BAB 14

Romance Completed 12854

“Awak..kenapa dengan awak ni?..buat apa awak ikut saya kalau awak nak diam macam ni je?..”soal Zara tidak puas hati sambil memandang Adam yang duduk dikerusi penonton.Sebentar lagi perlumbaan bakal bermula namun Adam langsung tidak memberikan kata-kata semangat seperti yang selalu lelaki itu berikan setiap kali mengikutinya ke trek perlumbaan.
“awak perlukan kata-kata semangat dari saya ke?..bukan ke saya ni bukan sesiapa pada awak?..”soal Adam tanpa memandang ke wajah Zara yang sudah tergamam mendengar kata-kata yang didengarinya itu.

“takkan awak dah dengar..”Zara mengumam perlahan.

“ya..saya dengar segala yang awak cakap pada daddy awak tadi,Zara..saya tak sangka bahawa selama ni saya langsung tak ada tempat dalam kehidupan awak ..sedangkan saya cintakan awak seikhlas hati walaupun saya tahu memang awak masih sukar untuk terima saya..tapi..awak sendiri cakap yang saya bukan sesiapa dalam hidup awak,Zara..”luah Adam dalam nada kecewa.

“Adam..bukan itu maksud saya..”

“no,Zara..awak tak perlu rasa bersalah dengan kata-kata awak..anyhow,itulah yang awak rasa selama ni..saya akan cuba terima kenyataan yang Daniel dan saya sangat-sangat tidak setanding..bahkan saya langsung tak dipandang oleh awak,Zara..”Zara memandang Adam dengan air mata yang sudah bergenang ditubir mata.Dia sedih mendengar kata-kata Adam itu tetapi dalam masa yang sama,dia sukar untuk menerima lelaki itu dalam hatinya.Entahlah,dia sangat buntu ketika ini.

“Zara..race dah nak start..better you get ready..”seorang kaki tangan bertugas menganggu perbualan Zara dan Adam.Dengan hati yang berat,Zara terpaksa meninggalkan Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience