chapter 12

Romance Series 8918

Adam datang menjemput Qalisya tepat jam enam petang. Mereka terus menuju ke bengkel yang membaiki kereta Qalisya. Puas Qalisya menghalang Syifa dari mengikutnya namun Syifa tetap berkeras mahu mengikutinya hanya kerana mahu melihat jejaka handsome yang berjaya digoda oleh Qalisya. Berulang kali Qalisya menidakkan apa yang disangka oleh Syifa. Mereka tidak ada apa apa hubungan selain kawan.

"Tauke, total berapa ?" Tanya Qalisya kepada pemilik bengkel setelah diberitahu bahawa keretanya sudah siap dibaiki.

"Haiyaa, you tak perlu bayar.. itu lelaki sudah bayar untuk you, ma.." jawab pemilik bengkel itu seraya memuncungkan mulutnya ke arah Adam. Adam ketika itu sedang berbual di telefonnya tersenyum ke arah Qalisya. Sempat lagi dia kenyitkan matanya. Ciss miang betul.

Adam sememangnya mempunyai ciri-ciri lelaki idaman kebanyakkan wanita. Dengan ketinggian dan tubuh badan yang tegap, di samping segak dan bergaya. Lebih-lebih lagi lahir dari keluarga yang berada membuatkan Adam menjadi kegilaan ramai. Ramai perempuan di luar sana bersaing untuk berada berdamping dengannya. Qalisya juga serba sikit terpikat dengan Adam. Cuma apabila teringat tentang apa yang telah Adam lakukan kepadanya, Qalisya terpaksa membuang perasaan suka kepada Adam. Perasaan benci menular kembali dalam dirinya.

Adam tidak mahu menerima duit yang diberikan oleh Qalisya. Dia ikhlas untuk membayar semua itu. Ucapan terima kasih sahajalah yang mampu Qalisya berikan. Apa lagi yang Qalisya boleh berikan. Bagi Adam, setakat membayar empat ratus ringgit untuk membaiki kereta Qalisya apalah sangat. Tak luak sedikitpun duitnya.

Keesokkan harinya Qalisya menerima mesej daripada Adam. Adam akan pergi ke Jepun selama seminggu atas urusan kerja. Qalisya hairan dengan sikap Adam. Dia terpikir juga siapa sebenarnya dia dalam hidup Adam. Kenapa Adam perlu memberitahu semua ini kepadanya ? Malas Qalisya hendak memikirkannya. Makin difikir makin sakit kepalanya. Mesej yang diterima dibaca semula. Maknanya selama seminggu ni dia bebas hendak ke mana-mana tanpa khuatir yang Adam akan memaksa dia mengikutnya.

"Horeyyy bebasssss !!!" Jerit Qalisya dengan gembiranya. Nasib baik Syifa tiada di rumah. Kalau tak..mau terkejut Syifa mendengar Qalisya menjerit. Tsk tsk Qalisya.. Qalisya..baru bebas seminggu pun dah seronok.

___________________________________________

Zaidi yang bekerja di syarikat yang sama dengan Qalisya memang dari dahulu lagi meminati Qalisya cuma Qalisya sahaja yang buat-buat tidak faham. Zaidi memang memendam perasaan terhadap Qalisya sejak Qalisya bekerja di situ. Qalisya pula tidak mahu terlalu rapat dengan Zaidi. Ini kerana Qalisya cuma seorang kerani manakala Zaidi pula memegang jawatan sebagai penolong pengurus.

Selalu juga Zaidi mengajak Qalisya keluar makan bersama. Namun Qalisya sentiasa berusaha untuk mengelak. Cuma sejak kebelakangan ini Zaidi agak sibuk. Ini kerana Zaidi ditugaskan untuk mengurus projek di Sabah selama sebulan. Baru minggu ini Zaidi kembali bertugas. Setibanya Zaidi di pejabat, orang pertama yang dia ingin lihat semestinya Qalisya. Dia terlalu rindu untuk melihat wajah dan senyuman Qalisya.

"Selamat pagi Qalisya yang cantik dan manis." Qalisya yang ketika itu sedang membancuh air di pantri terkejut apabila Zaidi dengan tiba-tiba berdiri di belakang Qalisya. Terkejut Qalisya dengan kehadiran Zaidi.

"selamat pagi Encik Zaidi. Terlupa pula saya yang Encik Zaidi mula bekerja hari ni. Encik Zaidi nak saya buatkan air kopi atau milo?" Tanya Qalisya sambil tangannya mengambil cawan yang diletakkan di tepi mesin membancuh kopi.

"Buatkan saya kopi je la. Nanti tolong hantarkan kat bilik saya ya. Thanks." Gembira hatinya apabila dapat melihat wajah Qalisya. Baginya, Qalisya memang cantik orangnya. Zaidi berlalu menuju ke biliknya. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke pejabat. Banyak benda yang harus dia selesaikan dengan segera.

"Tok..tok..tok.." Qalisya mengetuk pintu bilik Zaidi dan berjalan masuk dengan membawa cawan yang berisi kopi panas. Dia meletakkannya di atas meja Zaidi. Baru sahaja dia ingin berlalu, Zaidi bersuara.

"Qalisya, tunggu dulu. Kalau harini awak temankan saya lunch boleh ? Jangan kata yang awak ada bawa bekal hari ni. Please..temankan saya ya. Bosan lah asyik makan sorang-sorang. Lagipun banyak benda yang saya nak cerita dekat Qalisya tentang Sabah."

Zaidi tahu yang Qalisya suka mendengar cerita-cerita sebegini. Itu sebabnya dia sengaja memberitahu Qalisya tentang keindahan Sabah. Qalisya jadi serba salah. Ikutkan hati memang malas hendak makan bersama Zaidi. Tetapi apabila dia melihat wajah Zaidi yang memang berharap dia setuju membuatkan dia rasa bersalah jika menghampakannya. Dan dia sebenarnya tidak sabar untuk mendengar cerita Zaidi mengenai Sabah. Mesti banyak tempat-tempat menarik di sana. Entah bila la dia dapat berjalan ke sana sini dengan gaji yang kecik ni.

"Hm memandangkan Encik Zaidi baru masuk kerja harini, saya temankanlah Encik Zaidi makan tengah hari tapi Encik Zaidi kena belanja saya makan. Boleh?" Akhirnya Qalisya bersetuju untuk makan bersama Zaidi.

" Kalau untuk Qalisya, bukan setakat lunch je saya boleh belanja. Dengan dinner sekali pun saya boleh belanja tau. Itu pun kalau Qalisya sudi laa." Tertawa Qalisya mendengar kata-kata Zaidi. Segera Qalisya keluar dari bilik Zaidi. Kang nanti lagi dilayan lagi menjadi-jadi si Zaidi ni.

Sebenarnya Qalisya ingin mengajak Syifa sekali tetapi memandangkan Syifa bercuti hari ni, terpaksalah Qalisya keluar dengan Zaidi sahaja. Waktu makan tengah hari, mereka bersama-sama menjamu selera di sebuah restoran berhampiran dengan tempat kerja mereja. Zaidi memang suka makan di situ. Lauk pauk di situ sedap-sedap belaka katanya.

Dalam keseronokkan mereka menjamu selera sambil berbual mesra, Qalisya tidak tahu yang dirinya sedang diperhatikan oleh seseorang. Seseorang yang dari tadi mengekori Qalisya kemana sahaja dia pergi..

Continue..

maaf kalau ada typo.. tksempat nk double check.. selamat membaca yaa >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience