BAB 4

Romance Completed 12847

“so how’s your first day,Adam?..”soal Tan Sri Aariz kepada Adam sejurus jejaka itu duduk diruang tamu rumahnya.
“okay,uncle..by the way,uncle tak kisah ke saya tinggal disini buat sementara?..”soal Adam sopan.Tan Sri Aariz tergelak mendengar soalan Adam.

“Adam..Adam..kan dari dulu lagi kamu memang selalu tinggal disini bila cuti…jadi apa salahnya kalau kamu tinggal disini pun..uncle memang dah sediakan satu guest house untuk kamu..”jawab Tan Sri Aariz.Ya..sejak dulu lagi Farid dan Adam bersahabat.Mereka berkenalan ketika bersekolah di sekolah berasrama penuh.Adam mula rapat dengan keluarga Tan Sri Aariz apabila ibu bapanya meninggal dalam satu kemalangan jalan raya ketika Adam berusia 16 tahun.

“Auntie harap Adam sudilah nak tinggal dengan kami..rumah ni sunyi aje..si Farid tu memang selalu tak ada di rumah..keluar jumpa girlfriend dia..Zara pula asyik pergi litar aje..”ujar Puan Sri Zila.Adam mengerutkan dahinya.
“pergi litar?..”soal Adam.Tan Sri Aariz tergelak kecil.

“pelikkan?..hobi dia untuk hilangkan stress adalah pergi racing dekat litar..uncle pun tak tahu la ikut perangai siapa dia tu..dingin aje sifat dia tu..sebab tu sampai sekarang masih single..”ujar Tan Sri Aariz.Kening Adam sedikit terangkat apabila mendengar status Zara itu.Mana tidaknya.Zara pada pandangan matanya memang cukup menawan.Dengan rambut yang sedikit keperangan,gaya yang cukup elegen dan kedudukan serta pangkat yang tinggi.Siapa pun berimpian untuk berdamping dengan gadis sehebat itu.Kini syarikat mereka telah diserahkan sepenuhnya oleh Tan Sri Aariz untuk diuruskan oleh kedua-dua anaknya iaitu Zara dan Farid.Memang beruntung siapa yang dapat membuka pintu hati Zara kerana gadis itu adalah salah seorang CEO muda di Malaysia.Bukan mudah untuk seorang gadis memiliki tanggungjawab dan pangkat yang tinggi sebegitu.

“Adam..oh..Adam..”panggil Tan Sri Aariz sambil melambai dihadapan wajah Adam.Adam pantas tersedar dari lamunannya.
“ye uncle?..”ujar Adam sambil tersengih.

“mengelamun aje dia..ok la,Adam..dah malam ni..uncle masuk bilik dulu,ye..buatlah macam rumah sendiri..memang rumah Adam pun kan?..”ujar Tan Sri Aariz.Adam mengangguk.

“okay uncle..don’t worry..auntie dan uncle tidur aje dulu..good night..”ujar Adam kepada Tan Sri Aariz dan Puan Sri Zila ketika mereka sudah bangun dari duduk.Sejurus kelibat kedua-dua orang tua itu sudah tidak kelihatan.Adam mengatur langkah kearah garaj kereta yang terletak disebelah guest housenya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience