sungguh dia tidak pasti.

Continue..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience