chapter 11

Romance Series 8917

Adam membaringkan diri di dalam biliknya setelah menghantar Qalisya pulang. Kejadian malam itu membuatkan Adam tekad untuk mengenali Qalisya dengan lebih dekat. Adam sendiri tidak tahu apa yang membuatkan dia terpaut kepada Qalisya sehinggakan dia menganggap Qalisya ialah milik dia seorang sepenuhnya. Qalisya semakin hari semakin cantik pada pandangan Adam. Kecantikan yang dia tidak pernah lihat pada mana-mana perempuan sebelum ini.

Sebelum itu bukan dia tidak boleh mengupah penyiasat untuk mencari Qalisya, tetapi dia merasakan benda itu tidak penting sehinggalah meraka berjumpa semula di kelab malam tempoh hari. Perasaan yang berbeza dirasakan apabila pertama kali melihat Qalisya.

Selama ini dia sibuk dengan perniagaannya selain dengan aktiviti sosialnya bersama rakan-rakannya. Perempuan keliling pinggang. Pilih sahaja mana-mana perempuan yang cantik untuk dijadikan teman berhibur. Adam sudah biasa dengan keadaan begitu. Selalunya perempuan yang akan mengejarnya, tetapi lain pula dengan Qalisya. Qalisya seperti cuba menjauhkan dirinya dari Adam. Qalisya ada aura tersendiri yang membuatkan Adam bertambah suka kepadanya.

Qalisya membersihkan diri setibanya di rumah. Dia masih memikirkan bagaimana keadaan keretanya sekarang. Memikirkan bagaimana dia boleh memberikan kunci keretanya kepada Adam tadi. Adam yang memaksa Qalisya supaya memberikan dia kunci kereta dengan alasan supaya senang orang suruhan Adam mengambil kunci daripadanya untuk membawa kereta Qalisya ke bengkel. Dan sekarang ini terpaksalah Qalisya berhubung dengan Adam untuk mengetahui perkembangan tentang kereta kesayangannya itu.

Qalisya, kereta you dah ada kat bengkel. Tomorrow I will pick you up at 7.30 a.m. Don't be late okey. I tak suka. Good night my dear. Sweetdream ^_^ -adam

Satu lagi arahan yang dia terpaksa turuti. Pening kepala Qalisya apabila memikirkan akan nasibnya sekarang ini. Kenapa ada sahaja arahan yang keluar dari mulut Adam tu ? Dan Qalisya seperti tiada kuasa untuk melawan setiap arahan daripada Adam.

_____________________________________________

Keesokkan harinya, Qalisya mengenakan baju kurung ringkas berwarna pink dengan solekan yang sederhana. Dia sememangnya cantuk dengan kulit putih bersih. Dengan bentuk badan yang sederhana tinggi membuatkan dia cantik dengan sebarang pakaian walaupun bukan berjenama mahal.

Adam memberhentikan kereta di hadapan rumah Qalisya lalu membunyikan hon. Cepat-cepat Qalisya mengambil beg tangannya dan mengunci pintu rumahnya. Walaupun dia tak berapa selesa dengan apa yang berlaku kepadanya kini, namun dia terpaksa jua turuti apa jua arahannyang keluar dari mulut Adam. Dia tidak mahu Adam menunggunya lama, nanti takut ada pula yang kena maki pagi-pagi hari ni.

Hari ini Adam membawa kereta BMW 7 Series berwarna putih. Adam yang duduk di belakang membuka pintu untuk Qalisya. Rupa-rupanya Adam datang bersama pemandunya. Mustahil orang kaya seperti Adam tidak ada pemandu sendiri, kata Qalisya dalam hati. Lega juga dirasakan. Mana tidaknya, kalau berdua dengan Adam nanti entah kemana la Adam akan membawanya.

"Good morning my sweetheart"

Adam bersuara setelah Qalisya menutup pintu kereta. Eee dia ni. Kalau mulut saja bercakap tak boleh ka ? Ni dengan tanganya sekali bergerak dah kenapa? Naik risau Qalisya apabila tangan sasa Adam membelau pipinya. Qalisya cuba mengelak daripada terus dibelai oleh Adam.

Sesekali pandangannya diarahkan kepada pemandu yang berpura-pura tidak mendengar dan melihat apa-apa. Qalisya tidak menafikan yang Adam sememangnya pandai menggoda dan pandai membuatkan para wanita diluat saya tergoda dengan cara dia melayan, tutur katanya dan penampilan yang sentiasa terjaga. Adam memang segak dengan sebarang pakaian yang dikenakan tak kesah la sama ada pakaian kasual mahupun formal.

"Good morning." Perlahan-lahan Qalisya cuba mengalihkan tangan Adam daripada terus membelai pipinya.

"You masuk kerja pukul 9 kan? Kita pergi breakfast dulu okey. Hasyim, aku nak pergi breakfast dulu. Kau tengok mana-mana kedai makan area ni."

Adam tidak mengalihkan pandangannya kepada Qalisya walaupun dia sedang memberi arahan kepada pemandunya. Adam tahu yang Qalisya tidak selesa apabila mereka bertentang mata. Qalisya akan cepat-cepat mengalihkan pandangan ke tempat lain. Adam pula memang suka dengan perempuan yang sebegini. Qalisya sememangnya berlainan daripada perempuan-perempuan yang dia kenal sebelum ini. Pemakaian Qalisya tidak terlalu seksi. Solekan yang sederhana sahaja cukup untuk membuatkan Qalisya kelihatan menawan.

"Baik Tengku." Sempat Hasyim melihat Adam yang masih tidak berganjak melihat Qalisya dari cermin pandang belakang. Hairan juga Hasyim dengan sikap tuannya. Tidak pernah tuannya bersikap macam ni. Selalunya Adam tidak ambil kesah dengan perempuan yang dia bawa. Kali ini berlainan pula. Tuannya seperti benar-benar berminat dengan wanita ini. Kalau tidak tak ada la dia sanggup mengambilnya di rumah awal pagi.

Selesai mereka bersarapan, Qalisya dihantar ke tempat kerjanya. Belum sempat Qalisya membuka pintu kereta, Adam terlebih dahuku memegang tangan Qalisya. Terkejut Qalisya apabila tangannya tiba-tiba dipegang.

"My dear, you take care okey. Petang nanti pukul enam I ambil you. Tunggu di sini okey. "

" Tak apa la, nanti Qalisya tumpang Syifa je. Lagipun dia datang kerja hari ni cuma lewat sikit. Terima kasih ya... Ermmmm, Tengku. " Berkira-kira Qalisya ingin membahasakan diri Adam sebagai Tengku.

"Qalisya, kenapa tiba-tiba panggil I Tengku pula ni ? It is okey my dear. You terkecuali. You still can call me Adam. I am fine with it. Bukan semua orang terkecuali. You are the lucky one, Qalisya." Qalisya cuma tersenyum apabila Adma berkata begitu.

"And you still need to wait for me at six sharp. No more excuse. Better you jangan buka mulut kalau taknak I kiss bibir you yang lembut tu." Sambung Adam lagi. Qalisya terus menekup mulutnya apabila Adam berkata begitu. Laju sahaja kakinya mengorak langkah meninggalkan Adam di situ. Adam ketawa kecil melihat telatah Qalisya.

Adam tiba di pejabatnya dengan muka yang ceria. Tidak pernah dia berasa gembira sebegini. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa perasaannya sungguh lain apabila bersama Qalisya. Perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan mana-mana perempuan sebelum ini. Syasya dan staf-staf yang lain juga berasa hairan dengan sikao majikan mereka itu. Lain daripada hari-hari biasa.

Jika tidak, selalunya wajah serius sahaja yang mereka nampak pada pagi hari. Jangan ada yang berani mengubah mood boss hansome mereka itu. Syasya susah memberi arahan kepada staf yang lain. Sakit telinganya kalau terpaksa mendengar maki hamun bosnya itu. Orang lain punya salah dia juga yang terpaksa menerimanya.

Continue..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience