chapter 6

Romance Series 8917

Adam sendiri tidak tahu kenapa dia boleh mempelawa Qalisya untuk tinggal di rumahnya. Tidak pernah sekalipun dia mengajak mana-mana perempuan untuk tinggal di situ. Perempuan yang ditidurinya cuma diperlukan untuk menemaninya pada waktu malam sahaja. Entah berapa ramai perempuan yang dia telah bawa balik pun dia tahu. Nama mereka juga langsung tidak diingatinya.

Qalisya mengalihkan wajahnya dari terus dijamah oleh tangan sasa Adam.

"Err Adam, kalau dalam masa terdekat ni Qalisya dapat cari rumah sewa, Qalisya pindah sana ya. Harap Adam faham. Sebab nanti kalau family Qalisya datang KL, tak ada la Qalisya kena susah-susah nak jelaskan dekat diorang. Nanti mesti mak tertanya-tanya macam mana kerja sebagai kerani boleh tinggal dekat kondo mewah macam tu. Adam faham kan ?

Adam memandang Qalisya lama. Akhirnya dia mengangguk setuju dengan pendapat Qalisya tadi. Entah dari mana datangnya idea bernas tu dia pun tak tahu. Boleh sesak nafas kalau dia terpaksa tinggal di rumah Adam nanti. Sesuka hati dia keluar masuk rumah tu. Nak hairan apa, dah rumah dia mestilah dia ada kunci. Aduh pening.. pening.. bisik Qalisya.

Adam mengeluarkan dompetnya dan menghulurkan beberapa keping duit seratus kepada Qalisya. Tangannya masih memegang duit tersebut.

"take this, dear. Buat belanja you."

Qalisya yang terkejut dengan tindakan Adam terus menolak tangan lelaki itu sambil menggelengkan kepala. Bagi duit nak buat apa ? Dah macam perempuan simpanan Qalisya rasakan sekarang ini.

"Adam simpan je la duit tu. Qalisya masih ada duit lagi. Lagipun bukan Qalisya ada buat apa-apa pun untuk Adam kan? " Baru sahaja dia hendak membuka pintu kereta, tangan Adam terlebih dahulu menghalangnya.

"Qalisya, bila I bagi sesuatu. Sila ambil. I paling tak suka bila I bagi sesuatu tapi ditolak. Are you sure that you don't do anything for me ? You tak ingat ke Qalisya sayang yang you dah teman I tidur semalam ? Ermmm.. tak ingat ?"

Seram sejuk Qalisya apabila Adam wajah Adam sangat hampir dengannya. Lebih menyeramkan lagi apabila mata Adam tajam menembusi anak matanya. Terasa malas hendak bertanya apa yang berlaku semalam. Bukannya dapat jawapan pun daripada lelaki ini. Duit di tangan Adam telah diletakkan di dalam genggaman Qalisya. Dengan segera Qalisya mengucapkam terima kasih dan membuka pintu kereta sambil berlalu masuk ke dalam rumahnya.

Pening kepala Qalisya memikirkan apa yang perlu dilakukan sekarang ini. Yang penting dia perlu segera mencari rumah sewa. Jangan buang masa lagi Qalisya. Masa itu emas buat kau, monolog Qalisya sendiri.

Nasib menyebelahi Qalisya apabila Syifa, teman sepejabatnya menelefon dan memberitahu bahawa teman serumahnya akan berpindah keluar hujung bulan ini. Ini bermakna Qalisya boleh berpindah masuk ke sana hujung bulan ini. Ada tiga bilik di rumah tersebut. Qalisya akan menyewa sebuah bilik di situ. Tidak dapat digambarkan perasaan Qalisya ketika itu. Dia sangat bersyukur apabila dapat bilik sewa dalam masa terdekat ini. Tak perlulah dia menumpang rumah Adam. Rasa selamat sedikit dirinya daripada buaya darat tu.

___________________________________________

"APAA ? dah dapat bilik sewa ?! Kat mana ?! Dengan siapa ?!" Tegas suara Adam di telefon. Tsk tsk..apa kena dengan si Adam ni ? Sakit telinga Qalisya mendengar suara Adam yang agak kasar dan kuat itu. Perasaan takut kepada Adam muncul kembali. Tapi kenapa pula dia nak marah ? Aku bukan isteri dia pun. Girlfriend pun bukan, perempuan simpanan ke ? Lagilah tak.

"Ya Tengku Adam Iskandar.. Qalisya dah dapat rumah sewa. Kejap lagi dah nak angkat barang-barang ke sana. Qalisya duduk dengan rakan sepejabat je. Rumah dia dekat area Bangsar." jelas Qalisya kepada Adam. Harap Adam tak membangkang dengan keputusanya itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia perlu menerangkan segala-galanya kepada Adam. Adam bukan suaminya pun.

"Lelaki ke perempuan?!" Terkejut Qalisya mendengar soalan itu. Ewah-ewahh dia ingat aku ni macam dia ke ? Dosa pahala tak ambil kesah langsung. Geram Qalisya apabila soalan begitu diajukan kepadanya. Ikutkan hati mahu sahaja dia memutuskan panggilan tersebut. Malas dia hendak melayan soalan-soalan bodoh Adam. Tiba-tiba datang idea bernas lagi dalam otak Qalisya.

"Tengku Adam, lori dah sampai. Saya nak angkat barang-barang buruk saya ni. Nanti kita berbual lagi ya." Sempat dia mendengar jeritan daripada Adam sebelum talian diputuskan. Lantak kau lah Adam. Penat aku nak layan kerenah kau. Kadang-kadang rasa macam aku ni perempuan simpanan kau pun ada. Entah apa yang membuatkan dia rapat dengan Adam, dia sendiri tidak tahu. Begitu juga dengan Adam, bukan tak ada perempuan yang tergedik-gedik dengannya. Tetapi dia sendiri hendak mempunyai hubungan rapat dengan Qalisya.

Sementara menunggu lori sampai, sempat lagi Qalisya membuat kira-kira untuk perbelanjaannya bulan depan. Banyak juga benda yang dia perlu beli. Semalam Qalisya baru sahaja menerima gajinya, tetapi sudah digunakan untuk membayar deposit bilik sewanya. Hendak bayar hutang tetap setiap bulan lagi.

Adam tidak senang duduk apabila mendapat tahu yang Qalisya akan berpindah hari ini. Selesakah dia dengan rumah baru ? Macam mana dengan persekitaran tempat baru tu ? Semua bermain-main di dalam fikiran Adam ketika itu. Tidak pernah Adam risau tentang mana-mana perempuan sebelum ini. Inilah kali pertama Adam betul-betul risau dan prihatin terhadap nasib seorang perempuan.

Qalisya...aku bukan milik kau. Tapi kau memang telah jadi milik aku. Dia sendiri yang memutuskan yang Qalisya telah menjadi miliknya. Tak ubah seperti barang kesayangannya. Jangan sesiapa berani sentuh "barang" aku. Itulah perangai Tengku Adam yang susah untuk dibuang. Kalau dia sudah suka pada sesuatu, dia akan pastikan benda itu akan menjadi miliknya seorang bukan milik orang lain. Apabila dia sudah bosan, barulah dia akan membuangnya. Memang ramai wanita yang berebut-rebut untuk mendampinginya. Tapi untuk menjadi wanita yang bertahta di hatinya sememangnya payah.

Kalau tidak difikirkam mengenai mesyuarat penting yang harus dipengerusikannya hari ini, sudah lama Adam menuju ke rumah Qalisya. Memandangkan mesyuarat kali ini melibatkan semua pemegang saham syarikat, terpaksalah dia melupakan hasratnya. Adam telah menelefon orang suruhannya untuk membantu Qalisya dan juga untuk memastikan Qalisya tidak dibantu oleh mana-mana lelaki. She is mine !! Anggap Adam terhadap Qalisya.

Qalisya, I dah suruh Raykal, orang I untuk tolong you. Like it or not, he will be there for helping you, my dear. Don't you dare to get any help from other guys. Kalau I tahu ada lelaki lain selain Raykal tolong you, you will regret it, Qalisya. I am deeply serious. ~Adam

Tergamam sebentar Qalisya apabila membaca mesej daripada Adam. Pertolongan yang berbaur ugutan. Nasiblah kawannya, Adrian tidak dapat membantu kerana terpaksa ke luar bandar atas urusan kerja. Ishh, apa kena dengan Adam ni ? Gila agaknya mamat ni. Aku bukan sesiapa pun kepada dia. Teman wanita pun tidak apatah lagi isteri. Peliklah perangai dia ni. Lama-lama aku yang gila. Aduhhh....

Continue..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience