BAB 8

Romance Completed 12854

Tengah hari itu,Adam memberanikan diri mengetuk pintu yang terpampang jawatan CEO didepannya.
“masuk..”Perlahan Adam membuka pintu lalu tersenyum manis.Zara yang sedang sibuk menyelak helaian kertas didalam fail segera memandang Adam.

“awak..jom lunch dengan saya?..”Zara memandang Adam pelik. ‘ada ada aje la mamat ni..’
“saya busy..awak pergilah lunch dulu..”balas Zara lalu kembali melihat kertas yang dihadapannya.
Adam mengambil tempat dihadapan Zara.

“awak kata kita dah kawan..tapi kenapa awak layan saya macam musuh aje?..”soal Adam.Nak tergelak rasanya apabila seorang kasanova yang amat terkenal dan selalu mencairkan hati wanita berkata-kata begitu.Namun demi senyuman Zara,Adam nekad merendahkan egonya.Tiba-iba Zara tergelak.

“ohh..maksudnya kalau saya busy dan tak boleh keluar lunch dengan awak..maksudnya saya memusuhi awak la ya?..”soal Zara dalam sisa gelaknya.Adam tersenyum lalu mengangguk.

“boleh la..hampir tepat la juga kenyataan awak tu..”balas Adam.Zara tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
“agak-agak kalau saya tolak juga ajakan awak tu..apa yang awak akan buat?..”

“erm..depend la.. sama ada saya duduk sini sampai awak setuju atau..saya call daddy awak cakap awak melakukan ketidak adilan kepada pekerja macam saya..”

“aik..macam tu pula?..berikan saya lima ketidak adilan saya tu..”

“first,awak tak jaga diri awak sebagai pekerja syarikat ni walaupun awak tu CEO..second,awak tak keluar lunch walaupun sekarang ni waktu lunch..third,awak dera saya sebab tak nak terima pelawaan saya..fourth…”

“dah..dah..okay..saya setuju untuk keluar lunch dengan awak..hisyy..sepatutnya awak dulu masuk bidang undang-undang tau tak?..banyak betul alasan yang awak boleh beri pada saya..”Akhirnya Zara menutup fail tersebut dan bangun dari kerusinya.Adam tersenyum menang.Akhirnya dia berjaya mengajak Zara untuk makan tengah hari bersamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience