chapter 15

Romance Series 8917

Sunyi sahaja suasana di dalam kereta sepanjang perjalanan menuju ke rumah Qalisya. Hanya muzik yang dipasang oleh Adam sahaja yang kedengaran. Qalisya masih memandang ke luar tingkap. Langsung tidak memandang ke arah Adam. Adam pula masih menumpukan pemanduannya. Dia tahu yang Qalisya masih marah kepadanya

Dia juga tahu yang Qalisya tidak mahu membincangkan apa yang telah berlaku antara mereka. Perasaan kesal terselit di dalam hati Adam ketika itu. Dia juga risau sekiranya benihnya melekat dalam rahim Qalisya. Selalunya dia langsung tidak risau tentang mana-mana perempuan yang telah ditidurinya tetapi kali ini dia amat risau sekiranya Qalisya mengandung. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia bersikap begini. Adam tahu yang dia langsung tidak menggunakan sebarang alat perlindungan ketika bersama Qalisya malam tadi.

Qalisya terus keluar dari perut kereta sebaik sahaja Adam memberhentikan kereta di hadapan rumahnya. Kuat Qalisya menghempas pintu kereta Adam. Dia langsung tidak berkata apa-apa mahupun menoleh ke belakang. Terus sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah dan menguncinya. Terduduk Qalisya apabila masuk ke dalam rumahnya. Air matanya terus mengalir membasahi pipi Qalisya apabila teringat kembali apa yang telah terjadi malam tadi. Teresak-esak dia menangis apabila rasakan dirinya kini sudah kotor.

Adam kembali ke rumahnya dan terus merebahkan badan ke atas katil. Katil yang menjadi saksi akan segala yang telah berlaku antara dia dan Qalisya malam tadi. Kesan tompokan darah pada cadar yang dicampak ke tepi katil jelas menunjukkan yang Qalisya masih suci sehinggalah dia menghancurkan segalanya.

Adam masih tidak dapat melupakan Qalisya. Tidak pernah dia rasa sebegini apabila bersama perempuan. Selalunya selepas bersama, dia tidak akan mengingati kembali apa yang telah berlaku. Fikirannya akan memikirkan benda lain bukan perempuan yang ditidurinya.

Berlainan pula apabila selepas bersama dengan Qalisya. Adam masih teringat apa yang berlaku antara dia dan Qalisya. Setiap saat yang berlaku malam tadi masih segar dalam ingatannya. Mungkin kerana rasa bersalahnya terhadap Qalisya atau mungkin juga Qalisya memang berlainan dari perempuan-perempuan yang pernah ditidurinya. Dia masih suci Adam...masih suci..kau orang pertama yang telah meragut kesuciannya. Gumam Adam sendirian.

Sementara itu pula, Qalisya masih memikirkan tentang kata-kata Adam itu. Berkahwin dengan Adam ? Biar betul ? Tak pernah sekalipun dia memikirkan tentang perkara itu. Dia sebenarnya tidak sanggup untuk menempuh kehidupan selepas berkahwin nanti. Dia takut sekiranya dirinya dijadikan sebagai orang gaji selepas berkahwin dengan Adam nanti.

Mungkin juga yang mama Adam tidak sudi menantukan gadis miskin sepertinya. Banyak cerita yang didengarinya sebelum ini mengenai perkahwinan orang kaya dengan orang biasa ini. Tambahan pula perbezaan taraf hidup Adam dengan Qalisya sememangnya seperti langit dan bumi.

Sekarang ini Qalisya cuma berasa risau sekiranya benih Adam melekat pada rahimnya. Jika itu berlaku, dia tiada pilihan lain selain...

Continue..

Share this novel

Arny Ariyana
2021-11-11 17:16:19 

akk dh xde lagi ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience