chapter 3

Romance Series 8917

" Babe.. Sally tu ajak kita pergi birthday party dia hujung minggu ni. Jom laa.... Rumah dia kat Bukit Tiara tu. Confirm la kawasan orang-orang kaya. Yang datang tu mestilah bukan orang sebarangan.. hehehe mana nak tau kut-kut ada yang tersangkut dengan aku ke.. tak payah la aku susah-susah nak cari kerja lagi.. untung aku kalau macam tu.. kau tak nak ke Cik Qalisya oi? " Adriana mula berbicara ketika mereka sedang menikmati makan malam bersama di rumah sambil menonton berita di kaca televisyen.

Adriana..Adriana... Memanjang berangan nak dapat lelaki kaya. Tu ja dia asyik fikir. Kalau boleh dia memang sudah tidak mahu bekerja. Dia hanya mahu berkahwin dengan lelaki kaya. Kerjanya cuma menjaga anak-anak.

"Aku malas la wehh.. baik aku duduk rumah tengok TV. Tak pun aku tidur.. lagi best dari aku ikut kau pergi birthday party tu.. tak rajin aku nak pergi.." Qalisya menyambung menyuap nasi ke mulutnya. Dia memang tidak berminat ke majlis-majlis seperti itu. Bukannya dia kenal pun tetamu-tetamu yang hadir. Entah siapalah yang dijemput.

" Alaa kau nii.. jom laa.. kita pergi sekejap je. Kita pergi makan-makan lepas tu bagi hadiah dekat dia.. kita terus cau je laa.." jawab Adriana dengan mulutnya yang penuh dengan nasi. Tangan kirinya juga menarik -narik tangan Qalisya seperti budak-budak sedang memujuk ibunya supaya bersetuju untuk membeli gula-gula. Dipandang wajah Adriana yang seperti berharap agar Qalisya akan tersetuju dengannya.

Bersemangat betul Adriana memujuk Qalisya untuk menemaninya. Ikutkan hati memang malas tetapi disebabkan Adriana kawan baiknya, kesian pula melihatnya. Manalah nak tahu, masin mulutnya nanti boleh bertemu jodohnya di sana. Tak perlu la aku nak temankan dia lagi lepas ni.. suara hati Qalisya berbicara.

"Hm okay.. tapi kau kena janji kalau aku cakap balik, kita balik." Tegas Qalisya kepada Adriana. Terus saja Adriana bersetuju dengan kata-kata Qalisya. Adriana sudah seperti kanak-kanak riang apabila Qalisya bersetuju untuk menemaninya. Laju sahaja kakinya melangkah ke bilik untuk bersiap.

"Wehh Adriana.. kau dah siap ke belum?" Tanya Qalisya setelah 30 minit menunggu. Dia awal-awal lagi sudah siap berpakaian. Haihh lamanya bersiap Adriana ni. Kalah artis mahu berkahwin. Inilah salah satu sebab kenapa Qalisya malas hendak keluar. Sebab kena tunggu si Adriana ni bersiap lah. Sementara menunggu Adriana bersiap, sempat lagi Adriana melihat dirinya di cermin besar yang diletakkan di ruang tamu. Dengan sedikit solekkan, bertambah berseri wajah Qalisya yang sememangnya sudah cantik itu. Qalisya hanya memakai dress hitam paras lutut. Baju yang selalu dipakainya untuk ke majlis-majlis besar.

"Ee bising lah kau ni.. baru 30 minit je kau dah kecoh macam tunggu 30 jam." Qalisya ketawa apabila melihat wajah Adriana yang tidak berpuas hati dengannya. Macam mak nenek pun ada. Sambil memperbetulkan rambut, Adriana terus berjalan ke arah Qalisya yang berada di ruang tamu itu. Tangan Qalisya dicapai. Mereka berlalu keluar selepas mengunci pintu rumah.

______________________________________________

Melihat sahaja kereta-kereta yang diparkir di luar kawasan rumah itu telah menunjukkan betapa besarnya majlis tersebut. Mesti ramai tetamu yang dijemput oleh Sally. Timbul rasa segan, malu dan takut untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Kesemua kereta yang diparkir disitu adalah kereta mewah sahaja. Rasanya kereta Qalisya yang paling murah harganya. Kereta Myvi yang sudah berapa tahun dipakainya.

"Wehh kau tak rasa takut ke Adriana?" Tanya Qalisya apabila melihat Adriana dengan cepat hendak membuka pintu kereta. Terus sahaja dia memegang tangan Adriana untuk menghalang kawannya itu keluar.

"Asal ? Kau takut ke ? Kau nk takut apanyaa ? Kau sendiri yang beritahu aku, kan. Kita pergi makan je. Lepas makan kita balik lah.. dah dah, jom masuk. Perut aku dah mula menyanyi ni. " Jawab Adriana sambil mengusap-usap perutnya. Entah kenapa hati Qalisya tidak sedap semenjak dari rumah tadi. Harap harap tiada yang tidak diingini berlaku.

"Adriana! Qalisya ! Jom masukk.. come and join us!" Sally berjalan menuju ke arah mereka yang masih tercegat di hadapan pintu rumahnya.

"Happy birthday Sally. Stay pretty okeyy" kata Qalisya dan Adriana kepada Sally sambil berpelukkan. Sempat juga mereka menyerahkan hadiah yang mereka beli petang semalam selepas pulang dari tempat kerja.

"Ohh thank you guyss.. will love it for sure. Dah, jom masuk. We enjoy okey. My daddy and my mommy tak ada ni. So we can do whatever we want. Best kan ? "

Best ? Fuhh kalau aku la. Jangan harap boleh bawa kawan-kawan masuk bila orang tua tiada di rumah. Lagi-lagi bila buat jamuan sebegini. Mau kena sembelih dengan mak aku kalau sesuka hati buat macam ni. Qalisya berbisik sendiri.

Begitu ramai yang hadir malam itu namun itu bukanla masalah bagi mereka. Tanpa menghiraukan orang lain, mereka terus menikmati semua makanan yang lazat dan enak yang disediakan. Sambil menikmati makanan tersebut, sempat Qalisya melihat sekelilingnya. YaAllah besar sungguh rumah si Sally ni. Rasanya ruang tamunya sahaja sudah sebesar sebiji rumahnya di kampung. Itu baru ruang tamu, belum lagi ruang makan, dapur dan bilik-bilik yang ada. Tiba-tiba matanya terhenti kepada seseorang.

Tengku Adam Iskandar !

Dia sedang memerhati Qalisya dari jauh tetapi rasa dekat kepada Qalisya. Aduh... Qalisya.. kenapalah kau tak ingat yang Adam tu buah hati Sally ? confirm la dia ada malam ni. Malam ni kan malam istimewa buat Sally. Qalisya.. Qalisya..macam mana la kau boleh lupa ? Mahu sahaja dia menepuk dahinya.. eee geramm...

Qalisya cuba bersikap tenang apabila pandangannya sesekali dialihkan kepada Adam. Sebenarnya Qalisya agak risau kerana Adam masih memandangnya dari tempat yang sama dengan pandangan yang Qalisya langsung tidak mengerti. Apa yang aku perlu buat ni ?

"Weh Adriana.. aku nak ke toilet jap eh. Kau tunggu aku dekat sini tauu.. jangan nak kemana-mana pulak." Tanpa menoleh kepadanya, Adriana cuma mengangguk. Makanan di atas pinggannya lebih bermakna dari orang sekelilingnya..cehh.. Adriana.. Adriana..kau kalau bab makan memang nombor satu eh.

"Ermm tandas di mana ya?" Disebabkan Sally langsung tidak kelihatan, Qalisya terus bertanya kepada seorang wanita yang sedang duduk di tepi piano. Jari wanita itu ditujukan ke arah atas. Haihh, apasal pula tandas dekat atas ni ? Dekat bawah kemain besar lagi ruangnya tak kan tak ada tandas. Nak tak nak terpaksa juga lah Qalisya menaiki tangga ke atas.

Sempat lagi dikerlingnya ke tempat Adam berdiri tadi. Tiada. Entah mana pula la dia menghilang. Tidak nampak langsung kelibatnya. Mungkin dia dah balik kut ? Monolog Qalisya sendiri. Lega sedikit hati Qalisya. Dia menaiki tangga menuju ke atas sambil matanya memerhati keadaan sekeliling. Takut sekiranya Adam tiba-tiba muncul dihadapannya.

Tandas yang dimaksudkan itu terletak di dalam salah satu bilik di tingkat atas. Gelap sahaja bilik tersebut. Cuma cahaya dari luar yang menerangi bilik tersebut. Segera Qalisya menutup kembali pintu bilik untuk menuju ke tandas. Entah bilik siapalah yang dua melangkah masuk itu. Belum sempat Qalisya masuk, dia terdengar bunyi pintu dibuka dari luar. Kalut sahaja dia menoleh ke belakang untuk melihatnya.

"Bu... buat apa kat sini?" Tanya Qalisya dengan suara yang tergetar-getar. Terasa lembik lututnya apabila berhadapan dengan Adam. Adam mengekori Qalisya dari bawah tadi. Dia menutup kembali pintu bilik dan perbuatan itu lagi menambahkan ketakutan Qalisya. Adam juga turut menguncinya. Laju Qalisya melangkah menuju ke tandas tetapi belum sempat dia menutup pintu tandas. Tangannya yang putih mulus itu ditarik oleh Adam.

"I tak sangka dapat jumpa you lagi..why you run away from me hurm ? Am i doing something wrong to you ? Why you macam takut-takut je bila nampak i ?" Tangan Adam masih kuat memegang tangan Qalisya sambil sebelah tangannya membelai pipi lembut Qalisya. Kini barulah Qalisya sedar yang Adam masih mengingatinya. Jika benar Adam mengingatinya, bermakna dia juga mesti ingat akan peristiwa tempoh hari.

" You know what.. you semakin cantik Qalisya.. sememangnya cantik.." bisik Adam di telinganya membuatkan Qalisya semakin kecut. Dasar anak orang kaya mata keranjang. Gatal je tahu. Entah berapa ramailah perempuan yang dibelai sebegini selain aku, marah Qalisya sendiri.

"To..tolong la Adam..lepaskan Qalisya.. please..." Qalisya berharap agar Adam lembut hati untuk melepaskannya jika dia memujuk sebegini. Ketika itu juga, ingatannya terus teringat akan hari yang dia hampir menjadi mangsa rogol. Entah kenapa tiba-tiba Adam melepaskan Qalisya dan berlalu dari situ selepaa mendapat panggilan telefon. Dia meninggalkan Qalisya keseorangan di dalam bilik itu.

"Qalisya.. Qalisya..jodoh kita memang kuat kan. I betul-betul tak sangka dapat berjumpa dengan you lagi. You know what, i just nak bagitahu you yang you kena ikut cakap i sebab..." Adam membiarkan ayatnya tergantung sambil matanya tajam memandang Qalisya. Terasa hembusan nafas masing-masing apabila wajah mereka semakin merapat.

"Sebab... I ada simpan gambar-gambar you tanpa seurat benang. Gambar yang selalu menemani i sepanjang malam. Gambar yang membuatkan i termimpikan you. Termimpikan tubuh badan you yang sememangnya cantik dan sempurna tanpa sebarang cacat cela itu, Qalisya. You tak ingat ke masa i tangkap gambar you dekat dalam bilik hotel hari tu?"

Sungguh Qalisya amat terkejut mendengar kata-kata Adam itu. Gambar aku ? Tanpa seurat benang ? Memang dia ada melihat camera yang diletakkan dia bucu katil tempat dia dibaringkan tempoh hari. Tetapi dia langsung tak ingat apa yang jadi selepas itu. Yang dia tahu, sedar-sedar ja Adam sedang memandangnya sambil bercakap dengan seseorang melalui telefon.

Dia pula elok terbaring atas tilam yang empuk. Tubuhnya pula hanya dibaluti selimut semata-mata. Sungguh dia tidak terdaya ketika itu. Mungkin disebabkan ubat yang diberikan kepadanya terlalu kuat. Qalisya tidak dapat menahan air mata daripada mengalir. Sangat susah buat dirinya untuk bernafas ketika itu. Apa aku harus buat ? Tak terdaya Qalisya untuk memikirkannya. Buntu fikirannya bagaimana ingin melarikan diri. Dirasakan hanya jasadnya yang tinggal. Rohnya sudah melayang entah ke mana.

"A..apa yang you nak daripada I sebenarnya ? You nak buat apa dengan gambar-gambar tu ? Tolonglah Adam.. jangan benarkan orang lain melihatnya.." rayu Qalisya kepada Adam. Dia memberanikan diri untuk melihat ke dalam anak mata Adam untuk mendapatkan simpati daripada lelaki itu. Air matanya mengalir dengan deras. Ini sahaja yang dapat difikirkan buat masa ini. Dia harus mengumpul keberanian untuk bertanyakan kepada Adam.

" Qalisya.. for your information, I memang tak suka berkongsi apa sahaja yang I suka dengan orang lain termasuklah you. You seperti barang yang I sayang. So, don't worry my dear sebab I tak pernah tunjukkan gambar-gambar tu kepada orang lain kecuali diri i sendiri. But , I takkan teragak-agak untuk mengedarkan gambar you if I dapat tahu yang you ingkar arahan I. You ingat tu, Qalisya!?" Tegas suara Adam kedengaran sambil tangannya menyapu air mata Qalisya yang tidak berhenti mengalir. Qalisya hanya mampu mengangguk lemah. Apa lagi pilihan yang dia ada selain bersetuju dengan syarat yang dikenakan itu ? Bertambahlah masalah Qalisya selepas ini.

Tertutup niat Qalisya ingin ke tandas tadi. Kata-kata Adam masih terngiang-ngiang di dalam fikirannya. Sempat lagi Adam mengucup bibir Qalisya sebelum dia disuruh turun.

" Ini baru ciuman di bibir, I want more dear but not now. I will wait for that moment.." seram sejuk Qalisya mendengar kata Adam itu. Dia terus berlari keluar dari bilik itu tanpa menoleh ke belakang lagi.

Adam terpaksa menahan nafsunya. Kalau nak di ikutkan hatinya tadi, mahu sahaja dia meratah tubuh Qalisya di situ juga. Tetapi Qalisya bukan teman tidurnya malam ini. Dia sudah mendapat seseorang yang akan melayan nafsunya. Begitulah rutin sosial Adam semenjak pulang dari United Kingdom dulu. Setiap malam pasti ada sahaja perempuan yang datang menyerah diri mereka untuk Adam. Tak pernah sekalipun Adam susahkan diri untuk mencari atau merayau-rayau semata-mata ingin mencari perempuan untuk menemaninya sehingga ke bilik tidur. Mereka sendiri yang rela diperlukan sebegitu.

Qalisya tidak dapat melelapkan matanya selepas mendapat ugutan daripada Adam. Kata-kata Adam masih berlegar-legar dalam kotak fikirannya. Apa yang dia akan buat dekat aku selepas ini ? Kecut perutnya apabila teringat akan kata-kata Adam.

" I want more than that..."

Arghhh..serabutnyaa...apalah yang akan jadi dekat diri aku selepas ini..

Continue..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience