BAB 20

Romance Completed 12854

Dengan sekali lafaz,Adam telah selamat menjadi suami yang sah kepada Zara.Keadaan Zara yang serba kekurangan itu tidak menjadi penghalang untuk mereka berdua mengadakan majlis yang meriah.Walaupun berkali-kali Zara membuat permintaan agar mereka mengadakan majlis akad nikah sahaja tanpa majlis resepsi namun Adam tetap berkeras dengan keputusannya untuk mengadakan majlis resepsi kerana katanya dia ingin memberitahu semua orang betapa dia sangat mencintai isterinya.Dia ingin Zara merasai majlis yang gilang gemilang seperti pasangan lain.Keadaan Zara bukanlah menjadi alas an untuk mereka berdua tidak dapat melaksanakan majlis perkahwinan impian mereka.

Majlis mereka tamat tepat jam lapan malam.Selepas meminta izin,Adam menolak kerusi roda Zara masuk ke bilik mereka.Seperti pasangan lain,Zara juga berasa gementar selepas bergelar isteri kepada Adam.Dia ragu-ragu dengan keputusannya untuk menikah dengan Adam.Lamunan Zara terganggu apabila tubuhnya terasa dicepung dan diletakkan diatas katil.Adam tersenyum kepada Zara sebelum dia duduk disisi isterinya.

“terima kasih sayang sebab sudi jadi isteri abang..”ucap Adam sambil mengusap kepala Zara penuh kasih.
“saya yang sepatutnya berterima kasih pada awak..”jawab Zara namun suaminya itu mengerutkan dahinya.
“awak?..”soal Adam.Zara hanya tersengih.

“boleh tak kalau saya tak panggil awak dengan gelaran abang?..sebab setiap kali saya dengar perkataan abang tu secara automatik saya akan terbayangkan muka abang ipar awak tu..”Adam tergelak mendengar kata-kata Zara itu.
“okay..tapi I tak nak you panggil I dengan panggilan nama..I pun teringin juga nak dipanggil dengan panggilan manja..honey ke,hubby ke..”jawab Adam.Kata ganti diri diantara mereka juga sudah berubah sejak dia bergelar suami kepada Zara.

“okay,my love..”jawab Zara manja.Adam membulatkan matanya.
“love?..really?..you really love me?..”soal Adam seakan-akan tidak percaya.Zara mengangguk perlahan walaupun malu-malu.Adam segera merangkul bahu Zara.

“boleh tak sayang cakap sekali je perkataan tu?..I really want to hear it from you,at least once..”
“I’m your wife,my love..memang dah jadi kewajipan saya untuk mencintai suami saya..so,I will tell you this everyday.. I love you,my love..”ucap Zara ikhlas.Adam merenung tepat ke anak mata isterinya itu untuk mencari keikhlasan dan memang jelas terpancar dimata itu apa yang dicarinya.

“I love you more,Zara..I love you damn so much since the first time I saw you..and will always love you..”balas Adam sebelum mengucup dahi Zara penuh syahdu.Tubuh isterinya itu dipeluk erat.Malam itu bermulalah fasa baru kehidupan mereka sebagai suami isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience