BAB 19

Romance Completed 12847

Adam menolak kerusi roda Zara disekitar taman botani yang selalu dikunjungi mereka berdua suatu ketika dahulu.
“awak ingat tak tempat ni?..”soal Adam sebelum duduk dibangku yang terletak bersebelahan dengan kerusi roda Zara.Gadis itu hanya mengangguk lemah.

“ingat lagi masa tu saya nak kejar awak sebab awak cakap saya lembap,kan?..”soal Adam sambil tersenyum.Tiba-tiba wajah Zara berubah suram sebelum air mata gadis itu mengalir perlahan dipipi.

“Hey..kenapa menangis ni?..tak cantik tau kalau menangis..”pujuk Adam sambil mengusap air mata Zara.
“masa tu saya masih boleh berjalan,sekarang..sekelip mata segalanya hilang..saya dah tak boleh berlari macam dulu lagi..bahkan berdiri pun saya tak boleh..saya ni memang tak berguna,kan?..”ucap Zara dalam tangisannya.
“siapa cakap awak tak boleh berlari lagi?..”soal Adam sebelum dia berdiri dan melangkah ke belakang Zara.
“pegang kuat-kuat tau..”bisik Adam ditelinga Zara.

“ehh..awak nak buat apa ni?..”soal Zara gelabah.Adam hanya tersenyum sambil mengenyitkan matanya sebelah.
“satu..dua..tiga..”Adam segera berlari sambil menolak kerusi roda Zara.Gadis itu terjerit kecil apabila kerusi rodanya itu ditolak dengan laju.Beberapa minit kemudian,kedengaran bunyi tawa dari Zara.Adam turut tersenyum melihat Zara yang sudah tersenyum.Rindu rasanya untuk melihat senyuman diwajah kesayangannya itu.Sejak Zara mengalami kemalangan dan sedar dari komanya,kehidupan gadis itu hanya ditemani dengan air mata dan kesedihan.

Selepas hampir lima minit,akhirnya Adam memberhentikan lariannya.Lelaki itu menghela nafas panjang sambil tercungap-cungap disisi Zara.Gadis itu mengeluarkan tisu dan mengelap peluh didahi Adam sambil tersenyum.

“terima kasih sebab dah bantu saya untuk berlari semula..”ucap Zara ikhlas.Adam mengusap tangan Zara perlahan.
“saya sanggup buat apa saja asalkan dapat tengok awak tersenyum semula,Zara..”

“kenapa awak baik sangat dengan saya,Adam?..saya dah sakiti hati awak pun awak masih setia disisi saya walaupun saya bukanlah Zara yang dulu lagi..”soal Zara sambil merenung wajah Adam.

“sebab saya cintakan awak seikhlas hati saya..tak kiralah bagaimana pun keadaan awak,saya tetap akan terima awak dan mencintai awak seadanya..”luah Adam.

“tapi awak kena teruskan hidup awak,Adam..awak berhak untuk berumah tangga dan lalui apa yang orang lain lalui..awak tak boleh selamanya disisi saya macam ni..”

“ya..saya memang akan teruskan hidup saya dan berumah tangga..”Adam memberhentikan kata-katanya sebelum dia menyeluk poketnya.Sebentuk cincin dikeluarkan dari poketnya.

“tapi bersama awak,Zara..”sambung Adam.Air mata Zara mengalir perlahan.
“saya tak layak bersama awak,Adam..saya tak sempurna seperti orang lain..saya tak boleh beri kebahagiaan pada awak..”ucap Zara sayu.Adam tersenyum sambil mengusap pipi Zara.

“awak sendiri adalah kebahagiaan buat saya..bersama awak saja dah mampu buat saya sangat-sangat bahagia..saya hanya perlukan awak untuk mewarnai hari-hari saya sebab awak menyempurnakan saya..”ucap Adam ikhlas.

“sudi tak awak jadi isteri saya,Zara ?..izinkan saya untuk membahagiakan awak..”Adam melutut dihadapan Zara.Gadis itu menekup mulutnya dengan sebelah tangan.Air matanya mengalir deras.Sungguh dia tidak menyangka bahawa Adam sanggup melamarnya walaupun dia bukanlah insan yang sempurna seperti orang lain.Akhirnya Zara mengangguk.Adam mengucapkan rasa syukur sebelum menyarungkan cincin dijari manis Zara.Tangan gadis itu dikucupnya lembut.
“saya janji saya akan bahagiakan awak,Zara..”

“saya pun akan berusaha untuk bahagiakan awak..saya harap awak dapat bersabar untuk berdamping dengan saya,Adam..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience