BAB 5

Romance Completed 12854

Mata Adam terpegun sejurus lampu garaj kereta itu dibuka.Liurnya ditelan.Pipinya ditampar sedikit untuk menyedarkan dirinya sendiri.Dihadapannya kini sebuah kereta yang amat diidam-idamkan iaitu McLaren 650S yang berwarna biru gelap.Adam melihat setiap penjuru kereta tersebut.Sesungguhnya kereta itu cukup sempurna dimatanya

.Tiba-tiba terdengar bunyi deruman enjin kereta memasuki perkarangan rumah.Adam pasti itu adalah kereta yang dinaiki oleh Zara.Kini dia sudah panik kerana Farid telah memaklumkan kepadanya bahawa tempat larangan dalam rumah tersebut adalah garaj kereta milik Zara.Tanpa berfikir panjang Adam segera mematikan lampu garaj tersebut dan tunduk menyorok disamping kereta McLaren biru milik Zara.

Buat masa ini ,hanya itu sahaja yang terlintas didalam kepalanya.Pintu garaj terbuka secara automatik dan kelihatan lampu kereta Jaguar merah milik Zara memancar ke dalam garaj.Selepas kereta tersebut terparkir elok,Zara mematikan enjin dan keluar dari perut kereta tersebut.Adam menjadi panik apabila Zara berjalan kearah tempat persembunyiannya untuk mementik suis lampu berdekatan.Bunyi tapak kaki Zara mula mendekat dan kemudian…

“argghhh!!..”jerit Zara namun Adam segera menutup mulutnya bimbang akan mengejutkan ibubapa Zara.Kini Zara sudah jatuh tertindih diatas jejaka itu.Mata Zara membulat melihat Adam tanda dia sedang marah manakala Adam sudah seperti dipukau menatap wajah Zara yang begitu dekat dengannya.Tiba-tiba pipi Adam terasa pijar.Pantas dia tersedar dari lamunannya.Adam dan Zara segera memperbetulkan kedudukan mereka.

“kenapa awak ada kat sini?!..”tengking Zara sejurus lampu dipentik.Adam hanya diam dan merenung wajah Zara.Zara merengus kegeraman.

“saya tanya awak ni..kenapa awak ada kat sini?..”soal Zara kasar namun Adam pelik apabila air mata Zara sudah bergenang. ‘eh..takkan la singa betina ni menangis kot semata-mata sebab aku masuk garaj dia..’hati Adam berkata-kata pelik.

“dah..baik awak pergi aje dari sini!..jangan sesekali dekat dengan saya mahupun garaj ni,faham?!..”tengking Zara sebelum beredar dari situ.Beberapa minit kemudian,kelihatan kelibat Farid berdiri dihadapan pintu garaj dengan wajah terkejut.

“Oh My God,Adam..kau masuk ke sini?!..and kau sentuh McLaren kesayangan Zara tu?..”soal Farid terkejut sambil menunding jari kearah tangan Adam yang elok terletak dibonet kereta tersebut.Adam pantas mengalihkan tangannya.
“Adam..you’re in big trouble..”ujar Farid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience