BAB 2

Romance Completed 12853

Kereta Jaguar F-Type Coupe berwarna merah berhenti tepat dihadapan lobi bangunan FZ Holdings tepat jam 8 pagi.Zara keluar dari perut keretanya dengan wajah serius.Kunci keretanya diserahkan kepada Fitri.

“I nak you parking perfectly..tak nak senget..”ujar Zara tegas sambil memandang wajah Fitri dari hujung matanya.Fitri mengangguk namun pandangannya masih tunduk ke lantai.Setiap pekerja di syarikat itu lebih gerunkan Cik Zara Rose mereka itu berbanding abangnya yang agak tegas namun masih boleh dibawa berbincang iaitu Tuan Farid Aryan.Zara berdiri dihadapan lif dikhaskan untuk VIP syarikat mereka sambil melihat jam tangannya.Lagi setengah jam jika abangnya masih tidak kelihatan,dia nekad untuk meneruskan mesyuarat tanpa pengarah baru mereka itu.

Kening Zara sudah terangkat dengan senyuman sinis menghiasi wajahnya.Hanya ini sahajalah cara untuk mengajar abangnya tentang pentingnya waktu.Walaupun dia berpangkat sebagai CEO disyarikat itu manakala abangnya lebih berkuasa dalam pentadbiran berbanding dirinya namun dia tidak kisah kerana daddy mereka telah memberinya kuasa untuk ‘mendidik’ abangnya itu dalam syarikat mereka.

Kereta yang dinaiki Farid dan Adam berhenti mengejut dihadapan lobi bangunan FZ Holdings tepat jam 8.28 pagi.Farid bagai cacing kepanasan apabila dia melihat kereta Zara sudah terparkir elok ditempat yang dikhaskan untuk CEO.Adam melihat kereta Jaguar merah itu dengan wajah teruja.

“ehh..daddy kau belikan kau kereta baru ke?..smartnya kereta kau..nampak garang and menawan..”komen Adam ketika berjalan beriringan dengan Farid.

“kepala kau!..itu kereta Zara la..aku manalah minat sangat kereta macam si Zara tu..and buat pengetahuan kau,itu kereta Zara kalau dia in hurry tapi kalau santai-santai dia akan pakai Audi A8 kesayangan dia kat rumah aku tu..bagi aku pula cukup la BMW kesayangan aku tu..”ujar Farid sambil tersenyum mengingatkan satu-satunya kereta BMW X6 putih miliknya hadiah dari daddy mereka ketika hari lahirnya yang ke-33 tahun.Adam hanya terangguk-angguk bagai burung belatuk.Walaupun dia telah menetap di Carlifornia selama 8 tahun dan telah membina kerjaya disana namun dia tidak bercita-cita untuk membelanjakan duitnya untuk memiliki kereta mewah seperti sahabatnya itu.Adam telah terbiasa dengan didikan keluarganya yang serba sederhana suatu ketika dahulu menyebabkan dia telah terbiasa untuk meneruskan hidup dalam kesederhanaan walaupun kini dia amat mampu untuk menikmati kemewahan dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience