chapter 2

Romance Series 8917

Qalisya... Nama itu membuatkan Adam teringat kepada perempuan yang pernah hadir di dalam hidupnya walaupun sekejap. Adam sememangnya dari tadi lagi memerhatikan perempuan yang bersama-sama dengan Sally tadi. Tidak pernah pula dia melihat wajah tersebut sebelum ini. Semakin memerhati semakin aneh perasaannya ketika itu. Terasa seperti dirinya pernah mengenali raut wajah tersebut cuma dia tidak ingat di mana. Sekarang barulah Adam ingat kembali akan nama yang pernah wujud dalam diari hidupnya ketika zaman persekolahan dulu.

Terpaksalah Qalisya duduk semeja dengan Adam. Sesekali sempat juga Qalisya mengerling ke arah Adam yang duduk di sebelah Sally. Tidak di nafikan yang Adam memiliki raut wajah yang kacak.

Qalisya teringat kepada ketika Adam mula-mula masuk ke sekolahnya dahulu. Ramai sungguh pelajar perempuan yang tergila-gilakan Adam. Ada yang sanggup mengutuskan surat kepada Adam semata-mata untuk mengajaknya keluar. Adam bukan sahaja terkenal dengan raut wajahnya yang kacak tetapi dia juga terkenal dengan kekayaannya. Dia seorang sahaja yang datang dan balik dihantar oleh driver menaiki Mercedes. Berbeza benar dengan Qalisya dan budak-budak lain yang hanya menaiki basikal ke sekolah.

"Ladiess, jom kita pergi makan. I belanja," kata Adam tiba-tiba mematikan lamunan Qalisya. Terus sahaja Qalisya mengalihkan pandangannya ke arah lain apabila dia bertentang mata dengan Adam. Mana mungkin dia hendak bertentang mata dengan lelaki yang dia benci dan seboleh-bolehnya dia ingin menghapuskan lelaki itu.

"It's okey..kami dah nak balik ni..lagipun dan lambat..next time je la ye, Tengku Adam..erm Sally, kitaorang balik dulu ya." Qalisya terus menoleh ke arah Adriana. Dia sudah tidak peduli dengan raut wajah Adriana yang semestinya terpinga-pinga ketika itu. Qalisya segera menarik tangan Adriana lalu meninggalkan Adam dengan Sally yang masih tegak berdiri di situ. Dia tahu yang Adam masih memandangnya. Tidak tahu apa erti pandangan tersebut. Yang Qalisya tahu, dia mahu segera meninggalkan tempat tersebut dan dia mahu jauh dari Adam.

"Wehh, kau ni dah kenapa? Asal tetiba ja nak moody..tadi okay je aku tengok kau... Ke kau dah terminat dengan boyfriend si Sally tu ? haaa... Baik kau cakap dengan aku." Pelik si Adriana melihat tingkah laku Qalisya seperti ada yang tidak kena. Tidak mustahil juga kawan baiknya jatuh hati terhadap Adam. Dia sendiri pun suka melihat Adam. Wajah lelaki pujaan itu.

" Ishh kau ni..bukan macam tu lahh. Aku kenal Adam tu.. dia senior aku masa kat sekolah dulu..." Jelas Qalisya kepada Adriana ketika mereka sedang berjalan keluar dari kelab itu. Langsung tidak menoleh ke belakang.. Menyesal juga mengikut Adriana ke sini. Disebabkan itu dia bertemu dengan Adam kembali. Segar kembali ingatannya tentang peristiwa hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya suatu tika dahulu. Hendah sahaja dia menepuk kepala rakannya itu. Sebab kaulah Adriana oi.

"Kalau macam tu..kenapa kau nak takut dengan dia ? Dia tu bukannya senior kau lagi punn..apa lah kau nii..zaman sekolah dah habis laa..pelik betul la kau ni..."

Qalisya tidak tahu bagaimana dia ingin menerangkan kepada Adriana yang lelaki yang kacak dan segak bernama Adam Iskandar tadi itu hampir-hampir merogolnya. Dia hampir merosakkan aku, Adriana !! Qalisya menjerit dalam hati. Ketika ini, hanya dalam hati dia mampu lakukan. Dia tidak mahu menjaja cerita lama kepada orang lain.

" Okaylaa..jom aku belanja kau makan. Kau tak payah pikir banyak sangat lah ya..aku dah teman kau tadi dah cukup baik tau tak." Qalisya menarik tangan Adriana menuju ke tempat menunggu teksi. Dia sememangnya tidak ada mood untuk bercerita tentang Adam. Biarlah dia. Malas mahu ingat. Dia berharap sangat agar mereka tidak akan bertemu lagi selepas ini.

Malam itu Qalisya teringat kembali hari yang dia hampir dinodai oleh Adam. Kenapa dia muncul kembali disaat dia hampir melupakannya ? Kenapaa ? Kini ingatannya kembali segar terhadap Adam. Dan semestinya dia berharap agar Adam tidak mengingatinya. Ya...berdoa panjang Qalisya agar Adam sudah melupakannya.

Malam itu Adam sudah memilih Sally untuk menjadi teman tidurnya. Selepas makan, Adam membawa Sally ke kondo miliknya. Walaupun sepanjang malam dia bersama Sally, fikirannya tetap teringatkan Qalisya. Kenapa Qalisya asyik muncul di fikirannya ? Adam tidak puas. Sungguh dia tidak puas melihat wajah Qalisya tadi. Dengan keadaan yang samar-samar, membuatkan dia tidak dapat menilik wajah Qalisya sepenuhnya. Entah kenapa hatinya terasa sesuatu yang aneh apabila melihat wajah Qalisya tadi.

"Hey baby.. kenapa ni?" Tanya Sally dengan suara lunaknya sambil memeluk Adam dari belakang.

"Nothing..dah jom kita tido okey." Kata Adam. Akhirnya mereka sama-sama hilang dalam dunia mereka. Dunia yang mereka sendiri cipta tanpa keizinan sesiapa. Hanya berlandaskan nafsu semata-mata..

Continue..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience