BAB 12

Romance Completed 12854

Enam bulan kemudian..

Zara ketawa melihat Adam yang cuba untuk menyaingi langkahnya.

“Zara,please la jangan lari laju sangat..awak nak kejar siapa?..”soal Adam termengah-mengah.
“awak yang nak ikut saya jogging,kan?..so terima je la kalau saya tinggalkan awak..”jawab Zara selamba.
“masalahnya awak berlari tu dah mengalahkan marathon tahu tak?..”

“awak yang lembap..”balas Zara selamba.Adam menjengkelkan matanya.

“apa awak cakap?..”soal Adam kegeraman.Zara ketawa kecil sebelum dia segera menyelamatkan diri apabila Adam sudah mengejarnya.Setelah hampir setengah jam dia berlari,Zara memandang ke belakang.Dia tersenyum sendirian apabila kelibat Adam sudah tidak kelihatan.Namun apabila dia pusing ke hadapan,Adam sudah mendepakan tangannya.Zara sedaya upaya memberhentikan lariannya namun nasib tidak menyebelahinya apabila dia secara tidak sengaja tersepak batu.Zara memejamkan matanya apabila dia pasti bahawa dia dan Adam akan terjatuh bersama-sama.
Bukk..

Dua-dua manusia itu sudah terjatuh diatas rumput taman botani itu.Zara mengerutkan dahinya.Kakinya terasa pedih.Namun bukan kakinya sahaja yang pedih,kepalanya juga terasa pedih tetapi itu semua sudah tidak dapat difikirkannya ketika ini kerana dia sudah jatuh menghempap tubuh Adam.Zara segera memandang wajah Adam.Matanya membulat apabila melihat bibir lelaki itu sudah berdarah.

“Oh my gosh,Adam..bibir awak berdarah..”ujar Zara cemas sebelum dia segera duduk disisi Adam dan membantu lelaki itu untuk duduk.Adam mengerutkan dahinya.Kini baru terasa pedih dibahagian bibirnya.Zara segera mengeluarkan tisu dari beg kecilnya dan membasahkan sedikit dengan air sebelum menekap ke bahagian bibir Adam yang luka.

“kenapa awak berdiri depan saya macam tu?..tengok ni,dah luka dah bibir awak..tak pasal-pasal bibir awak luka sebab saya..”Zara sudah meluahkan rasa bimbangnya sambil menekap bibir Adam beberapa kali menggunakan tisu bagi mengurangkan pendarahan.Tindakannya terhenti apabila dia terpandang mata Adam yang galak merenungnya lama.
“kenapa awak pandang saya macam tu?..”soal Zara pelik.

“kalau macam ni layanan awak pada saya,setiap hari saya luka pun tak apa..”balas Adam.Zara hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.Tisu ditangannya itu segera diletakkan ke tangan Adam.

“dah..sila rawat luka awak tu sendiri..”ujar Zara sebelum dia memandang ke lututnya yang terasa pedih.Seluar sukan paras bawah lututnya itu ditarik sedikit.

“auch..lutut saya luka la..”ujar Zara sebelum dia membuka penutup botol airnya untuk mencuci darah yang mengalir dilututnya.Adam segera mengambil botol tersebut dari tangan Zara.

“awak nak buat apa ni?..saya boleh buat sendiri la..”ujar Zara yang kedengaran agak kasar.Adam memandang wajah Zara dengan perasaan pelik.Gadis itu hanya menundukkan wajahnya.

“salah ke kalau saya nak tolong awak?..”soal Adam lembut seakan-akan memujuk.Dia tahu,pasti ada sesuatu yang menyebabkan gadis itu berubah sebegitu sekali.

“ya,salah!..salah sangat!..”bentak Zara bersama air mata yang sudah mengalir deras.
“kenapa?..cuba awak beritahu saya apa sebab dia?..”soal Adam.

“sebab saya tak nak terpedaya dengan layanan awak,Adam..saya tahu awak macam mana,dan saya tak nak mungkir janji dengan Daniel..”balas Zara.Adam terdiam buat seketika untuk cuba mencerna apa yang dikatakan oleh Zara itu.Tiba-tiba dia memandang Zara dengan riak seakan-akan tidak percaya.

“awak sukakan saya?..”soal Adam.Zara hanya mendiamkan diri.Dia tidak mengangguk,jauh sekali untuk menggelengkan kepalanya.Air matanya dikesat kasar sebelum dia merampas botol air ditangan Adam dan mencurahkan air ke bahagian lukanya.Adam memegang tangan Zara.

“I’m asking you,Zara..awak sukakan saya ke?..”soal Adam sudah tidak dapat menahan rasa ingin tahu dalam dirinya.
“perlu ke saya jawab soalan awak,Adam?..”soal Zara seraya menarik tangannya dari terus dipegang oleh Adam.Zara segera bangun dari duduknya.Tak betah rasanya untuk terus diasak dengan soalan cepumas dari Adam.Zara melangkah terhencut-hencut memandangkan luka dikakinya masih terasa pedih.Tiba-tiba Adam menarik tangan Zara dan meletakkan ke bahunya.Tubuhnya direndahkan sedikit.
“awak nak buat apa ni?..”soal Zara pelik.

“kaki awak sakit kan?..”soalan Zara dibalas dengan soalan juga.
“cepatlah saya nak tolong awak..”sambung Adam.Nak tak nak,Zara terpaksa menerima bantuan Adam.Dalam sekelip mata,Adam sudah menggendongnya dibelakang lelaki itu.

“tak sangka awak ni ringan je rupanya..”ujar Adam sambil tersenyum.Pipi Zara sudah memerah.

“ada tak feeling-feeling macam cerita Korea?..”soal Adam.Zara merengus sebelum menepuk lengan Adam kuat.Namun dia segera merangkul leher Adam kuat apabila dia terasa tidak seimbang apabila lelaki itu seakan-akan ingin melepaskannya.Adam tersengih.Sengaja dia berpura-pura untuk menjatuhkan Zara.

“kan bagus kalau awak peluk saya macam ni..nak saya kendong awak macam ni setiap hari pun saya sanggup..”Zara segera merungkaikan rangkulannya dan meletakkan tangannya ke bahu Adam.

“awak ni tak boleh diam ke?..bising la..”Zara cuba menahan debarannya.Dia terasa sangat tidak selesa kerana berada dalam jarak yang terlalu rapat dengan lelaki itu.Adam hanya tersenyum.Kalau lelaki lain,pasti mereka sudah berasa tawar hati dengan kekasaran Zara itu tetapi dia sudah sangat arif dengan sifat Zara yang suka menutup rasa hatinya dengan menggunakan kekasaran.
“Zara..”panggil Adam lembut.
“hmm..”

“boleh tak awak tolong saya?..”soal Adam.

“tolong apa?..”soal Zara sudah tidak kasar seperti tadi.
“beri saya peluang untuk bahagiakan awak,walaupun saya tahu saya tak setanding Daniel..tapi boleh tak awak beri saya peluang?..”soal Adam.Zara terdiam mendengar permintaan Adam itu.
“saya..err..saya..”Zara teragak-agak untuk menjawab soalan Adam itu.

“tak apa..awak tak perlu beri saya jawapan sekarang..Cuma,saya sangat berharap agar awak berikan saya satu peluang je untuk mendekati dan cuba membahagiakan awak..”ujar Adam memotong kata-kata Zara.Gadis itu hanya mendiamkan diri.Dia juga tidak tahu apa yang patut dijawabnya kepada Adam.Dia selesa dengan lelaki itu tetapi dalam masa yang sama dia sukar untuk menerima permintaan lelaki itu walaupun hatinya berkata sebaliknya.Ahh..dia buntu dengan perasaannya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience