chapter 1

Romance Series 8918

"Qalisya!! kau nak ikut tak aku malam ni pergi enjoy sikit?!" Adriana yang memang terkenal dengan suaranya yang lantang itu menjerit dari dapur. Tangannya sibuk membasuh pinggan yang berada di dalam singki.

"Kau nak pergi mana malam ni ? Pergi shopping ke ?" Qalisya yang sedang berehat di ruang tamu rumah mereka sambil membaca novel yang baru dibelinya semalam menjerit kembali kepada teman serumahnya itu.

"Ala asyik shopping aje.. ermmm apa kata kali ni kita pergi clubbing ? Nak tak malam ni... Aku ada member sorang ni. Dia selalu pergi clubbing kat satu club ni. Jom la Qalisya.. Teman aku.. Aku tahu kau tak biasa tempat-tempat macam tu. Tapi aku pun tak biasa dengan tempat-tempat macam tu. Nak juga la try sekali jejakkan kaki kat situ... pleaseeeee...."

" Adriana yang tadi berada di dapur segera menghampiri Qalisya. Apa lagi.. Sudah semestinya muka sedih yang ditunjukkan kepada Qalisya. Dia tahu Qalisya seorang yang mudah diraih simpati. Seperti yang dijangka. Akhirnya Qalisya bersetuju untuk menemani Adriana. Sebenarnya dia malas hendak mendengar pujuk rayu Adriana. Selagi dia tidak bersetuju, selagi itulah kawannya itu akan terus- menerus memujuknya.

Memang mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana kelab malam sebelum ini. Habis sahaja sekolah, Qalisya yang berasal dari kampung terus ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Disebabkan kenangan pahit yang dialaminya membuatkan dia tidak sabar untuk keluar dari kampung tersebut. Dia hanya berharap agar kenangan pahit itu dapat dipadam daripada ingatannya.

Lagipun dia perlu mencari duit untuk menyara keluarganya. Ayah Qalisya meninggal dunia ketika dia mahu mengambil peperiksaan tingkatan lima. Ayahnya meninggal disebabkan barah otak. Maka tinggallah Qalisya serta ibu dan dua orang adiknya yang masih bersekolah.

Pada mulanya Qalisya tidak mahu meneruskan persekolahannya apabila melihat kesusahan yang menimpa keluarganya tetapi apabila dipikirkan balik, dia perlu teruskan. Dia berharap akan mendapat kerja yang lebih baik jika memiliki Sijil Pelajaran Menengah. Niatnya untuk membantu ibu dan adik-adiknya yang masih bersekolah.

_________________________________________________

Kereta Mercedes Benz milik Sally sedang menuju ke tempat yang mereka akan pergi kejap lagi. Anak orang kaya rupa-rupanya Sally ni. Muda-muda lagi dapat memandu kereta sendiri. Kereta mahal pula tu. Kemewahan yang sememangnya jauh berbeza dengan Qalisya. Sally sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga kaya. Bagi Qalisya pula, walaupun tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya, dia tetap berbangga kerana memiliki keluarga yang sangat menyayangi antara satu sama lain.

"Sally." Sally memperkenalkan dirinya ketika mula-mula berjumpa tadi.

"Qasih Qalisya." Giliran Qalisya memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Adriana sekadar memerhatikan mereka.

Lebih kurang pukul sebelas malam, mereka sudah berada di hadapam kelab malam yang dinamakan Zouk. Adriana dan Qalisya masing-masing memakai jeans dan baby tee sahaja. Berlainan dengan Sally. Dia memakai dress merah singkat yang menampakkan bentuk badan sehingga boleh membuatkan orang ramai melihatnya. Dah la singkat, melekat dekat badan pula tu. Daripada gaya Sally, jelas yang dia langsung tidak kekok berkunjung ke tempat sebegini. Sudah semestinya dia tidak kekok kerana dia selalu ke sini bersama rakan-rakannya.

Masuk sahaja ke dalam kelab itu, kelihatan ramai manusia yang sedang leka dan alpa dengan dunia masing-masing. Ada yang sibuk menari dengan pasangan, ada yang sedang berbual-bual dan ada juga yang sedang bergembira sambil meneguk air yang entah halal atau tidak airnya.

Malah ada juga yang sibuk berpelukan. Tiada langsung rasa malu apabila berkeadaan seperti itu. Barulah Qalisya dan Adriana tahu keadaan sebenarnya di dalam kelab. Rasa rimas pun ada dengan bau asap rokok sana sini. Lagi-lagi dengan keadaan yang gelap dan hanya disinari dengan lampu yang malap. Samar-samar sahaja wajah pengunjung di situ.

"Wehh jom la menari.. bila lagi nak menari macam ni," ajak Adriana apabila melihat Sally begitu asyik menari di ruang yang disediakan.

Adriana cuba menyesuaikan dirinya. Badannya sudah mula bergerak-gerak mengikut rentak lagu yang dimainkan cuma masih ada lagi perasaan malu. Nasib baiklah Adriana dan Qalisya jenis mendengar lagu-lagu antarabangsa. Tahulah juga dengan lirik lagu yang dimainkan.

"Kau nak menari kau pergi lah, aku tunggu dekat sini.. tak payah risau la pasal aku.. aku bukan budak kecik lagi.. dah-dah.. pergi cepat"

Qalisya memang tidak tahu menari. Perasaan malu sejak kecik lagi. Tidak pernah seumur hidupnya menari lebih-lebih lagi di hadapan orang ramai. Sebab itulah dia tidak mahu menyertai Adriana menari.. Dia biarkan sahaja Adriana mengikuti Sally menari bersama-sama yang lain. Dia hanya duduk di situ sambil mulut berkumat-kamit mengikuti lagu yang di pasang.

Semakin lama semakin ramai pengunjung ke situ. Sesak juga keadaan disitu. Sedang Qalisya ralit memerhati kawan-kawannya menari, ada seseorang yang berdiri sangat hampir dengannya. Terus dia menoleh ke belakang dan dia sungguh terkejut apabila memandang raut wajah tersebut. Wajah yang dia ingin hapuskan dari ingatannya muncul kembali. Darah bagaikan tidak mengalir ke seluruh badannya. Kenapa dia? kenapa wajah ini muncul kembali setelah bertahun lama dia cuba melupakan.? Kenapa ? Tidak, Qalisya.. mungkin itu pelanduk dua serupa... Tidak mungkin dia.. tidakkk.....

"Tengok je ke diorang menari? Kenapa tak join sekali? " Tanya lelaki tersebut kepada Qalisya.

Bukan Qalisya tidak perasan. Walaupun keadaan yang tidak seberapa jelas. Qalisya tahu yang mata lelaki tersebut tetap memanjang wajahnya. Belum sempat dia menjawab pertanyaan itu, Sally dan Adriana kelihatan menuju ke arah mereka. Lega terus hatinya. Rasa macam hampir kehilangan nyawa ja. Dia masih berharap agar lelaki di hadapannya itu bukan lelaki yang sama yang sedang bermain di dalam fikirannya.

Sally yang sudah tiba di tempat mereka terus mendakap lelaki tersebut tanpa ada sedikitpun perasaan segan. "Hai babe.. kenapa lambat sampai ni? Lama tau i tunggu you datang, sampai penat i menari..." Ohh sorry girlss. Lupa nak kenalkan. Ini Adam Iskandar, teman i yang paling istimewa. Opss sorry, Tengku Adam Iskandar. Ini kawan i, Adriana and ni housemate dia, Qalisya."

Betullah sangkaan Qalisya. Itu lelaki yang sama. Jantungnya kembali berdegup kencang apabila Adam menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Pandangan Adam ketika bersalaman dengan Qalisya membuatkan Qalisya rasa seperti seorang pesalah. Seperti ada aliran elektrik pada tangannya yang dialirkan kepada Qalisya. Adam sepatutnya rasa bersalah sebab pernah melakukan sesuatu terhadanya. Tetapi apabila dilihat dari segi gaya dan perwatakannya, mesti sudah ramai perempuan yang telah dirosakkan termasuklah Sally ni. Rapat semacam je diorang ni, monolog Qalisya sendiri..

continue..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience