BAB 17

Romance Completed 12853

Adam membantu Zara untuk duduk dikatil namun tiba-tiba Zara memegang lengannya kuat.

“Adam,kenapa saya tak boleh rasa kaki saya?..”soal Zara terkejut.Adam hanya mendiamkan dirinya.Tidak sanggup rasanya dia untuk memberitahu keadaan sebenar kepada Zara.Selimut yang menutupi kaki diselak oleh Zara.Kakinya itu dipegang namun dia langsung tidak merasa sebarang sentuhan.Air matanya bergenang ditubir mata.

“Adam..kenapa dengan kaki saya?!..kenapa saya tak rasa apa-apa?..”soal Zara sebelum menepuk-nepuk kakinya.Adam segera menahan perbuatan Zara dengan memegang tangan gadis itu.Tubuh Zara dipeluknya erat.
“saya dah cacat,Adam..saya dah tak boleh berjalan,kan?..”soal Zara bersama esakkan.

“syyhh..jangan cakap macam tu..saya percaya awak akan sembuh suatu hari nanti Zara..”pujuk Adam sambil mengusap kepala Zara.

“tak..saya dah cacat..masa depan saya dah gelap,Adam..saya dah tak berguna lagi dalam dunia ni..sepatutnya saya mati je..”

“jangan cakap macam tu,sayang..saya sentiasa ada disisi awak,Zara..awak sangat berharga pada saya..kalau saya kehilangan awak,saya tak akan maafkan diri saya selamanya sebab tak dapat jaga awak..”

“saya dah cacat,Adam..saya dah hilang segala-galanya..”rintih Zara.Adam turut mengalirkan air matanya melihat keadaan Zara yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah kehilangan satu nikmatnya dalam sekelip mata.
“saya janji saya akan jaga awak,Zara..saya akan jaga awak sampai bila-bila..”ucap Adam ikhlas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience