chapter 7

Romance Series 8917

" Tengku, ada seorang wanita menunggu di dalam bilik tetamu. Namanya Cik Sally." Syasya, setiausaha Adam memberitahu majikannya apabila Adam melintasi mejanya.

" Dah lama ke dia tunggu?" Tanya Adam sambil meletakkan beg bimbit miliknya di atas meja Syasya. Wajah Adam terus berubah. Syasya cuma mengangguk dan terus mengambil beg bimbit Adam untuk diletakkan di dalam biliknya. Syasya sudah masak dengan perangai majikannya itu. Kalau letak diletakkannya di dalam bilik, memang teruklah dia kena marah dalam pejabat itu. Adam memang tidak suka kalau pekerja-pekerjanya lambat mengikut arahannya.

"Biyy.. kenapa you lambat masuk hari ni..? Lama tau i tunggu you kat sini," rengek Sally sambil tangannya memeluk leher Adam.

"Sally, this is my office. I tak suka you atau mana-mana perempuan datang office cari I. You nak apa datang office I pagi-pagi ni ?"

Adam sememangnya malas untuk melayan karenah manja Sally. Pada Adam, Sally cuma alat untuk memuaskan nafsunya sahaja. Apabila dia merasa bosan, barulah dia mencari Sally untuk menemaninya.

Berlainan pula dengan Sally. Dia menganggap Adam sebagai teman istimewanya. Mana tidaknya, hubungan mereka telah sampai ke tempat tidur. Dia tahu sikap playboy Adam tu, tapi baginya dia berharap Adam meletakkan dirinya di tempat teratas antara mereka yang lain. Tengku Adam Iskandar, usahawan terkenal dan semakin terkenal dengan sikap kasanovanya itu.

"Eee you ni.. kenapa nak marah-marah I? I datang sini nak ajak you breakfast lah. Dari tadi I tak makan lagi tau sebab tunggu you.. jom la sayang, kita turun breakfast. Temankan I please.." dengan manjanya Sally cuba memujuk Adam untuk menemaninya. Memang dari tadi dia tidak makan apa-apa semata-mata untuk bersarapan bersama Adam.

"Look, Sally. This is the first and the last you datang office I. Next time kalau you datang lagi, I will call the guard to chase you out. I dah beritahu you kan yang I tak suka you or any other girl datang office I. Kalau I suruh you datang baru you datang but in this case , I tak ada langsung suruh you datang. So, before I naik angin, better you get out from here! " Tegas suara Adam membuatkan Sally tidak berani untuk bersuara. Cuma renungan mata Sally menunjukkan dia tidak berpuas hati dengan layanan daripada Adam terhadapnya

Tanpa sepatah kata, Sally terus berlalu dengan hati yang sungguh sakit. Sanggup Adam membuat sebegitu terhadapnya. Barulah dia sedar yang Adam menganggap dirinya seperti perempuan-perempuan lain. Selama ini dia ingatkan Adam menganggap dia sebagai teman istimewanya. Tidak. Salah sama sekali apa yang disangkanya. Sally tidak ubah seperti perempuan lain yang hanya diperlukan Adam pada waktu-waktu tertentu sahaja. Kesian kau Sally. Berangan je la nak bertahta di hati playboy tu.

____________________________________________

"Ishh kenapa pula dengan kereta ni? Tadi elok ja aku bawa." Qalisya berbisik sendiri. Tiba-tiba sahaja keretanya rosak. Terpaksa Qalisya memberhentikan kereta di tepi jalan. Qalisya cuba menghidupkannya, tetapi masih tidak boleh. Puas dia mencuba, dia turun dari kereta untuk melihat enjin kereta. Masa itulah baru Qalisya perasan tempat yang dia berhenti itu sunyi. Tidak banyak kereta melalui jalan ini. Inilah jalan pintas untuk balik ke rumahnya. Menyesal pula rasanya mengikut jalan ini.

Cepat-cepat Qalisya masuk kembali ke dalam kereta dan cuba menghubungi Syifa, teman serumahnya tetapi tidak berangkat. Baru sahaja hendak mendail sekali lagi, deringan panggilan masuk kedengaran. Tanpa melihat siapa yang menelefon, terus Qalisya menjawab.

"Syifa, tolong aku. Kereta aku rosak ni kat tepi jalan. Datang cepat tau. Aku takutlah. Dekat sini sunyii. Aku kat tepi jalan dekat dengan Sekolah Kebangsaan Cina Fing Wa ni. Kau datang cepat tau." Lega dirasakan apabila sangkanya Syifa yang menghubunginya.

"Qalisya, masuk dalam kereta dan kunci pintu. Tunggu sampai I datang." Terkejut Qalisya apabila mendengar suara Adam. Salah dia juga kerana tidak melihat dulu nama yang tertera di skrin telefonnya tadi. Tetapi dalam masa yang sama, Qalisya bersyukur kerana ada orang yang akan datang membantu. Tak kesahlah siapa pun asalkan ada yang datang membantu. Terus dia mengunci kesemua pintu kereta dan menunggu bantuan sampai.

Adam yang ketika itu sedang memandu balik ke rumah terus menukat arah menuju ke tempat di mana Qalisya menunggunya. Niat Adam cuma hendak menghubungi Qalisya. Dia berharap dengan mendengar suara Qalisya dapat meredakan perasaan marahnya semenjak pagi tadi. Tetapi lain pula yang jadi. Adam tersenyum sendirian apabila dia sedar yang dia akan menemui Qalisya secara tidak dirancang. Qalisya pula tidak senang duduk di dalam kereta. Dia masih menunggu Adam tiba. Sesekali dia menoleh ke belakang untuk melihat sekiranya Adam sudah tiba. Semakin seram pula Qalisya rasa apabila lama berada di situ seorang diri. Sunyii..

Continue..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience