BAB 22

Romance Completed 12854

Dua tahun kemudian..

“sayang..tengah buat apa tu?..”soal Adam seraya merangkul pinggang Zara dari belakang.

“ni..tengah hias bilik baby..”jawab Zara sambil meletakkan satu persatu anak patung kecil dirak yang terdapat dibilik bayi itu.Alhamdulillah,akhirnya mereka berdua bakal menimang cahaya mata selepas Zara mula pulih dan boleh berjalan seperti biasa.Berkat kesabaran Adam dalam membantu Zara menjalani fisioterapi,akhirnya isterinya itu telah sembuh sepenuhnya.Dan kini mereka akan menimang cahaya mata pertama mereka.

Bukan Zara tidak sanggup untuk mengandungkan anak Adam lebih awal,tetapi suaminya yang meminta agar dia diberi peluang untuk sembuh dahulu baru mereka merancang untuk mendapatkan zuriat.Sejak awal lagi doktor telah memberitahu Zara dan Adam bahawa Zara mempunyai kemungkinan untuk sembuh jika menjalani rawatan.Dan Alhamdulillah kini dia sudah dapat menjalani kehidupan normal seperti sedia kala.

Adam melekapkan telinganya ke perut Zara yang sudah sarat itu.
“assalamualaikum,anak papa macam mana hari ni?..nakal tak?..”soal Adam.Zara hanya tersenyum mendengar kata-kata suaminya.

“apa?..mama yang nakal?..”soal Adam seolah-olah mendengar jawapan dari bayi mereka.Dia segera memeluk tubuh Zara.
“baby kata mama nakal..betul ke?..”soal Adam sambil mengucup pipi Zara.

“eh..ye ke mama yang nakal?..bukan papa ke?..”soal Zara.Adam mengeratkan pelukannya dipinggang Zara.
“thanks sayang..”ucap Adam.
“kenapa pula?..”

“sebab you dah bahagiakan I selama ni..dan sudi mengandungkan anak I..”Zara tersenyum kepada suaminya itu.

“I yang sepatutnya ucapkan terima kasih pada you sebab you adalah suami yang terbaik dalam dunia ni sebab sudi terima I disaat I dalam keadaan yang tak sempurna.. dan you bantu I sehingga I kembali normal..itu bukanlah sesuatu yang mudah..I sangat-sangat hargai pengorbanan you menjaga I selama ni,my love..”

“dan terima kasih sangat-sangat sebab you sudi perbaiki semula kereta kesayangan I tu..”sambung Zara.
“ofcourse la..sebab kereta tu adalah kereta kesayangan I juga..I mula rapat dengan you sejak I naik kereta tu la..”balas Adam.Zara mengangguk sambil tersenyum.

“iyalah..I baru teringat..”

“and one more important thing yang you kena tahu adalah I love you damn so much,sayang..”

“I love you more,my love..”jawab Zara seraya mengucup pipi Adam.Akhirnya kebahagiaan berpihak kepada mereka berdua walaupun pelbagai dugaan terpaksa mereka tempuhi.Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience