chapter 13

Romance Series 8917

Adam mencampakkan semua gambar yang baru dilihatnya itu. Gambar-gambar Qalisya yang telah diserahkam kepadanya petang tadi oleh orang suruhannya. Adam telah menyuruh pengikutnya memerhatikan Qalisya dengan bertujuan untuk menjaga keselamatannya. Tetapi lain pula yang terjadi.

Adam sememangnya tidak suka apabila melihat "benda" miliknya dipegang oleh orang lain. Oleh itu, apabila melihat gambar Qalisya dengan seorang lelaki sedang gembira makan bersama-sama, gambar pipi Qalisya dipegang oleh lelaki tersebut dan gambar Qalisya ketawa mendengar lelaki itu bercerita membuatkan hati Adam bertambah sakit.

Mana mungkin dia akan membenarkan orang lain menyentuh Qalisya. Qalisya ialah miliknya seorang. Adam tidak menunggu lama untuk menghantar mesej kepada Qalisya. Hatinya memang sedang panas.

Dia sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku antara Qalisya dan juga lelaki tersebut. Ada kesan kotoran di pipi Qalisya yang membuatkan Zaidi membantu Qalisya membersihkannya. Tiada apa-apa yang terjadi antara mereka seperti yang disangka oleh Adam.

Qalisya, get ready now. I'll come pick you up in thirty minutes - Adam

Sementara itu, Qalisya membuka mesej yang baru dihantar oleh Adam.

Aduh, takkan dah balik si Adam ni ? Huwa datang balik masalah dengan Adam ni. Macam tahu-tahu je yang aku ada dekat rumah sekarang ni. Apa lagi la yang dia ni nak ? Ishh menyusahkan betul la. Aku nak hidup aman damai pun susah. Membebel Qalisya sendirian.

Walaupun malas hendak bersiap untuk berjumpa Adam, Qalisya terpaksa juga mengikut arahan Adam. Dia hanya mengenakan seluar jean dan baby tee. Simple dan cepat.

Setelah tiga puluh minit berlalu, kedengaran bunyi deruman kenderaan di hadapan rumahnya. Qalisya terus mengambil kunci pintu lalu mengunci pintu rumahnya. Memandangkan hari ni hari minggu, teman serumah Qalisya masing-masing keluar bersama-sama pasangan mereka. Ke mana mereka pergi, Qalisya sendiri tidak tahu.

Tutup sahaja pintu kereta, Adam terus menghidupkan enjin dan memandu. Qalisya perasan yang Adam tidak seperti biasa. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Adam sejak dia memasuki kereta tadi. Risau juga Qalisya dengan sikap Adam. Macam ada sesuatu yang membuatkan lelaki itu marah. Takut Qalisya melihat raut wajah Adam ketika itu.

Kalau nak diikutkan hati, mahu sahaja dia melompat turun dari kereta. Adam masih lagi menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya. Kecut perut Qalisya apabila Adam menekan minyak kereta dan kereta semakin meluncur laju. Nafasnya seakan terhenti. Sungguh dia takut ketika itu.

Adam membelok dan memasuki kawasan kondonya membuatkan Qalisya tidak senang duduk. Ditambah lagi apabila Adam menyuruhnya keluar dari kereta dengan suara yang amat tegas. Adam mencengkam tangan Qalisya untuk mengikutnya. Sakit tangn Qalisya apabila Adam memegangnya dengan kuat.

"Adam..sakit...tolong le..lepaskan.." rayu Qalisya apabila pegangan tangan Adam semakin kuat dirasakan. Adam tidak mengendahkan rayuan Qalisya tetapi terus menarik Qalisya sehingga sampai di hadapan pintu rumahnya. Dia ditolak masuk sejurus selepas pintu dibuka.

Tubuh badan Qalisya yang kecil membuatkan dia tidak dapat mengimbangi badannya apabila ditolak dengan kasar oleh Adam. Terasa sakit di bahagian belakang badannya kerana terkena bucu meja. Adam terus mengunci pintu dan menuju ke arah Qalisya. Dia yang masih menahan sakit cuba mengundur menjauhi Adam.

Perasaan takut menutupi kesakitan yang dia sedang rasakan sekarang ini. Dia memang takut untuk melihat Adam lebih-lebih lagi dengan muka Adam yang sememangnya sedang menahan amarah. Apa yang dimarahnya, Qalisya pun tidak tahu. Dia cuba menjauhi Adam, tetapi belum sempat Qalisya melangkah, Adam terlebih dahulu menangkap pinggang Qalisya.

"Aa..adam.. tolong jangan buat Qalisya macam ni..tolong, Adam.." Qalisya merayu sambil air matanya laju keluar membasahi pipinya. Sekali lagi dia merasa amat takut sehingga menggigil tubuhnya. Dia tidak tahu kenapa Adam boleh bersikap ganas begini kerana sebelum ini Adam memang terlalu romantik apabila dengannya. Apa salah yang telah dilakukannya, dia sendiri tidak tahu. Puas dia fikirkan salah apa yang dia telah buat terhadap Adam. Tiada rasanya..

Adam sudah memusingkan badan Qalisya menghadapnya. Tangan kiri Adam masih lagi memeluk pinggang Qalisya untuk rapat dengannya. Tangan kanannya pula memegang muka Qalisya supaya Qalisya memandangnya. Pipi Qalisya dicengkam kuat olehnya. Qalisya sungguh takut ketika itu. Terasa dunianya semakin gelap. Ya Allah.. kuatkanlah aku, doa Qalisya di dalam hati.

"Look at me, Qalisya !!"...

Continue..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience