BAB 10

Romance Completed 12847

Adam menutup matanya.Gerun pula rasanya apabila melihat Zara memandu dengan begitu laju seperti itu.Mujur mereka kini berada di litar,jika tidak entah berapa banyak saman sudah diterima oleh Zara kerana memandu dengan halaju seperti itu.

Zara terjerit kecil akibat teruja.

“waa..Adam seriously best sangat kalau bawa kereta high speed macam ni..”ujar Zara sambil terus menekan pedal minyak sehingga kereta itu semakin laju.Adam memegang dadanya.

“Zara..please..saya dah tak tahan lagi ni..awak nak bunuh saya ke?..tolonglah berhenti kat tepi..saya nak turun..”Zara tergelak mendengar kata-kata Adam namun dia berhenti juga selepas melihat peluh dingin mula memercik didahi lelaki itu.Sejurus kereta itu berhenti,Adam segera keluar dari perut kereta.Tak tahan rasanya untuk terus berada didalam kereta itu.Serik pula dia ingin mengikut Zara lagi ke litar itu.Zara mematikan enjin kereta lalu dia turut keluar dari kereta tersebut.

“apalah awak ni Adam..sama aje macam abang saya tu..penakut betul..abang Farid pun dulu pernah ikut saya datang sini..lepas tu terus dia tak nak ikut lagi..serik katanya..”

“ohh..patutlah si abang awak tu beria-ia suruh saya ikut awak..nak kenakan saya rupanya..memang serik pun..hisy..lain kali maaflah..saya memang tak berani ikut awak lagi..lelaki pun rasanya takut nak drive laju-laju macam awak ni..”Zara tergelak mendengar apa yang dikatakan oleh Adam.Mereka berdua duduk dibangku berdekatan dengan kereta McLaren biru itu.

“by the way,macam mana awak dapat skill untuk drift macam tu sekali?”Adam perasan wajah Zara berubah suram apabila dia bertanya begitu.

“maaf kalau soalan saya membuatkan awak sedih..”
“no..it’s okay..benda dah lama..saya belajar dari arwah tunang saya..dia dulu yang ajar saya pasal kereta..”
“boleh awak cerita sedikit pasal kereta ni? Dan tunang awa?..”Zara mengangguk perlahan.

“dulu saya berkenalan dengan Daniel sewaktu saya belajar di England..Pada masa tu,ada seorang kawan saya yang minat sangat dengan kereta sport.Masa tu kereta ini baru saja dilancarkan.Disebabkan dia tak ada teman untuk pergi ke majlis pelancaran kereta ni,dia ajak saya untuk turut serta.Kat sanalah saya terjumpa dengan Daniel.Mulanya saya pelik dengan dia yang terlalu taksub dengan kereta mewah.Bagi saya semua tu membazir sahaja.Suatu hari saya dan Daniel ditakdirkan berjumpa sebab kebetulan dia ternampak saya sedang menunggu bas di stesen bas.Bermula dari situlah kami mula berkenalan dan kami bercinta beberapa bulan selepas itu.Daniel pernah berjanji dengan saya bahawa dia akan berusaha untuk membeli kereta ini sebab katanya kereta inilah yang menjadi antara kenangan perkenalan kami..tapi..saya tak sangka kereta ini jugalah yang menjadi kenangan pahit dalam hidup saya..”Zara mula menitiskan air mata.Adam turut berasa sedih mendengar cerita itu.

“saya sangat sayangkan Daniel..dialah cinta pertama saya..tapi dia pergi meninggalkan saya menjelang hari pernikahan kami..saya hilang arah,Adam..saya kecewa sebab saya tak dapat nak bahagiakan dia sedangkan dia banyak berkorban untuk saya..bahkan dia sempat berpesan pada saya untuk jangan tangisi pemergian dia..tapi saya tak mampu,Adam..saya seorang perempuan yang lemah..saya tak mampu nak pendam kesedihan saya..”luah Zara dalam esakkan.Adam membawa Zara kedalam dakapannya.

“menangislah,Zara..kalau itu yang dapat menangkan hati awak saat ni..saya tahu awak terseksa menanggung kesedihan seorang diri selama ini..”Adam mengusap lengan Zara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience