BAB 1

Romance Completed 12847

Adam menarik beg bagasinya dengan penuh gaya.Cermin mata hitamnya masih terletak elok dimatanya.Ahh..Adam,siapa yang tidak mengenalinya pasti akan terus cair melihat senyuman menawannya itu.Sesuailah dengan gelarannya.Play buaya darat edisi first class.Mana tidaknya,dia cukup berjaya dalam kerjanya dan hidupnya serba sempurna tanpa bantuan dari ibu bapanya.Bagi Adam,dia cukup bahagia dengan kehidupannya.Adam melambaikan tangannya kepada Farid,sahabat lamanya.Cermin mata hitam ditanggalkan dan diselitkan dibeg sandang miliknya.

“hey bro!..lamanya tak jumpa..”ujar Adam sejurus melihat sahabatnya itu.Farid tergelak mendengar apa yang dikatakan oleh Adam itu mana tidaknya sebulan yang lalu Farid baru sahaja melawat sahabatnya itu di Carlifornia.

“jangan nak propa sangat boleh tak weh?..”soal Farid dengan senyuman sinis yang menghiasi wajahnya.Farid menggelengkan kepalanya apabila tumpuan Adam kini sudah beralih kearah sekumpulan pramugari muda yang sedang menarik bagasi mereka sambil berjalan penuh lenggok.Adam menghadiahkan senyuman paling menawan buat mereka menyebabkan mereka saling tertawa manja.Farid sudah muak dengan perangai kasanova milik sahabatnya itu.

“aku bagi masa lima minit..kalau kau tak ikut aku,aku blah aje..sekejap lagi aku ade meeting..and kau tahukan adik aku tu tegas macam mana?..tak padan perempuan,perangai macam singa kelaparan..”ujar Farid sambil memperbetulkan kot miliknya.Adam kembali memandang wajah Farid.

“so,aku ni bakal jadi Chief Engineer kat syarikat kau kan?..”soal Adam seperti kanak-kanak membuatkan Farid terasa seperti hendak meluku kepala Adam. ‘Harap belajar aje tinggi tapi apa punya soalan la yang dia tanya ni..’hati Farid mengutuk sahabatnya itu.

“maafkan saya,Tuan Farid..Tuan Adam..Cik Zara dah call..dia kata kalau dalam masa setengah jam Tuan Adam dan Tuan Farid tidak ada dalam bilik mesyuarat..dia akan proceed aje..”ujar Umar,pembantu peribadi Farid.Adam dan Farid saling berpandangan sambil membulatkan mata masing-masing tanda terkejut.Mereka berjalan pantas kearah kereta yang tersedia untuk mereka.Umar menahan tawa melihat kedua-dua lelaki muda itu. ‘Muka kacak dan kaya tapi takut dengan adik sendiri?..’hati Umar berkata-kata sambil bibirnya turut tersenyum namun segera senyumannyya mati apabila Farid memandangnya.

“Umar..cepat sikit..call Zara cakap kami on the way..”ujar Farid dengan cemas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience