BAB 16

Romance Completed 12847

Dua minggu kemudian…

Zara membuka matanya perlahan.Matanya dipejamkan semula akibat silau.Dia memandang sekeliling sebelum matanya tertacap pada susuk tubuh Adam yang sedang lena disisinya dengan beralaskan lengan.Zara sedaya upaya menyentuh lengan Adam walaupun keadaannya sangat lemah.Tangan kanannya masih berbalut.Hanya tangan kiri sahaja yang tidak berbalut namun tangannya itu dicucuk dengan jarum drip dan terdapat beberapa kesan luka.Selepas beberapa kali mencuba,akhirnya Zara berjaya menyentuh lengan Adam.Lelaki itu segera mengangkat kepalanya.

“Ya Allah!..awak dah sedar,Zara?..”soal Adam.Zara mengangguk perlahan.Adam meraup wajahnya dengan kedua-dua tangan sambil mengucapkan kesyukuran.Adam segera memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Zara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience