BAB 9

Romance Completed 12854

Dua bulan kemudian..

Semakin hari hubungan Adam dan Zara sudah mulai rapat.Kini baru Adam nampak bahawa Zara sebenarnya bukanlah seorang wanita yang berhati batu seperti yang semua orang gelarkan.Zara adalah seorang wanita yang berhati lembut namun wanita itu telah mengharugi pelbagai dugaan sehingga menyebabkan dia terpaksa meninggikan egonya demi menutup kesedihan dihati.

Ketika mendengar bunyi pintu utama dibuka,Adam segera keluar dari guest housenya.Ketika itu jam baru berganjak ke angka lapan malam.

“hai Zara..nak pergi mana malam-malam ni?..”soal Adam.Zara hanya tersenyum.

“macam biasalah..I nak pergi training malam ni..awak nak ikut?..”soal Zara.Adam tersenyum lalu mengangguk laju.Sebenarnya dia sudah menjangka bahawa Zara akan keluar pada malam itu maka,dia sudah bersiap-siap dengan lebih awal.T-shirt Polo hitam sudah tersarung dibadannya.Adam segera mengambil telefon bimbitnya dan dompet sebelum mengunci pintu guest house itu.

“hari ini saya beri awak kelebihan untuk pilih mana-mana koleksi kereta sport saya yang awak nak naik..”ujar Zara sambil tersenyum.Lampu garaj dipetiknya.Beberapa buah kereta mewah yang berkilat bagaikan tersenyum kearah Adam namun hanya satu yang menjadi pilihan hati Adam.Adam segera berdiri disebelah kereta idamannya sambil tersenyum.

“yang ni,boleh?..”soal Adam.Wajah Zara sedikit berubah namun akhirnya dia mengangguk perlahan.Kereta pemberian bekas tunang Zara menjadi pilihan hati Adam membuatkan Zara agak berat untuk memenuhi permntaan Adam namun mengenangkan hasrat Adam,akhirnya Zara akur.Zara berjalan menghampiri rak kecil yang menempatkan semua kunci kereta yang terdapat digaraj itu.Perlahan tangannya mengambil kunci yang diletakkan khas ditempat yang agak istimewa berbanding kunci kereta lain.

Adam dengan rasa teruja membuka pintu kereta idamannya itu lalu duduk dikerusi disebelah pemandu.Sememangnya aura kereta idamannya itu berbeza dengan kereta sport milik Zara yang pernah dinaiki sebelum ini.Adam memandang Zara yang berwajah suram di kerusi pemandu.Zara mengusap perlahan stereng yang dipegangnya.Adam tahu,Zara amat merindui arwah tunangnya tetapi dia ingin Zara sedar bahawa wanita itu harus meneruskan hidupnya seperti sedia kala.Tangan kiri Zara dicapai oleh Adam.

“are you okay?..”soal Adam.Zara memandang Adam lalu mengangguk bersama senyuman kelat.Air matanya segera diseka.
“yeah..I’m okay..jom,kita gerak sekarang..”ujar Zara lalu segera menekan pedal minyak.Kereta mewah itu meluncur laju keluar dari perkarangan villa itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience