chapter 4

Romance Series 8917

Seminggu sudah perkara tersebut berlalu. Qalisya berharap agar Adam telah melupakan apa yang berlaku antara mereka. Qalisya amat lega apabila sepanjang seminggu ini, tiada sebarang berita mahupun pesanan daripada Adam. Walaupun Qalisya sering terfikir tentang gambarnya yang ada di tangan Adam, dia berharap sangat yang Adam tidak akan menyebarkan gambar tersebut. Sungguh dia tidak sanggup membayangkan gambarnya tanpa seurat benang dibelek oleh orang lain.

Tiba-tiba kedengaran bunyi bip menandakan pesanan ringkas masuk. Terkejut Qalisya apabila nombor yang tertera di skrin itu bukan nombor yang dikenalinya. Dirinya mula gelabah. Aduh, Adam ke ni ? Tapi macam mana dia boleh dapat nombor aku ? Bukan dialah ni. Gumam Qalisya.

Hey my dear Qalisya, how are you today ? Seronok ke tu tak kena kacau selama seminggu ? Well, I was in London last week. Now, I am backk. I need you to accompany me tonight. I'm really really miss you dear. I'm sure that you miss me too.. My driver will pick you up at eight p.m. Don't forget to bring baju tidur kalau nak or else you can borrow mine. Me, of course I don't mind. ~ Adam

Nafas Qalisya seakan-akan terhenti apabila selesai membaca pesanan ringkas daripada Adam itu. Arghh apa patut aku buat ni ? Dah sah-sah la aku kena ikut cakap dia. Tak sanggup aku membiarkan orang lain melihat tubuh aku. Sakit kepala Qalisya memikirkannya. Entah apalah yang Adam akan lakukan kepadanya. Dia berharap Adam takkan mengapa-apakannya. Terus dia teringat keluargnya di kampung. Mereka masih memerlukannya.

Lebih memeningkan Qalisya apabila Adriana telah berpindah ke Johor dan bertugas di anak cawangan syarikat mereka bekerja. Pertukaran mengejut katanya. Seorang staf dari sana telah dibuang atas sebab tertentu. Adriana terpaksa mengambil alih tugasnya di sana. Tambahan pula ibu bapanya tinggal di sana. Boleh la dia berjimat. Dah tak perlu bayar sewa rumah.

Kini tinggallah Qalisya sendirian di Kuala Lumpur. Qalisya memang terpaksa berpindah kerana tidak mampu membayar sewa rumah yang sekarang terpaksa dia menanggung sendiri. Seminggu juga la Qalisya sibuk mencari rumah sewa dengan harga yang berpatutan. Tinggal sepuluh hari sahaja waktu yang tinggal untuk dia mencari rumah sewa kerana dia terpaksa keluar hujung bulan ini.

____________________________________________

Tepat pukul lapan malam, bunyi deruman kereta kedengaran di hadapan rumah. Sebuah kereta Lamborghini berwarna merah kelihatan. Aik ? Takkanlah Adam menyuruh pemandunya mengambil aku dengan kereta ni ? Bebel Qalisya sendiri. Ah biarlah, malas hendak memikirkannya. Terus dia mengunci pintu rumah dan berjalan menuju ks kereta. Setelah masuk dalam kereta, kelihatan Adam yang sedang memandu kereta tersebut dan bukannya pemandu seperti yang diberitahu tadi.

"Kata driver yang ambil?" Perlahan sahaja suara Qalisya apabila mata Adam tepat memandangnya. Adam sebenarnya terpegun dengan Qalisya. Walaupun Qalisya hanya mengenakan jean dan kemeja pendek, Qalisya kelihatan begitu menawan. Wajah Qalisya yang semakin cantik berbanding ketika di sekolah. Raut wajahnya juga tetap cantik walaupun tiada sebarang make up tebal. Qalisya yang hanya memakai sedikit gincu dan celak mata sudah cukup cantik pada pandangan Adam.

"Ermmmm" itu sahaja yang keluar dari mulut Adam. Selepas itu masing-masing membisu tanpa kata. Hanya kedengaran suara di radio sahaja bagi menghilangkan rasa sunyi.

Kereta itu membelok ke kawasan kondominium yang sungguh mewah. Memang cantik kawasannya apabila kereta menyusuri untuk ke tempat meletak kereta. Adam memarkirkan keretanya dan menuju ke lif berhampiran. Risau sungguh Qalisya jika betul Adam ingin membawanya ke rumahnya. Kakinya hanya mengikut setiap langkah Adam. Kalau boleh hendak sahaja dia larikan diri sekarang ini. Qalisya tetap mengekori Adam sehingga sampai di hadapan pintu rumahnya walaupun hatinya rasa tidak tenteram.

"Jom masuk dear.." Adam menarik tangan Qalisya apabila sedari yang Qalisya masih tegak berdiri di depan pintu rumahnya. Perasaan takut menyelubungi diri Qalisya sepenuhnya. Dengan rasa terpaksa dia melangkah masuk ke dalam rumah itu apabila melihat wajah Adam berubah. Takut juga jika perkara lebih buruk berlaku nanti.

Terpegun Qalisya melihat keadaan rumah Adam. Cantik dan sangat mewah. Itu sahaja yang terluah dalam hati apabila pertama kali menjejakkan kaki di rumah cantik begini. Semua perabot dan segala jenis barang yang ada dalam rumah itu mahal-mahal belaka. Kalau hendak dibandingkan perabot rumah Adam dengan rumahnya, memang jauh panggang dari api.

Dalam masa yang sama, Qalisya mengintai dan berharap ada orang lain di dalam rumah. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara dari belakangnya.

" Sekarang ni hanya ada I dengan you je dalam rumah ni. Tak ada sesiapa dah. My maid dah balik after kemaskan apa-apa yang patut and cook for us."

Qalisya berpaling ke belakang dan melihat Adam sedang memandangnya dengan senyuman yang sinis. Seram sejuk pula apabila melihat senyuman Adam tu. Macam-macam benda yang sedang bermain difikirannya sekarang ini. Tenang Qalisya, tenang.

Terasa kakinya kejang dan tidak dapat bergerak apabila Adam perlahan-lahan mendekatinya. Adam kemudian dengan beraninya menghimpit Qalisya terus ke dinding. Jantung Qalisya berdegup kencang disebabkan jarak mereka yang terlalu dekat. Qalisya bernasib baik apabila telefon bimbit kepunyaan Adam di atas meja berbunyi. Cepat-cepat Qalisya menolak tangan Adam dari tubuhnya. Dia memandang Qalisya dan berlalu ke meja untuk menjawab telefon.

Qalisya pula terus menuju ke ruang tamu dan duduk di atas sofa yang disediakan. Degupan jantungnya masih laju walaupun Adam tiada dekat dengannya. Apa harus aku buat ni ? Kalau aku cuba melarikan diri, pasti lagi teruk aku akan dikerjakan oleh Adam. Mana mungkin dia akan melepaskan aku begitu sahaja. Sedang Qalisya ralit berfikir, tiba-tiba terasa bahunya dipegang.

" Jom kita makan." ajak Adam dan berlalu ke meja makan. Qalisya cuma mengikut sahaja langkah Adam ke meja makan. Kebetulan dia sememangnya tengah kelaparan. Walaupun masih malu dan takut dengan Adam, perutnya juga memerlukan perhatiannya ketika ini. Dia mengambil makanan yang berada hampir dengannya tanpa menghiraukan Adam yang tengah memandangnya.

"Bo..boleh makan tak ni ?" tanya Qalisya apabila Adam hanya memandangnya tanpa sepatah kata. Adam mengangguk sambil tersenyum. Dia kemudiannya makan bersama-sama Qalisya

Selesai sahaja makan, Qalisya mengambil semua pinggan kotor dan dibawa ke singki untuk dibasuh. Adam meninggalkan Qalisya dan berlalu ke dalam bilik. Selesai sahaja mengemaskan meja makan, Qalisya berjalan menuju ke balkoni untuk menghirup udara malam yang segar apabila kelibat Adam tidak di ruang tamu. Terasa sungguh nyaman melihat keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam itu. Hampir sahaja dia terlupa yang dia masih berada di rumah Adam, lelaki yang hampir meratahi tubuhnya. Dan kini lelaki itu kembali dalam kehidupannya.

Terkejut Qalisya apabila tersedar yang Adam sedang memeluk pinggangnya dari belakang sambil meletakkan dagunya di bahu Qalisya. Kemas sahaja pelukkannya.

"Qalisya, i ada benda nak tanya you ni."

Qalisya cuba menolak tangan sasa Adam daripada terus memeluknya namun kudratnya tidak sekuat Adam malahan pelukan semakin dieratkan. Hati Qalisya semakin tidak tenteram.

" Do you have someone special ?" Belum sempay Qalisya menjawab, Adam terlebih dahulu membisikkan sesuatu kepadanya.

"If yes, please leave him. Because i don't like to share you with someone else. You are mine. Only mine.. do you understand that, Qalisya ?"

Apa lagi pilihan yang Qalisya ada selain mengangguk tanda faham ? Lagipun memang tiada sesiapa pun yang berada hatinya buat masa ini. Dapat dirasakan pipinya dicium lembut dan kemudianya pelukan dilepaskan. Tangannya ditarik untuk mengikut masuk ke dalam. Entah apa lah yang Adam ingin buat selepas ini. Harap-haraplah tidak seperti apa yang difikirkannya. YaAllah.. tolonglah...

Continue..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience